CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 8924|Reply: 0

Cipta kenangan indah di Lexis Hibiscus Port Dickson

[Copy link]
Post time 28-5-2025 10:27 PM | Show all posts |Read mode


Mekar di persisiran pantai Negeri Sembilan, resort bertaraf antarabangsa Lexis Hibiscus Port Dickson, menjanjikan pengunjung kehangatan sinaran mentari, pengembaraan penuh aksi serta ketenangan laut tanpa mengira waktu dan musim.


Dengan vila atas air dibina seakan kuntuman bunga raya, Lexis Hibiscus bukan sekadar sebuah resort atas laut tetapi ia kini menjadi destinasi percutian pilihan ramai.


Sebagai destinasi kegemaran rakyat Malaysia untuk percutian keluarga, romantis mahupun pengembaraan lasak, taman laut tropika ini menjanjikan kenangan terbaik buat pengunjungnya.




Pengembaraan laut mengujakan


Pengunjung boleh menikmati pelbagai sukan air seperti flyboard, jet ski dan papan luncur air (wakeboarding) tanpa perlu meninggalkan resort.


Rasai juga pengalaman menyeronokkan secara berkumpulan dengan menaiki banana boat, Sea Yellow Duck atau Sea Flying Fish.


Buat pencinta alam semula jadi, sertai ekskursi marin merangkumi pengalaman menangkap ketam, snorkeling dan berenang di laut.


Selain itu, pengunjung juga berpeluang menikmati pengalaman berkayak, melukis batik dan menunggang ATV.


Dengan harga berpatutan dan pelbagai pilihan menanti setiap individu, pengunjung boleh merasai semua pengalaman hebat ini di Lexis Hibiscus.




Diskaun istimewa, pengangkutan dari KLIA


Sempena promosi "Summer All Year-Round Staycation", orang ramai berpeluang menikmati diskaun lima peratus bagi vila atau suite pilihan termasuk sarapan harian untuk dua orang.

Lebih menarik, promosi ini menawarkan penghantaran sehala percuma dari atau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk dua orang dengan penginapan minimum dua malam.

Sementara bagi penginapan tiga malam atau lebih, pengunjung boleh mendapatkan penghantaran pergi dan balik percuma untuk dua orang.

Maklumat penerbangan perlu dihantar ke bahagian tempahan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum ketibaan.

Kunjungi Lexis Hibiscus Port Dickson sempena musim cuti sekolah dan musim perayaan yang bakal menjelang dan alami kemewahan, keseronokan serta pengalaman tepi laut yang menakjubkan. - BH ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.036638 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list