CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 942|Reply: 2

[GAMBAR] Kalau nampak van lambang bulan sabit tu masuk sekolah, habislah… Itu yang paling menyeramkan!

[Copy link]
Post time 5-5-2025 06:38 AM | Show all posts |Read mode


Masa di sekolah dulu, apa yang paling kita takut? Pasti ada yang menjawab, ujian bulanan, peperiksaan akhir tahun dan macam-macam lagi.  Dan jawapan yang paling popular sewaktu nak bagi kad laporan peperiksaan kepada mak dan ayah, kan?


Tapi, semua itu tak berapa seram. Ada lagi satu yang paling menyeramkan. Selalunya ia datang sekali setahun.


Bayangkan ketika itu, elok kita duduk lepak dengan kawan-kawan di sekolah, tiba-tiba nampak van berwarna putih kekuningan ada logo bulan sabit merah masuk ke perkarangan sekolah.


Daripada elok kami gelak ketawa, terus diam jadinya. Hati mula cuak, berdebar-debar. Walaupun yang turun tu wanita-wanita cantik berbaju putih, tapi mereka tetap menyeramkan. Betul tak? Saat itu paling menakutkan.


Tambahan pula apabila cikgu kelas datang bawa kad berwarna hijau. Fuh! Jantung berdebar mengalahkan nak masuk dewan periksa. Lagi pula kalau dah masuk darjah enam. Ada suntikan BCG, lagilah menyeramkan bila lihat geng pakaian putih ini datang.




Biasanya, kalau geng baju putih datang, mereka akan berada di sekolah lebih kurang seminggu. Kalau dah tahu geng baju putih ini ada, kepala ligat saja memikirkan alasan tak nak pergi sekolah.


Kalau di Kelantan, kami panggil jururawat dengan nama ‘Misi’. Ambo masih ingat satu peristiwa. Waktu itu cikgu kelas masuk membawa kad berwarna hijau. Tengok kad macam tak banyak. Semua dalam kelas berdebar-debar, nama siapa yang akan dipanggil.


Seorang demi seorang nama disebut, nama Ambo masih lagi tiada dalam senarai. Lega. Tengok ada kad terakhir. Waktu tu berdoa dalam hati harap-harap nama tak naik. Semua yang dapat kad hijau diminta beratur dulu di depan kelas sebelum berjalan ke klinik sekolah.


“Mohd Ikhwan!” panggil cikgu.


Alamak! Kena juga. Ingatkan Ambo tak kena. Rupa-rupanya kad yang terakhir tu kad Ambo. Waktu itu, nak melangkah pun rasa lemah. Terasa gerun dan menakutkan, padahal Misi bukan nak buat apa pun. Cuma nak periksa gigi je. Tapi dia punya takut mengalahkan jumpa hantu.




Kami semua berbarislah menuju ke klinik. Seorang demi seorang tunggu giliran untuk diperiksa. Waktu itu Ambo dah seram sejuk. Tiba giliran Ambo, selamba je Ambo masuk lalu jumpa dengan Misi.


“Saya nak beritahu, Mohd Ikhwan tak hadir hari ni,” kata Ambo.


“Oh ye ke. Tak pe lah,” balas Misi.


Fuh! Selamat. Apa lagi, cepat Ambo melangkah keluar dari situ. Baru sahaja keluar, seorang kawan tegur, ““Eh! Ikhwan cepatnya,” katanya.


Apa lagi, lintang-pukang Ambo lari menyelamatkan diri. Takut Misi tu dengar. Itu pun tak masuk kelas, Ambo menyorok dalam tandas. Sampailah rasa keadaan dah betul-betul terkawal, baru Ambo keluar.


Tapi, Ambo selamat untuk hari itu saja. Hari seterusnya, memang tak lepas. Cikgu sendiri yang hantar Ambo ke klinik. Memang tak boleh lari dah.


Satu lagi pengalaman, berlaku kepada seorang kawan. Satu hari cikgu masuk ke kelas bawa kad rekod kesihatan pelajar.


“Ni ada kad kesihatan. Bawa balik minta mak ayah isikan dan tanda tangan. Esok bawa pada cikgu balik,” arah cikgu.


Keesokan harinya, cikgu minta ketua kelas untuk mengutip kembali kad hijau tersebut. Waktu itu, macam-macam alasan keluar. Ada yang kata tertinggal kad di rumah. Ada pula yang lupa nak isi, lupa bawa balik dan yang paling kelakar, ada yang siap koyakkan kad tu kata adiknya koyakkan di rumah.


Itu memang alasan biasa. Bukan hanya kad, kalau tak siap kerja sekolah pun mesti akan koyakkan buku latihan. Ayatnya sama, adik koyakkan buku. Hahaha… Taktik dah basi.




Waktu dah kutip semua kad, cikgu belek satu persatu. Tiba-tiba cikgu memanggil kawan Ambo bernama Arif.


“Arif, siapa yang isi borang ni?” soal cikgu.


“Ayah saya cikgu,” balasnya.


“Tulisan ayah awak ni macam budak-budak ye?” soal cikgu lagi. Waktu tu muka cikgu seperti sedang menahan ketawa.


“Ye cikgu, memang ayah saya,” kata Arif.


“Ye lah, ni ada huruf kecil, huruf besar. Betul ke dia tak benarkan awak diperiksa ni?” soal cikgu.


“Aik! Ye ke cikgu? Alhamdulillah,” katanya sambil tersengih.


“Tak ada. Ayah awak benar ke tak benar ke, awak tetap kena periksa!” kata cikgu.   


Waaaaa… Terus Arif menangis. Katanya, dah ayahnya tak benarkan, cikgu jangan nak memandai-mandai pula. Siap ugut nak berhenti sekolah lagi. Punyalah takut. Padahal tak ada apa pun. Fobia je tengok Misi tu.




Lain pula kalau tiba waktu nak kena cucuk, lagilah takut. Cikgu masuk ke dalam kelas dan beritahu, esok semua pelajar kena datang ke sekolah kerana perlu cucuk BCG. Siap ugut lagi. Siapa tak datang, doktor akan datang ke rumah cucuk dengan jarum sama besar dengan pensel. Pergh!Mahu tak mahu, memang kena datang juga ke sekolah.


Datang sekolah esok, mata duk cari je van kesihatan. Kalau tak ada, hati berasa lega. Dalam waktu sama kami berdoa agar Misi tak jadi datang hari ni. Elok lepas berdoa, van kesihatan pun sampai. Hampeh!


Masa tu teringatlah cerita abang-abang senior. Kata mereka, cucuk BCG ni sakit. Misi akan rendam jarum tu dalam air panas, lepas tu dia akan cucuk sampai ke tulang dan cungkil-cungkil. Huh! Ngilu rasanya.


Tiba-tiba pengawas sekolah datang. Katanya cikgu minta semua sekali beratur dan pergi ke klinik sekolah. Semua muka saspens dan berat hati hendak pergi. Dari jauh, Misi duk melambai-lambaikan tangan. Kami yang sedang berbaris semua berhenti. Masing-masing duk tolak-menolak tak nak duduk depan.


Ngeri tengok jarum, padahal cucuknya sikit je. Tak lah sakit mana pun. Waktu tu ada seorang kawan. Sebaik Misi pegang je lengannya. Dia terus membuat muka seperti seorang yang gagah dan kuat.


“Bismillahhirrahmanirrahim,” laungnya dengan kuat. Bukan kami, dengan Misi pun terkejut dengan laungannya tu.


Itulah zaman sekolah dahulu. Kadang-kadang bukan takut sangat, tapi apabila ada abang-abang yang memomokkan dengan cerita yang bukan-bukan, itu yang jadi takut.


Waktu kanak-kanak dulu memang takut tengok Misi. Rasa fobia bila tengok geng-geng Misi ni datang ke sekolah. Tapi dah dewasa ni, terasa seronok pula bila tengok geng-geng Misi. Tambah pula bila Misi pun manis-manis belaka dan tak lokek senyuman. Ha ha ha… jangan marah haaa… -MOHD IKHWAN@ Ambo, Kota Bharu, Kelantan.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2025 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha mmg van seram, lagi2 beratur ikut nama sapa A paling awal dan Z paling last, tu pasal kalau ada anak bagi nama tengah2 klmn
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2026 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa tu kad rawatan gigi saiz A4 kaler hijau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:58 AM GMT+8 , Processed in 1.214239 second(s), 9 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list