CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 411|Reply: 1

Trauma teringat tragedi lalu

[Copy link]
Post time 28-4-2025 03:28 PM | Show all posts |Read mode


RASA bersalah kerana diri terselamat daripada insiden trauma seperti kemalangan, lemas atau kebakaran antara sindrom mungkin wujud dalam kalangan individu yang mengalami gangguan stres pasca trauma (PTSD).


Kejadian buruk itu memberi perasaan trauma sehinggakan individu berulang kali mengimbas peristiwa terjadi dengan jelas meskipun ia sudah lama berlalu.


Impak iaitu kemungkinan ada mangsa terkorban atau kenalan rapat termasuklah ahli keluarga menjadi mangsa, menyebabkan individu yang terselamat menyalahkan diri mereka.


Menurut Pakar Psikiatri Klinik Pakar Alaminda Shah Alam, Selangor, Dr Hazli Zakaria, Sindrom Survivor's Guilt biasanya dialami individu yang terselamat dengan gejala seperti reaksi emosi tidak terkawal, mudah terkejut atau terkesan (hiper arousal) dan mengasingkan diri atau menyendiri (avoidance).




"Sampai satu tahap mereka mencederakan diri atau berisiko membunuh diri kerana berasa tidak layak untuk hidup," katanya.


Selain itu, golongan mengalami sindrom rasa bersalah itu juga mengalami kemurungan dan mula mengasingkan diri kerana emosi rasa bersalah itu.


Beliau menjelaskan lagi, bagi mengalami sindrom ini sangatlah sukar mereka mendapatkan bantuan atau berkongsi penderitaan dialami.


"Kebanyakan kes PTSD membabitkan insiden trauma dengan Sindrom Survivor's Guilt, mereka tidak berkongsi perasaan itu kepada orang lain.


"Mereka bimbang pandangan dan penilaian orang luar terhadap diri kerana mereka terselamat berbanding mangsa lain yang jauh lebih layak untuk terus hidup.


"Sindrom ini satu cabaran untuk individu apabila ia terkait dengan elemen emosi malu dan rasa aib.


"Penerimaan untuk lelaki dan wanita juga berbeza mengikut tahap mereka menangani (coping) dan memahami situasi terbabit.


"Lelaki selalunya sukar untuk berkongsi dan mereka lebih gemar menyimpan sendiri.


"Manakala wanita lebih terbuka berkongsi dan peluang untuk mereka menangani sindrom itu lebih baik," katanya.


Pakar itu menggesa individu yang merasai sindrom itu merujuk dengan pakar bagi mendapatkan intervensi sesuai.


"Memang ada rawatan menggabungkan kombinasi ubat-ubatan dan psikoterapi. Lagi awal mereka merujuk permasalahan sindrom itu kepada pakar psikiatrik dan psikologi klinikal, pemulihan lebih awal.


"Jika ada yang menyedari rakan dan ahli keluarga mengalami sindrom rasa bersalah itu, sebaiknya memujuk dan merujuk mereka untuk mendapatkan sokongan serta bantuan diperlukan.


"Elak memberi nasihat dan cukup menjadi pendengar bagi membantu individu terkesan tidak terganggu atau berasa diri mereka sedang diadili," katanya. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2025 09:14 PM | Show all posts
Terima kasih
sy tidak tahu sangta bidang PTSD ini
ianya amat luas
kadang2 trauma nya ialah physical, kadang2 ianya psychological
susah sy nak compute
mujurlah ada psychiatrists
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 22780 Replies : 11
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 365404 Replies : 3560
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 23992 Replies : 10
Rosmah kena lagi, uolssss
stingerkentotRosmah kena lagi, uolssss
Views : 6614 Replies : 39
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20442 Replies : 12
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25878 Replies : 24
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 42785 Replies : 569
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14787 Replies : 294
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57839 Replies : 1095
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22441 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.760344 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list