CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 790|Reply: 2

Ubati kerinduan peminat, konsert Glenn Fredly di Zepp KL guna teknologi hologram

[Copy link]
Post time 8-5-2025 09:12 AM | Show all posts |Read mode


PENYANYI mendiang Glenn Fredly mungkin sudah tiada namun karya yang ditinggalkan menjadi malar segar malah masih diminati ramai.


Disebabkan itu, sebuah konsert Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia bakal diadakan pada 18 Julai depan di Zepp Kuala Lumpur.


Menurut penganjurnya, Ibram Putra berkata karya mendiang tidak pernah mati malah sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup setiap pendengarnya.


Kata Ibrham, kejayaan konsert 25 Years of Music: Holographic Performance di Beach City InternaConal Stadium, Jakarta dua tahun lalu menjadi langkah berani membawa konsert sama menggunakan hologram ke Malaysia.


“Warisannya tak hanya hidup dalam karya, tetapi juga dalam nilai-nilai yang ia perjuangkan: keberagaman, perdamaian, dan kemanusiaan.


“Ini bukan hanya sebuah pertunjukan. Ini adalah ruang suci untuk mengenang, merenung, dan merayakan nilai-nilai yang Glenn tinggalkan.


“Inilah masa untuk kita meraikan cinta yang menyatukan, musik yang menyembuhkan, dan pesan damai yang abadi," katanya.




Tidak sekadar menghidupkan hologram semata-mata, konsert ini turut disertai isteri Glenn Fredly (Mutia Ayu), Ryan D'Masiv dan penampilan Noh Salleh serta Nadira Adnan.


Mereka ini  akan bergabung bersama The Bakuucakar, band pengiring asal Glenn Fredly sekali gus menyatukan cinta dan harmoni dalam sebuah tribute yang intim.


Bukan sekadar hiburan, konsert ini akan menjadi tonggak sejarah dunia muzik Asia Tenggara dan bukti bahwa teknologi boleh menjadi jambatan antara kenangan.


Peminat yang berminat boleh membeli tiket konsert berkenaan di laman web Ticket2U dengan harga serendah RM188. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2025 01:48 AM | Show all posts
Rm188 utk tgk hologram
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 02:44 PM | Show all posts
waaa hologram ek untuk mendiang..
beliau meninggal disbbkan covid dlu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 4148 Replies : 179

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:19 AM GMT+8 , Processed in 1.857528 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list