CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1165|Reply: 4

Wasiat Wajibah

[Copy link]
Post time 18-6-2025 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum warahmatullah.

Mungkin ramai tak pernah tahu bahawa cucu pun layak dapat harta pusaka.

Wasiat wajibah ini ialah harta pusaka dari datuk untuk cucu yang anak yatim di mana ayah atau ibunya meninggal dunia lebih dahulu dari datuk.  Kalau ikut hukum faraid, cucu tidak layak dapat faraid.  

Tapi kalau dirujuk ayat kedua surah AnNissa: "Dan berikanlah kepada anak-anak yatim itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar."

Ada 4 negeri yang ada enakmen secara khusus iaitu Selangor, N. Sembilan, Melaka dan Kelantan.

Bagaiman nak tuntut?  Kalau waris faraid buat tuntutan faraid tanpa pengetahuan cucu, macamana nak buat?  Walaupun dah bicara faraid, tuntutan masih boleh dibuat melalui Pejabat Shariah.

Sila rujuk sini:
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30319?language=my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2025 02:23 AM | Show all posts
Salam TT

Mengurus Wasiat Wajibah
MENGURUS WASIAT WAJIBAH

Pengertian Wasiat Wajibah

Wasiat wajibah merupakan pemberian harta pusaka kepada cucu yang kematian ibu atau bapa sebelum kematian datuk atau nenek.

Konsep Wasiat Wajibah

Di Malaysia, perkara berkaitan wasiat wajibah merupakan suatu yang kurang diketahui oleh sebahagian besar masyarakat. Hal ini kerana, kebiasaannya cucu-cucu yang kematian ibu bapanya sebelum kematian datuk atau neneknya adalah terhalang daripada menerima harta pusaka oleh kerana datuk atau nenek masih mempunyai anak lelaki lain yang masih hidup ketika kematiannya.

Setakat ini, hanya empat (4) negeri sahaja yang memperuntukkan secara khusus berhubung dengan wasiat wajibah di dalam enakmen masing-masing iaitu;

Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999
Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004
Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Melaka) 2005
Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Kelantan) 2009


Fatwa Wasiat Wajibah

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 24 Disember 2010 telah memutuskan pelaksanaan wasiat wajibah adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :

(i) Anak lelaki dan perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan (cucu) ke bawah adalah layak untuk menerima wasiat wajibah.

(ii) Hendaklah kedua ibu dan bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada atuk atau nenek atau ibu atau bapa meninggal dunia serentak dengan atuk atau nenek dalam kejadian yang sama atau berlainan.

(iii) Cucu lelaki dan perempuan bukan merupakan waris kepada harta pusaka datuk. Sekiranya mereka merupakan waris ke atas harta pusaka secara fardhu atau ta’sib maka mereka tidak layak untuk mendapat wasiat wajibah walaupun bahagiannya sedikit berbanding wasiat wajibah.

(iv) Sekiranya anak lelaki atau anak perempuan berlainan agama dengan ibu atau bapa atau terlibat dengan pembunuhan ibu atau bapa, maka dia tidak berhak mendapat wasiat wajibah daripada harta pusaka datuknya.

(v) Sekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucunya melalui hibah, wakaf, wasiat dan sebagainya dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh anak lelaki atau anak perempuan mereka sekiranya mereka masih hidup, cucu tidak lagi berhak untuk mendapat wasiat wajibah. Sekiranya pemberian tersebut adalah kurang hak yang sepatutnya diterima oleh cucu daripada bahagian anak lelaki atau anak perempuan, maka hendaklah disempurnakan bahagian tersebut.

(vi) Anak akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada nilai harta pusaka. Sekiranya bahagian tersebut 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3, maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 melainkan setelah mendapat persetujuan ahli-ahli warisnya yang lain.

(vii) Pembahagian wasiat wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang piutang.

(viii) Pembahagian wasiat wajibah kepada cucu-cucu yang berhak adalah berdasarkan kepada prinsip faraid iaitu seorang anak lelaki menerima bahagian-bahagian orang perempuan.


Peruntukan Undang-Undang Berkaitan Wasiat Wajibah

Subseksyen 27(1), Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 (Pindaan 2016) telah memperuntukkan bahawa:

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika seorang datuk atau nenek mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucu daripada anak lelakinya atau anak perempuannya yang mati terlebih dahulu daripada datuk atau nenek itu atau yang mati serentak dengan datuk atau nenek itu, cucu itu berhak mendapat wasiat wajibah.

(2) Pelaksanaan wasiat wajibah yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah memenuhi syarat yang berikut:

(a) Cucu itu bukan waris kepada harta pusaka datuk atau nenek yang mati;

(b) Bapa atau ibu kepada cucu itu beragama Islam pada saat kematiannya;

(c) Cucu itu tidak terlibat dengan pembunuhan datuk atau nenek yang mati; dan

(d) Cucu itu tidak menerima harta daripada datuk atau nenek yang mati sama ada melalui hibah atau wasiat atau lain-lain pemberian mengikut kadar wasiat wajibah yang selayaknya diterima oleh cucu itu.

(3) Pembahagian wasiat wajibah di bawah subseksyen (1) boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan dengan pengurusan jenazah, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang-piutang.

(4) Walau apa pun subseksyen (1), jika seorang datuk atau nenek mati dengan membuat wasiat, hibah atau lain-lain pemberian kepada cucunya, cucu itu masih berhak untuk mendapat wasiat wajibah sekiranya dia memenuhi syarat di bawah perenggan (2)(a), (b) dan (c).

Subseksyen 27A. (1) Kadar wasiat wajibah bagi cucu yang berhak hendaklah mengikut bahagian faraid bapa atau ibunya yang layak diterima oleh bapa atau ibunya jika mereka masih hidup dan hendaklah tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka datuk atau nenek yang mati.
(2) Kadar wasiat wajibah adalah seperti yang berikut:

(a) jika kadar bahagian faraid bapa atau ibu kepada cucu itu kurang daripada satu pertiga daripada harta pusaka datuk atau nenek yang mati, kadarnya hendaklah mengikut kadar bahagian faraid tersebut;

(b) jika kadar bahagian faraid bapa atau ibu kepada cucu itu melebihi daripada satu pertiga daripada harta pusaka datuk atau nenek yang mati, kadarnya hendaklah dihadkan kepada satu pertiga daripada harta pusaka itu melainkan jika mendapat persetujuan daripada waris datuk atau nenek yang mati itu;

(c) jika datuk atau nenek yang mati itu telah mewasiatkan kepada cucunya mengikut subseksyen 27(4) dengan kadar yang melebihi bahagian faraid bapa atau ibunya daripada harta pusaka datuk atau nenek yang mati itu tetapi tidak melebihi satu pertiga lebihan tersebut dikira sebagai wasiat ikhtiyariyyah yang berhak diterima oleh cucu itu tanpa perlu mendapat persetujuan daripada waris datuk atau nenek yang mati itu; atau

(d) jika datuk atau nenek yang mati telah mewasiatkan atau menghibahkan atau memberikan harta melalui apa-apa pemberian kepada cucu itu mengikut subseksyen 27(4) dengan kadar yang kurang daripada bahagian faraid bapa atau ibunya dalam harta pusaka datuk atau nenek yang mati itu, kadarnya hendaklah mengikut kadar wasiat wajibah.

27B. Pembahagian harta yang telah ditentukan kadarnya di bawah seksyen 27A hendaklah mengikut aturan yang berikut:
(a)jika seorang cucu, dia berhak kepada keseluruhan wasiat wajibah;

(b)jika lebih daripada seorang cucu dan terdiri daripada semua lelaki atau perempuan, pembahagian wasiat wajibah hendaklah dibuat secara sama rata; atau

(c)jika terdapat gabungan cucu lelaki dan perempuan, pembahagian wasiat wajibah hendaklah mengikut nisbah yang telah ditentukan oleh hukum faraid  bagi anak lelaki dan perempuan.



Di mana Permohonan Wasiat Wajibah boleh dibuat?

Permohonan wasiat wajibah adalah melalui Mahkamah Tinggi Syariah Negeri masing-masing.



1. Adakah bahagian cucu mendahului ibu (moyang) dan/atau isteri (nenek) kepada si mati (datuk)?

2. Jika pentadbir tak guna khidmat majlis/mahkamah/guaman/3rd party, boleh urus/agih sendiri?

3. Jika ibu kepada cucu masih hidup?

4. Tiada tercatat umur cucu?


Rasanya mat salih sebut obligatory/compulsory bequest kot. Malangnya hanya empat negeri. Kesian anak² yatim kita.
2025 dah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2025 10:03 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Wajibah rupanya... Ingatkang wajibul ghunnah...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2025 10:37 AM | Show all posts
Edited by ibnur at 3-12-2025 10:39 AM

Assalamualaikum warahmatullah sahabat,

Wasiat wajibah tidak boleh lebih dari 1/3 dari jumlah harta pusaka atau ianya akan diambil dari bahagian bapa atau ibu tidak melebihi 1/3 dari nilai pusaka keseluruhan.  Kalau ibu masih hidup tapi ibu tu menantu, bukan anak kepada atok, ibu ni tak layak waris dari mertua.  Yang di warisi itu adalah bahagian arwah bapanya (anak kepada atok).

Anak yatim adalah yang di bawah tanggungan.  Kalau dah kawin ada keluarga sendiri ada kerja dah terkeluar dari kategori anak yatim.

Keputusan muktamad pembahagian bergantung kepada penilaian Hakim.  
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2025 06:42 PM | Show all posts
ibnur replied at 3-12-2025 10:37 AM
Assalamualaikum warahmatullah sahabat,

Wasiat wajibah tidak boleh lebih dari 1/3 dari jumlah harta ...

Moga semua anak² yatim dibela seadilnya. Insyaallah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.047964 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list