CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 617|Reply: 0

Hati Hael Husaini sudah dimiliki, bakal kahwin dalam masa terdekat

[Copy link]
Post time 1-5-2025 11:31 AM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Bukan lagi rahsia, apabila penyanyi dan komposer, Hael Husaini mengesahkan hatinya kini sudah dimiliki.


Malah komposer lagu Diam dan Bukan Lagi Kita ini juga tidak menolak untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat.


  


"Ya saya sudah dimiliki dan saya tak 'available' untuk selamanya," jawapannya spontan terhadap pertanyaan media.


Hael bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan akan berkongsi apabila perkara itu akan menjadi kenyataan.


"Kalau jodoh sampai dalam masa terdekat saya terima sahaja. Pasal jodoh kita serahkan pada yang lebih berkuasa, bagi saya bila sampai masanya insya-Allah saya akan terima dengan hati terbuka dan memberitahu anda semua.


  


"Saya tidak ada masalah untuk berkongsi, cuma bagi saya benda yang tak pasti lagi mungkin kurang enak untuk saya kongsikan," katanya.


Tambahnya lagi, dia tidak menolak sekiranya jodoh datang dalam kalangan rakan industri seni sendiri.


"Kalau ada jodoh, Insya-Allah sebab saya bukan lagi berumur 18 tahun dan sesiapa yang datang saya terima sahaja. Insya-Allah kalau ada rezeki," tambahnya ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Raya Last Kopek Rocketfuel Entertainment di Rumah Abang Jamil, di sini, malam ini.


  


Katanya lagi, dia menyerahkan soal jodoh kepada Ilahi dan meminta doa daripada semua.


"Apa-apapun doakan yang terbaik, bukan saja untuk saya tetapi untuk sesiapa sahaja rakan artis yang akan melayari bahtera rumah tangga," katanya.


Terdahulu, Hael atau nama sebenarnya, Hal Husaini Razmi, 38,


pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan gandingan duet menerusi lagu ciptaannya. - HARIAN METRO



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.334489 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list