|
View: 2674|Reply: 22
|
[Lain-Lain]
GOWOK : JAVANESE KAMASUTRA (17+)
[Copy link]
|
|
|
Edited by amandel at 1-6-2025 02:04 PM
Disclaimer: Sesiape yang masih dibawah umur, harap tak tengok trailer mahupun baca benda benda dekat thread ini !!!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Filem Gowok: Javanese Kamasutra ialah filem drama yang ditulis dan diarahkan oleh Hanung Bramantyo... Filem ini bercerita pasal gowok, seorang tokoh dalam tradisi Jawa, merujuk kepada seorang wanita yang diupah untuk mendidik pengantin lelaki tentang seksualiti dan tubuh wanita sebelum berkahwin... Filem ni mengambil setting 1960an... Gowok: Kamasutra Jawa mengadakan tayangan perdana 54th International Film Festival Rotterdam februari lepas, bersaing dekat VPRO Big Screen Award...
Selain Gowok, filem ini juga diilhamkan daripada karya sastera Jawa Serat Centhini... Filem ini mengangkat tema pendidikan seksual dan kehidupan rumah tangga... Hanung menjelaskan, filem itu mengambil bahagian dalam Serat Centhini yang membincangkan pendidikan seksual, bukan keseluruhan karya sastera... maybe Iols kongsi sikit info pasa sejarah Gowok dan serat Centini dekat bawah...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Goo Wok Niang ialah seorang wanita Cina yang dipercayai membawa tradisi pendidikan seks ke Jawa pada abad ke-15... Dia tiba di Jawa pada tahun 1415 bersama Laksamana Cheng Ho... Kerana kesukaran orang Jawa menyebut namanya, Goo Wok Niang dikenali sebagai "Gowok"...
Tradisi "gowok" merujuk kepada amalan pendidikan seks bagi lelaki muda Jawa yang bakal berkahwin... Dalam tradisi ini, seorang wanita dewasa yang dipanggil "gowok" ditugaskan untuk memberikan kefahaman kepada lelaki muda tentang kehidupan rumah tangga, termasuk aspek seksual, cara merawat wanita, dan tanggungjawab seorang suami... Gowok biasanya wanita yang belum berkahwin dan dihormati dalam masyarakat kerana peranan pendidikan mereka...
Tradisi gowok berkembang di Jawa Tengah... Namun lama-kelamaan amalan ini mula ditinggalkan kerana dianggap tidak selaras dengan norma dan etika agama yang berkembang terutama selepas kedatangan Islam di Indonesia... Akhirnya, tradisi ini pupus sekitar tahun 1960-an...
Namun begitu, tradisi gowok kekal sebagai bahagian yang menarik dalam sejarah budaya Jawa untuk dikaji, terutamanya dalam konteks bagaimana masyarakat dahulu melihat kepentingan pendidikan seks sebelum berkahwin...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Serat Centhini (dalam aksara Jawa: ꦱꦼꦫꦠ꧀ꦕꦼꦟ꧀ꦛꦶꦤꦶ), atau disebut juga Suluk Tambanglaras atau Suluk Tambangraras-Amongraga merupakan salah satu karya sastera Jawa klasik yang terkenal... Karya ini dinamakan Serat Centhini kerana merujuk kepada nama salah satu watak wanita penting dalam cerita tersebut iaitu Centhini...
Serat centini dianggap sebagai ensiklopedia budaya Jawa kerana kandungan dan kedalaman perbincangannya yang kaya... Serat ini ditulis pada awal abad ke-19 (sekitar 1814–1823) atas perintah Paku Buwana V, raja Kasunanan Surakarta, sebagai pendokumentasian menyeluruh dari berbagai aspek kehidupan, budaya, falsafah, dan kerohanian masyarakat Jawa...
Kandungan Serat Centini sangat luas merangkumi pelbagai tema seperti pendidikan, akhlak, agama (khususnya tasawuf dan ajaran Islam Jawa), adat istiadat, seni bina, perubatan tradisional, hinggalah kepada masalah rumah tangga dan kehidupan seksual...
Secara naratif, Serat Centini mengisahkan perjalanan seorang tokoh bernama Jayengresmi (juga dikenali sebagai Amongraga), putera Sunan Giri, yang mengembara untuk menuntut ilmu dan pencerahan rohani... Sepanjang perjalanannya, Jayengresmi bertemu dengan ramai guru dan mengalami pelbagai pengalaman hidup yang memperkaya wawasan dan pemahamannya tentang dunia dan jiwa manusia...
Serat ini juga dianggap sebagai dokumen penting kerana ia menggambarkan bagaimana masyarakat Jawa ketika itu menggabungkan ajaran Islam dengan tradisi tempatan... Nilai-nilai tasawuf dan perlambangan Jawa sangat kuat, menjadikan Serat Centini bukan saja sebagai karya sastra, tetapi juga merupakan cerminan pemikiran dan pandangan hidup masyarakat Jawa pada masa lampau...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Seberapa bnayk Serat Centini membahas sexualitas?... Peratusan tepat kandungan Serat Centhini yang membincangkan seksualiti sukar ditentukan secara kuantitatif kerana karya itu sangat panjang dan kompleks terdiri daripada 12 jilid, lebih 4,000 tembang (puisi Jawa), dan merangkumi pelbagai topik: kerohanian, seni, budaya, perubatan, dan seksualiti... Walau bagaimanapun, menurut kajian filologi dan sastera (seperti yang ditulis oleh sarjana seperti Soebardi, Nancy Florida, dan sarjana sastera lain), Dianggarkan sekitar 20–30% kandungan Serat Centhini mengandungi tema seksualiti atau erotisme...
Seksualiti dalam Serat Centhini bukan sekadar lucah, malah sebahagian daripada gambaran kehidupan dan perjalanan rohani watak utama...Banyak bahagian menerangkan ajaran seksual, kedudukan seksual, ritual kesuburan, dan makna metafizik hubungan seksual...Erotika dianggap sebagai jalan menuju pencerahan, sama dengan konsep tantra dalam tradisi India...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam budaya tradisional Jawa, seksualiti bukan sekadar aktiviti biologi, tetapi sebahagian daripada sistem nilai yang merangkumi etika, kerohanian, dan keharmonian kosmik... Seks dalam budaya tradisional Jawa sering difahami sebagai sebahagian daripada sangkan paraning dumadi (asal usul dan tujuan manusia), serta sebahagian daripada laku kawruh (pengetahuan) dan laku tapa (penguasaan diri)...
Budaya Jawa tidak bercakap tentang seks secara kasar, tetapi ia juga tidak menutup kehadirannya... Dalam Centini, seks tidak hanya dipahami sebagai kesenangan, tetapi sebagai laku, yaitu suatu amalan untuk mencapai kasampurnan urip (kesempurnaan hidup)... Terdapat episod di mana watak seperti Jayengresmi (murid pengembara mencari ilmu) mengalami seksualiti sebagai sebahagian daripada pencarian rohani...
Seksualiti dilihat sebagai satu bentuk kesatuan antara purusha (lelaki) dan prakriti (perempuan), simbol kesatuan kosmik-selaras dengan pandangan Tantrik India...
“Sakabehing laku, termasuk senggama, ora mung bab ragawi, nanging kudu nganggo rasa, kawruh, lan pangrasaning batin.”
(Semua laku, termasuk persetubuhan, bukan sahaja masalah badan, tetapi juga perasaan, pengetahuan, dan kepekaan dalaman.)
Di sesetengah bahagian, adegan persetubuhan digambarkan penuh dengan simbol dan prosedur, malah terdapat ajaran tentang kedudukan, pernafasan, dan kawalan syahwat... Ini menunjukkan bahawa seks boleh menjadi meditasi badan, di mana kawalan nafsu adalah sebahagian daripada penanaman diri ke arah pencerahan batin...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Serat Centhini Jilid 2 Pupuh 107 Asmaradana pada 1-28 terdapat satu pengajaran yang jelas menggambarkan foreplay dengan memberikan cumbuan baik dengan cara mencium atau menjilat lokasi tubuh yang sensitif berhubung dengan permainan seks... bagaimana untuk membuka atau mempercepatkan syahwat bagi wanita, dan menghalang lelaki daripada cepat pancut...
Dalam jilid ini, prosedur, etika, dan ritualisasi juga didedahkan dalam hal ini bentuk dan pose hubungan seksual yang harus dilakukan... Semua ini bertujuan agar pasangan dapat mencapai kepuasan bersama...
Selain itu, masyarakat Jawa juga mengetahui kalendar seksual... Ia berkaitan dengan masalah perasaan wanita, yang berkaitan dengan alat kelamin seksual mereka... Satu andaian ialah setiap hari organ kemaluan seksual yang sensitif pada wanita sentiasa bergerak, mengikut bulan tinggi dan rendah... Ini berdasarkan kalendar Jawa...
Terdapat kutipan Pupuh 107 Asmaradana mengenai kalender seksual, akan tetapi supaya lagi mudah Iols rangkum sahaja kalender seksual...
Berikut adalah 15 cara untuk membuat wanita teruja:
1. Jika anda ingin melakukan hubungan seks pada 1hb, mulakan memanaskan badan dengan mencium dahinya...
2. Jika anda ingin melakukan hubungan seks pada hari ke-2, mulakan dengan mencium pusarnya...
3. Jika anda ingin melakukan hubungan seks pada hari ke-3, mulakan dengan mengurut betis kiri dan kanannya secara berselang-seli...
4. Jika anda ingin melakukan hubungan seks pada 4hb, mulakan dengan mengurut kedua-dua tangannya...
5. Jika anda ingin melakukan hubungan seks pada 5hb, mulakan dengan mencium kedua-dua payudaranya...
6. Jika anda ingin melakukan hubungan seks pada 6hb, mulakan dengan mencium antara dahinya...
7. Jika anda ingin melakukan hubungan seks pada 7hb, mulakan dengan mencium antara payudaranya...
8. Jika anda ingin melakukan hubungan seks pada 8hb, mulakan dengan mencium kedua-dua bibirnya...
9. Jika anda ingin melakukan hubungan seks pada 9hb, mulakan dengan mengurut kedua-dua pahanya dan menggosok tulang belikatnya...
10. Jika anda ingin melakukan hubungan seks pada 10, mulakan dengan menyentuh perutnya...
11. Jika anda ingin melakukan hubungan seks pada 11hb, mulakan dengan mencium hidungnya...
12. Jika anda ingin melakukan hubungan seks pada 12, mulakan dengan menggosok tulang belikatnya...
13. Jika anda ingin bersetubuh pada 13, mulakan dengan mencium payudaranya, sama seperti yang ke-5...
14. Jika anda ingin melakukan hubungan seks pada 14hb, mulakan dengan mencium bibirnya dan menggosok mukanya...
15. Jika anda ingin melakukan hubungan seks pada 15hb, mulakan dengan mencium dahinya...
Seterusnya, yang ke-16 dianggap yang pertama, yang ke-17 dianggap yang ke-2, dan seterusnya... Di dalam buku tersebut dikatakan jika perkara ini dilakukan oleh seorang lelaki kepada seorang perempuan, maka perempuan itu akan ghairah dan nafsunya membara... Perbincangan ini bukan sahaja mengandungi unsur erotik, tetapi juga mengandungi perlambangan falsafah dan spiritual dalam budaya Jawa... Aktiviti seksual tidak dilihat sebagai perbuatan fizikal semata-mata, tetapi juga sebagai cara untuk mencapai keharmonian dalaman dan tenaga rohani (kekuatan jiwa)...
- Dahi atau mahkota - sebagai simbol penghormatan dan permulaan...
- Kedua-dua pipi - sebagai simbol kasih sayang dan kelembutan...
- Dada atau payudara - sebagai simbol keberanian dan semangat...
- Leher - sebagai pusat keghairahan dan komunikasi...
- Tangan - sebagai simbol penghormatan dan pengabdian...
- Perut - simbol kesuburan dan kehangatan...
- Peha atau bahagian bawah - sebagai simbol kesediaan dan keghairahan...
Saya harap benda ini tidak dilihat sebagai benda lucah tetapi sebagai pendidikan seksual yang mungkin boleh menjadikan hubungan suami isteri lagi harmoni...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols pernah terbaca pasal dilarang kentut masa berhubungan badan dan dilarang berhubungan badan dipagi hari sebelum mandi sebab boleh terdapak pada watak anak ketika lahir... Iols lupa benda itu ade dalam serat centini atau bukan, tapi Iols cuba kongsi je sebab Iols rasa benda tu bermanfaat... Dalam beberapa bahagian Serat Centhini, khususnya pada bahagian ajaran kawruh asmara dan amalan kawruh Jiwa (ilmu budi dan tingkah laku), dinyatakan bahawa...
"Watek anak Kawitan Saka Suci lan Resiké Patrape Wong Tuwa Nalika Padha Perantis Rasa..."
Perwatakan seorang anak bermula dengan kesucian dan kebersihan tingkah laku ibu bapa semasa menjalinkan hubungan cinta...
Dalam tradisi Jawa, seksualiti bukan semata-mata alat pemuas keinginan, tetapi sebahagian daripada amalan rohani dan keharmonian dalam kehidupan... Oleh karena itu, hubungan seksual diatur dengan aturan halus yang disebut “adab ulah asmara”, sebagaimana tercantum dalam suluk (ajaran spiritual) dan pupuh (lagu) dalam Serat Centhini...
Adab Berhubungan Seksual...
1. Dilarang Kentut Semasa Bersetubuh
- Makna literal: Ini dianggap tidak sopan dan mengganggu mood dalaman dan keseronokan rohani pasangan...
- Makna simbolik:Kentut dianggap sebagai perbuatan “ngluputi hawa ala” (melepaskan udara kotor), dan dalam keadaan suci (hubungan romantik), kesucian fizikal dan rohani perlu dijaga... Ia juga mencerminkan kawalan diri (ngèling rasa), yang merupakan teras ajaran kerohanian Jawa...
2. Dilarang Bersetubuh Pada Waktu Pagi Sebelum Mandi
- Maksud literal: Mandi dikira dapat menyucikan badan daripada hadas (kekotoran kecil atau besar), termasuk dari mimpi basah atau berpeluh malam... Pagi adalah waktu suci, apabila tenaga rohani (prana) meningkat...
- Makna simbolik: Hubungan seksual sebelum mandi dianggap "melanggar keharmonian semula jadi", kerana badan belum bersih dari segi fizikal dan mental... Ia juga menghormati masa dan kitaran tenaga semula jadi (kala dan desa dalam konsep Jawa).
Adab Lain dalam Serat Centhini (Perbuatan Cinta)
Beberapa etiket penting yang diajarkan dalam Serat Centhini, terutamanya dalam jilid awal yang membincangkan pendidikan cinta:
- Berurusan dengan cinta, bukan hanya nafsu..."Aja nglakoni ulah asmara mung karep dhadha" – jangan hanya kerana desakan dada (nafsu), tetapi kerana cinta dan kesatuan batin...
- Mesti dalam keadaan suci (bersih, tidak haid atau junub)... Menjaga kebersihan sebagai sebahagian daripada kesucian rohani.
- Tidak dilakukan ketika sakit, lapar, atau marah... Kerana keadaan fizikal dan emosi mempengaruhi kualiti perhubungan dan tenaga batin yang terpancar...
- Melakukan hubungan seks pada masa yang baik (wengi selasa kliwon, jumaat kliwon dielakkan)... Terdapat kepercayaan bahawa hari-hari tertentu menyimpan tenaga yang tidak baik untuk aktiviti seksual...
- Memuliakan pasangan sebelum dan selepas persetubuhan... Melalui sentuhan, kata-kata manis dan pelukan—suatu bentuk penghormatan dalaman.
Sumber dan Asas Pengajaran...
Serat Centhini bukan sahaja memuatkan kisah-kisah erotik, tetapi juga tuntunan hidup berupa ajaran sufi, falsafah Jawa, dan etika sehari-hari... Kebanyakan nasihat tentang seksualiti datang daripada pengalaman Amongraga semasa mengembara dan belajar daripada guru rohani dan wanita berpengalaman.... Pupuh seperti Asmaradana, Durma, dan Kinanti sering digunakan untuk menyampaikan nasihat tentang cinta dan rumah tangga...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika nak tahu mengenai bagaimana pandangan seksualitas Jawa pada masa lagi lama macam masa Majapahit... Maybe boleh tengok juga video candi Sukuh dekat channel Kisah Tanah Jawa dekat bawah... Sila tengok dekat platform youtube sebagai bentuk sokongan kepada konten kreator... Sila like or subscribe jika berminat... Harap bijak, dan amik benda benda yang baik sahaja...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols kongsi juga Adab berhubungan badan dalam Islam... Islam sangat menitikberatkan adab. Beberapa yang utama...
Perkara yang disyorkan:
- Berdoa sebelum bersetubuh:
"بِسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا"
Bismillah, Allahumma jannibnasy-syaithaan, wa jannibisy-syaithaana maa razaqtana.
“Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami dari setan dan jauhkan setan dari apa yang Engkau karuniakan kepada kami.”
(HR. Bukhari dan Muslim) - Lakukan dengan lembut, tanpa menyakiti pasangan
- Bersihkan diri selepas itu (mandi janabah) sebelum beribadat
Perkara yang dilarang:
- Lakukan ketika isteri sedang haid atau nifas (QS. Al-Baqarah: 222)
- Dari dubur (HR. Tirmidzi dan Ahmad - dilarang keras)
- Memaksa pasangan tanpa persetujuan
- Lakukan di kawasan terbuka atau di hadapan kanak-kanak
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Filem Gowok: Kamasutra Jawa dibintangi oleh Raihaanun, Lola Amaria, Alika Jantinia, Devano Danendra, dan Reza Rahadian... Reza lagi, Reza lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by amandel at 23-6-2025 11:04 AM
Belum tahu lagi filem ni masuk Msia ke tak... Dekat Indo versi reguler filem ni ke na rate 17+ (versi uncut 21+)...
Jika minat tema sexual macam serat centini secara lagi saintifik, maybe boleh baca pasal psikoseksual...
Secara psikoseksual, sentuhan suami isteri yang penuh kasih sayang dan dengan niat yang baik dapat mengaktifkan hormon oksitosin, hormon cinta yang meningkatkan kedekatan emosi... Teknik sederhana seperti urutan leher sebelum tidur, belaian kepala, atau genggaman tangan dengan pernafasan bersama sudah cukup untuk mencipta hubungan yang lebih intim dan bermakna... Kunci utama ialah persetujuan, komunikasi terbuka, dan sentuhan yang penuh perhatian (mindful touch), bukan tergesa atau berpaksikan kehendak sepihak...
Berikut adalah zon sentuhan yang umum menimbulkan rangsangan fizikal dan emosi, bukan semata-mata seksual, tetapi mengarah kepada rasa intim yang suci:
| Zon Tubuh | Kenapa Sensitif | Kesan Kepada Pasangan | | Leher & Belakang Telinga | Kaya saraf halus, dekat dengan pusat ghairah otak | Memberi rasa geli lembut, selesa dan romantik | | Bahagian Dada Atas (sternum) | Zon jantung, penuh reseptor saraf parasimpatetik | Memberi rasa dilindungi, hangat, dan terbuka emosi | | Paha Dalam (inner thigh) | Dekat saraf pudendal, zon antara sensitif & privasi | Bila disentuh dengan izin, mencetus rasa dihargai dan diperhatikan | | Punggung Bawah & Tulang Sakrum | Tempat simpulan saraf seksual | Rangsangan lembut di sini memberi kesan "gegaran dalaman" yang memicu kehangatan | | Tapak Kaki | Banyak titik refleksi saraf seluruh badan | Urutan kaki dengan niat kasih sayang memberi rasa manja dan tenang | | Kulit Kepala & Rambut | Ujung saraf sensorik tinggi | Belaian atau gosokan kepala mencetus perasaan nyaman & boleh merangsang hormon kasih (oxytocin) |
Sentuhan yang halal dan penuh kasih antara suami isteri bukan sekadar ghairah, ia juga ibadah dan jalan ke syunga jika diniatkan dengan kasih & reda...
Prinsip Utama:
- Niatkan sebagai bakat cinta, bukan tuntutan
- Mulakan dengan komunikasi dan keikhlasan hati
- Dengar isyarat tubuh pasangan – jangan tergesa
- Gunakan sentuhan sebagai medium doa dan syukur atas kehadiran pasangan
Contoh Praktikal:
- Urutan leher sebelum tidur sambil mengucapkan syukur atas pasangan
- Belaian perlahan pada paha atau kaki saat pasangan berbaring di pangkuan
- Sentuhan dada dan genggaman tangan sambil mengatur pernafasan bersama
Dalam Islam, layanan lembut dan sentuhan yang membahagiakan pasangan merupakan sebahagian daripada ibadah rumah tangga... Hadis Nabi SAW menekankan kebaikan terhadap pasangan sebagai cerminan akhlak terbaik... Maka, apabila suami dan isteri saling menyentuh dengan adab, niat, dan keikhlasan, ia menjadi doa dalam bentuk gerak tubuh, merawat keletihan dan membina sakinah di dalam rumah tangga...
Hubungan suami isteri yang dibina atas sentuhan, layanan hati, dan kesantunan fizikal merupakan sebahagian dari:- Mu'asyarah bil ma'ruf (bergaul dengan baik)
- Sakinah wa mawaddah wa rahmah (ketenangan, cinta, dan kasih sayang
Hadis Sahih:
"Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya..."
(HR. Tirmidzi)
Iols rekomen research balik benda benda ni sebab Iols bukan expertise, Sesiapa yang lagi expert sila bagi pandangan...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika nak tengok review filem ni sebelum tengok, boleh layan review dekat bawah... Sila tengok dekat youtube sebagai bentuk sokongan kepada konten kreator...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
waaaa iols yg ada mix jawo pun tak tau sedetail gini s*xualiti pya history ek. susah nk masuk msia kalau kt cinema ada filem taboo, mebi netflix dan sekian movie app akan lepas laa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
filem taboo macam ni memang susah masuk Msia, if Iols tak silap dulu ade member dekat sini bagi tahu... but Iols rasa info dekat filem ni sedikit banyak ade manfaatnya bagi sesiape yang dah dewasa, terutamanya yang dah berkawin.... so Iols kongsi je ahahaha... Uols mix jawa mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
iya btul Msia tak leh ada filem taboo gini, so iols kena nengok dgn cara lain.
arwah atok iols dari Jawa Barat (belah bapak).
(belah ibu) ada mix Bugis + Cina.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Keluarga Uols menarik... 
Iols kongsi sejarah sikit... Kerajaan Majapahit berkuasa dari sekitar tahun 1293 hingga 1527 Masehi... Takde mengena pasal filem ini, but sebab Iols kongsi video Kisah Tanah jawa, so Iols kongsi je maybe ade yang minat sejarah dan supaya tak susah nak paham kronologi sejarah dekat benang ini...
Jauh setelah itu baru ade Serat Centini... Serat Centhini mulai ditulis pada tahun 1814 dan selesai sekitar tahun 1823, dalam masa pemerintahan Sunan Pakubuwana V dari Kesultanan/Kerajaan Surakarta (lebih tepatnya disebut Kasunanan Surakarta Hadiningrat) di kota Surakarta... Surakarta ini juga nama bandar/kota di Jawa Tengah, lagi dikenal dengan nama kota Solo dipimpin oleh seorang wali kota/ datuk bandar... Kota Surakarta ini nama rasmi, sedangkan kota Solo ni nama popular... Kota Solo dan Kesultanan Surakarta berada di tempat yang sama secara geografis, tetapi memiliki fungsi yang berbeda—satu sebagai wilayah administratif modern dan satu lagi sebagai pusat budaya tradisional Jawa... Kesultanan Surakarta masih ada hingga sekarang, namun statusnya tidak lagi sebagai kekuasaan politik, melainkan lebih ke simbol budaya dan adat Jawa, Kesultanan Surakarta Dipimpin oleh seorang raja (Sunan) — saat ini Pakubuwono XIII ...
cakap pasal sejarah sikit... Kesultanan Surakarta dahulu satu kerajaan dengan Kesultanan Yogyakarta dengan nama Kesultanan Mataram Islam, Kerajaan Mataram Islam yang pecah menjadi dua akibat Perjanjian Giyanti (1755)... Kesultanan Yogyakarta ialah sebuah kerajaan tradisional Jawa yang diasaskan pada tahun 1755 selepas Perjanjian Giyanti... Tidak seperti Surakarta, Kesultanan Yogyakarta mempunyai status istimewa sebagai Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY) dalam struktur pemerintahan Indonesia... Pemimpinnya sekarang ialah Sri Sultan Hamengkubuwono X, yang juga memegang jawatan sebagai Gabenor DIY... Kuasa sultan di Yogyakarta diiktiraf secara rasmi oleh negara dan diwarisi secara turun-temurun...
Jika atok Uols dari Jawa Barat dan bukan dari Jawa Tengah, maybe memang tak tahu... Serat Centini di tulis dalam aksara jawa yang di pakai di jawa tengah, sedangkan Jawa Barat punya aksara tersendiri yaitu aksara Sunda...
Sedangkan jika nak cakap budaya Gowok... budaya Gowok berlangsung sekitar awal abad ke-20 hingga 1950-an (dengan jejaknya mungkin masih ada hingga era 1970-an dalam bentuk tersisa)... Cuman nama tradisi Gowok memang diambil dari nama dalam sejarah, Goo Wok Niang yang merupakan seorang wanita Cina yang dipercayai membawa tradisi pendidikan seks ke Jawa pada abad ke-15... Dia tiba di Jawa pada tahun 1415 bersama Laksamana Cheng Ho... Kerana kesukaran orang Jawa menyebut namanya, Goo Wok Niang dikenali sebagai "Gowok"... Tradisi Gowok ini ade dekat Jawa Tengah, jika tak silap daerah Pekalongan, Banyumas dan sekitar... Sebetulnya banyak juga orang jawa tengah yang tak tahu pasal benda ini... Maybe sebab budaya Gowok ini hanya dilakukan oleh orang kenamaan dan pejawat pada masa itu, bukan dilakukan semua orang... Mungkin lagi baik tengok filem itu je jika nak tahu pasal budaya Gowok, tapi memang harus bijak sebab standar nilai moral jaman dahulu mestilah berbeda dengan standar nilai moral semasa...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|