CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1319|Reply: 3

Terlalu sedih kucing kesayangan mati, niat nak buat tahlil... Ini penjelasan pendakwah untuk pencinta haiwan

[Copy link]
Post time 23-5-2025 08:45 PM | Show all posts |Read mode


KEHILANGAN haiwan peliharaan yang sudah dianggap seperti ahli keluarga sendiri semestinya memberi kesan mendalam kepada pemiliknya.


Disebabkan hubungan akrab serta perasaan kasih yang wujud, ada pemilik mahu memberikan penghormatan terakhir, termasuklah mengadakan majlis tahlil atau bacaan doa untuk haiwan kesayangan yang telah mati.


Perkara ini hangat dibincangkan di media sosial selepas seorang usahawan serta pempengaruh meluahkan hasrat mengadakan majlis tahlil untuk kucing kesayangannya yang telah mati.




Walaupun niat itu lahir daripada rasa kasih, timbul persoalan apakah hukum melakukan amalan ini terhadap haiwan seperti mana biasa dilakukan untuk manusia yang meninggal dunia.


Persoalan berkenaan dirungkai dengan penuh tuntas oleh pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed.


"Buat tahlil untuk haiwan tak pernah dianjurkan dalam Islam. Kerana haiwan adalah makhluk Allah yang tidak dipertanggungjawabkan seperti manusia yang memerlukan doa daripada insan lain seperti kaum keluarga, sahabat handai dan seluruh kaum muslimin jika mereka telah meninggal dunia.


"Perbuatan nak buat tahlil untuk haiwan adalah satu bentuk cara yang salah dalam mengenang haiwan tersebut.


"Namun kita dianjurkan untuk menghiburkan hati sesiapa yang dalam kesedihan disebabkan kehilangan sesuatu yang mereka sayang," katanya kepada mStar.


Menjelaskan dengan lebih lanjut, PU Syed turut memberi contoh peristiwa di mana Rasulullah SAW pernah menghiburkan seorang kanak-kanak yang kematian burung peliharaannya.




"Nabi pernah bergurau dengan seorang budak yang kehilangan burung. Saidina Anas bin Malik R.A berkata, 'sesungguhnya Rasulullah SAW selalu bergurau dengan kami sehingga Baginda pernah bersabda kepada adik kecilku, maksudnya:


"Ya Aba Umair, apa yang dibuat oleh Nughair? (Muttafaqun Alaih)


"Nughair adalah burung kecil yang menyerupai burung merpati. Adik kepada Saidina Anas sering bermain dengan burung tersebut. Namun kemudiannya burung itu mati.


"Anak kecil itu berasa sedih. Lalu Baginda SAW pun bergurau dengannya untuk membuat dia gembira.


"Jadi dalam kes kehilangan haiwan tersayang lebih-lebih lagi jika pemilik itu telah dewasa, hendaklah dia bersabar dan boleh dapatkan haiwan lain yang seumpamanya," terang beliau. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2025 04:15 PM | Show all posts
Tahlil untuk manusia pun kena pertikai, inikan pula tahlil untuk haiwan.
Kalau buat pun, jangan lupa buat jamuan terima kasih lepas berzikir, moga zikir kita tu dapat pahala untuk kita.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2025 10:01 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Daripada tahlil untok binatang kesayangang... Hada baeknya tahlil untok ahli keluarga yang dah meninggal... Takde lah worang kata buat perkara sesia...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2025 12:59 PM | Show all posts
Kan.....

Pelik-pelik lah pulak...

Haiwan tu semua hak Allah.
Allah pinjamkan sementara pada kita... semasa pada kita, itu adalah amanah yang dipertanggungjawabkan... sayangi dan jagalah hak Allah tu dengan baik mengikut kemampuan kita...
Sampai waktunya, Allah akan ambil kembali... kita perlu redha...

Saya berdoa semoga mereka menjadi bidadari yang akan memimpin dan menunggu kita di syurga kelak... maka, jadilah insan yang baik... semoga kita dapat masuk syurga...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.842885 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list