CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 387|Reply: 0

[Terengganu] Hujan, ribut petir diramal minggu ini - MetMalaysia Terengganu

[Copy link]
Post time 29-6-2025 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Hujan, ribut petir diramal minggu ini - MetMalaysia Terengganu

BERNAMA




GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP



Kuala Terengganu: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Terengganu menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memeriksa keadaan cuaca sebelum melakukan aktiviti di laut terutama pada waktu petang dan malam.

Pengarahnya Rosli Zakaria berkata, berdasarkan ramalan pihaknya, sepanjang minggu ini iaitu hari ini (Ahad) hingga Sabtu, hujan dan ribut petir dijangka kerap melanda pada waktu petang dan malam.

"Kita sekarang berada dalam musim Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga September atau Oktober, tetapi bagi negeri-negeri di Pantai Timur termasuk Terengganu, sepanjang minggu ini cuaca dijangka hujan dengan ribut petir di sebelah petang dan malam.

"Kalau ribut petir, ia akan bawa sekali angin kencang dan ombak yang tinggi di kawasan pantai. Jadi saya nak nasihatkan sebab sekarang ini sedang rancak musim mencandat sotong, dengan cuaca yang tidak menentu ini semua pihak perlu berjaga-jaga," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.


Sehubungan itu, beliau menyarankan orang awam dan komuniti laut untuk merujuk ramalan kaji cuaca yang disediakan melalui pelbagai platform termasuk laman sesawang MetMalaysia, aplikasi myCuaca dan talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 sebelum melakukan sebarang aktiviti.

Dalam kejadian 10.30 malam tadi, tiga termasuk dua kanak-kanak perempuan berusia 10 dan tiga tahun maut dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu dalam sidang media hari ini berkata dalam kejadian itu, S Arumugam, 40, dan anaknya A Sarrvihka, 3, dan saudara mereka V Vennpani, 10, maut manakala 12 lagi termasuk seorang kanak-kanak berusia enam tahun kritikal dan dikejarkan ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.

Katanya kejadian berlaku ketika ribut, hujan lebat dan laut bergelora menyebabkan bot yang membawa 15 penumpang berusia tiga hingga 40 tahun itu terbalik dan karam.

Disiarkan pada: Jun 29, 2025 @ 4:35pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/06/1235286/hujan-ribut-petir-diramal-minggu-ini-metmalaysia-terengganu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 10:10 AM GMT+8 , Processed in 1.780712 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list