CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 851|Reply: 0

Kesilapan ‘Parenting’ Yang Biasa Ibu Bapa Buat Kepada Anak Perempuan

[Copy link]
Post time 23-4-2025 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by acikonion at 23-4-2025 10:09 PM



Anak perempuan bukan sekadar individu yang perlu dilindungi, tetapi juga insan yang perlu dibimbing agar mereka membesar dengan keyakinan diri, keberanian, dan kebijaksanaan dalam menghadapi kehidupan.


Namun, tanpa sedar, ramai ibu bapa melakukan kesilapan tertentu dalam mendidik anak perempuan. Ini bukan kerana mereka tidak menyayangi anak, tetapi disebabkan oleh norma masyarakat, budaya, dan kepercayaan lama yang mungkin tidak lagi sesuai dalam dunia moden.


Contohnya, ada ibu bapa yang terlalu menekan anak perempuan dengan peranan gender yang stereotaip, terlalu melindungi mereka hingga kurang berdikari, atau kurang memberi pendidikan tentang keselamatan dan kesedaran diri.


Kesilapan ini, jika dibiarkan, boleh memberi kesan jangka panjang terhadap perkembangan emosi dan mental anak perempuan. Mereka mungkin membesar dengan kurang keyakinan untuk menyuarakan pendapat, takut untuk mencuba perkara baru, atau tidak tahu bagaimana menetapkan sempadan dalam pergaulan dan hubungan.


Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa peka terhadap cara kita mendidik anak perempuan supaya mereka dapat membesar sebagai individu yang kuat, berdikari, dan mampu menghadapi cabaran dunia dengan yakin.


Dalam artikel ini, kita akan membincangkan lima kesilapan utama yang sering dilakukan ibu bapa dalam membesarkan anak perempuan serta bagaimana kita boleh mengelakkan kesilapan ini demi masa depan mereka yang lebih cerah.





Berikut perkongsian daripada Mohd Fhais Salim seorang ‘parenting coach.’


LIMA kesilapan parenting yang biasa kita buat terhadap anak perempuan

1. Tak boleh menangis

“Jangan menangis, jangan mengada-ngada”

Menangis bukan tanda lembik! Tapi tu tanda hati dia lembut, fitrah seorang wanita. Tak bagi dia nangis ibarat kita menafikan fitrah dia.


2. Marah dia banyak cakap

Cakap cakap adalah satu terapi buat perempuan. Anak kita sedang luah isi hati, kita pula marah dia. Salah tu, lama-lama boleh tawar hatinya.


3. Tak boleh main, buat kerja saja

Haih. Memang betul anak perempuan kena di latih pandai buat kerja rumah tapi tak patut kita ignore fitrah seorang anak iaitu bermain. Anak lelaki pun kena latih buat kerja rumah juga tau.


4. Perempuan kena mengalah

Memang selalu anak perempuan yang banyak mengalah, baik dari buat kerja rumah sampai la pilih channel tv perempuan yang terpaksa mengalah. Semua anak ada hak yang sama. Berlaku adil & tidak bias ikut jantina.


5. Terlalu keras hati

Ramai anak perempuan yang jauh hati dengan ibu ayah sebab terlalu keras, terlalu kasar & terlalu garang dalam mendidik.


Anak perempuan hati dia lembut, mereka tak rasa CONNECTED jika kita berkeras, tak sync. Kontra habis. Tak pelik jika anak perempuan kuat melawan.


Anak perempuan dia special. Jika kita betul-betul tunaikan semua hak mereka dan bimbing mereka baik-baik, itu la jambatan syurga kita kelak.  - Pa & Ma



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.038303 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list