CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11389|Reply: 16

'Housemate' harum semerbak, siap tidur sekatil rupanya pocong! Ramai nampak gadis cakap 'sorang-sorang'

[Copy link]
Post time 20-5-2025 06:19 PM | Show all posts |Read mode


BUKAN sekadar ternampak kelibat, malah tidur sekatil!


Demikian pengalamanseorang gadis yang mendakwa menjadi teman serumah kepada pocong selama beberapa hari, tanpa pengetahuannya.


Berkongsi cerita di laman sosial mengenai kisahyang dialaminya baru-baru ini, gadis itu berkata iabemula apabila dia mendapat tawaran pekerjaan di Shah Alam, Selangor.


Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Nina itu berkata, dia menganggap diri bernasib baik kerana mendapat rumah sewa di kawasan tempat kerja sekali gus memudahkan urusannya mencari rezeki.


"Chat owner rumah, (tanya) ada berapa orang, warga apa. Owner cakap dalam rumah tu housemate saya seorang je tapi tak ada sebab dia balik kampung.


"Katanya jangan risau, lagi dua hari ada orang (housemate) baru nak masuk. Keesokan harinya saya datang ke tempat tu ambil kunci dari owner rumah.


"Sampai tempat yang saya nak sewa tu, buka pintu tengok kawasan semuanya okay, tak ada apa-apa yang mencurigakan pun," ujarnya.


Selesai mengemas barang di dalam bilik, Nina yang kepenatan tertidur sehingga petang dan hanya tersedar selepas mendengar bunyi dari dapur.




Dia berjalan menuju ke dapur dan ternampak sosok seorang wanita sedang mencuci tangan.


Selepas memberi salam dan menegur, Nina lega apabila mendapat tahu wanita berkenaan adalah teman serumahnya yang sudah pulangdari kampung.


"Tapi dia ni wangi… bau bunga-bunga yang wangi sangat. Kami borak-borak macam biasa. Tapi kebanyakan yang saya soal, dia jawab lain.


"Saya pelawa dia makan makanan yang ibu bekalkan. Nampak macam lapar betul. Hujung mata tengok dia makan habis licin. Dia bangun nak ke dapur, nampak macam biasa je," tulisnya lagi.


Namun ujarnya, selepas itu dia menyedari beberapa perkara aneh berlaku namun memilih untuk bersangka baik dan hanya memendam segala tanda tanya seorang diri.


Antaranya, dia beberapa kali ternampak rakan serumahnya itu termenung di meja makan, nasi yang dimasakcepat basi dan dia perasan wanita itu memberikan pandangan misteri setiap kali mereka bersembang.




"Malam tu, dia ketuk pintu bilik, minta nak teman tidur. Terkedu dan tak cakap apa-apa lagi, (dia) meluru masuk baring dekat tilam.


"Sepanjang malam bau wangi… tilam, bantal, rambut, badan. Terfikir, dalam bilik air tak ada sabun, syampu, berus gigi tapi wangi.


"Esok sama juga, balik kerja penat-penat, nasi basi. Dan malam itu pun (sekali lagi) dia teman tidur.


"Keesokan hari housemate yang baru masuk. Balik dari kerja, baru dapat jumpa housemate yang baru ni," cerita Nina.


Sekali lagi dia tergamam apabila rakan serumahnya yang baru itu melontarkan pertanyaan yang membuatkan hatinya tidak keruan.


"Dia tegur, 'Dah lama ke duduk seorang? Berani betul'. Saya cakap mana ada duduk seorang, tak nampak ke ada lagi seorang tu. Budak tu ingat saya nak takutkan dia.


"Hari ketiga, budak tu tegur lagi. 'Akak tak takut ke duduk seorang, akak cakap dengan siapa, kenapa beli makanan tiga bungkus'.


"Hari keempat lepas Maghrib, saya turun bawah nak buang sampah, terjumpa makcik yang duduk area sini. Katanya, ada budak lelaki kerap nampak saya bercakap sorang-sorang.


"Menggeletar kaki ni, tak sedap hati semua ada time tu. Dia (rakan serumah) pula ada dekat atas (rumah). Housemate yang baru pula keluar macam tu je," ujarnya.


Tanpa membuang masa, Nina mengambil keputusan untuk menceritakan perkara berkenaan kepada tuan rumah sewanya, namun apa yang berlaku selepas itu sudah cukup menjawab segala tanda tanya dan perkara aneh yang terjadi selama ini.


"Owner tu balas 'Apa yang jadi? Awak cakap dengan siapa? Awak memang sorang-sorang kan?'. Saya beritahu, housemate yang balik kampung tu dah tiga hari dekat sini.


"Masa tunggu chat dibalas, saya pergi bilik air nak terkencing, selisih dengan dia (housemate). Lengan dia sejuk macam air batu.


"Saya terkaku duduk dalam bilik air hingga pagi buta! Rasa kaki dah boleh melangkah, keluar je bilik air saya capai handphone.


"Banyak kali owner rumah call dan chat, katanya housemate tu dekat kampung lagi. Allahuakbar! Call mak ayah, kebetulan mereka ada di Seksyen 30, suruh ambil sekarang juga. Mereka sampai je, lari menggeletar masuk dalam kereta," ceritanya lagi.


Menurut Nina, orang tuanya segera membawa dia ke rumah seorang kenalan mereka yang merupakan perawat untuk memulihkan kembali semangatnya.


"Saya cerita… sampai bahagian wangi tu, perawat tanya wangi macam mana. Saya cakap bau bunga melur, cempaka… satu lagi tak tahu bau apa. Dia hulur satu benda, tanya 'Bau macam ni juga ke?'.


"Macam sama baunya. Kata dia, inilah kapur barus. Perawat kata, 'dia' nak suruh saya buka ikatan dekat kepalanya, benda ni dah tak ada tuan. Kena seksa, turun temurun tujuannya untuk syirik dan khurafat.


"Balik rumah, siap bersihkan diri, nak baring kejap. Saya suka mengiring sambal peluk bantal panjang. Malam tu lain. Tangan tak muat nak peluk bantal tu, rasa tinggi dan besar.


"Plus bau busuk macam bangkai cicak mati. Dekat melekat depan muka. Allahuakbar, nak lari pun tak boleh. Sampai ke pagi keras kejung. Dapat tahu je kewujudan dia, terus wujud dengan keadaan sebenar," kongsinya lagi.


Difahamkan, kedua-dua teman serumahnya yang sebenar juga berdepan gangguan di rumah sewa berkenaan, menyebabkan mereka terlebih dahulu 'angkat kaki'.


Tambah Nina, dia kini masih dalam fasa pemulihan dan meminta warga maya mendoakan kesembuhannya. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2025 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah pd arwah nina.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah pada arwah nina.. ada baca komen kat mstar ke oh moon, katanya ada yg komen doakan arwah meninggal dan pocong tu teman dia dalam kubur.. hare betul yang komen tu. Org tu meninggal betul2 dah.. tinggal lagi komen macam tu, nak minta maaf macam mana tah nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu sgt gula2 tu mymar jadi bntal peluk panjang tuu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm mana dia sorg je boleh nmpk?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2025 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah buat arwah nina.....kisah ni baru2 je ke arwah nina tu post...atau da lama kisahnye tapi baru skang je viral?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2025 11:02 AM | Show all posts
sejak kisah cik es, iols ada trust issue kisah2 macam ni sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 11:28 AM | Show all posts
Seram nya kisah ni, i sampai sekarang tak baca lagi kat tiktok.. Seram betul, takut terbawa-bawa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2025 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
LipasComel replied at 28-5-2025 11:02 AM
sejak kisah cik es, iols ada trust issue kisah2 macam ni sekarang ni

Samalah kita siap terfikir tak2 dia yg buat cerita..ye la masa zaman nenek kamsia kan letop2 hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2025 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
rupanya cerita scam
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2025 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca jelah ekk untuk mengisi masa lapang di hari cuti sekolah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2025 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kikyou replied at 29-5-2025 04:07 PM
Baca jelah ekk untuk mengisi masa lapang di hari cuti sekolah ni.

Sanggup lagi baca cerita ni daripada kisah cctv, wiring tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
EriaDoritis replied at 29-5-2025 01:53 PM
Sanggup lagi baca cerita ni daripada kisah cctv, wiring tu

Hakak baru je nak melupakan kisah tu. X pasal2 skang ni cerita tu segar balik dlm kepala hotak hakak. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 11:16 AM | Show all posts
kesian nina tu, al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 12:02 PM | Show all posts
sampai sekarang taktau cerita ni betul ke tak,anggaplah tengah baca majalah mestika yg dulu2 tu,kisah seram.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 11:28 PM | Show all posts
Ada jugak baca kisah ni lalu lalang, dah FYP kan hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2025 01:20 PM | Show all posts
seronok baca cite ni.. tp last2 orang cakap scam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:46 AM GMT+8 , Processed in 1.615531 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list