CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1623|Reply: 5

[SEJARAH] BAHAYA! NARATIF "MELAYU HINDU-BUDDHA" ADALAH PROPAGANDA ORIENTALIS

[Copy link]
Post time 17-4-2025 01:28 AM | Show all posts |Read mode
Prof kangkung muncul lagi... yeehaa...
ingat dia dah insaf rupanya semakin sewel..

Ini adalah teks dari pesbuk dia yg masih berlegar menabur pitnah malah turut ditelan bulat2 oleh halaman Sungai Batu.
Jom usha:



BAHAYA! NARATIF "MELAYU HINDU-BUDDHA" ADALAH PROPAGANDA ORIENTALIS

Oleh: Prof.Dr. Solehah Yaacob <--- ini adalah prof kangkung yg cuma ada kelulusan bahasa arab je. Bukan historian pun. Malah terjemahan bahasa arab dia pun kelaut seperti yg di kantoikan oleh prof.dr.rozaimi.

Mari kita bongkar penipuan sejarah ini sampai ke akar umbi!

1. BONGKARAN MUTLAK: SIAPA SEBENARNYA PENDUDUK KEDAH TUA?
-GENETIK MEMBUKTIKAN: Kajian DNA terbaru (2023) oleh Universiti Malaya ke atas rangka purba Lembah Bujang menunjukkan:  
  ✦ 95% darah Austronesia(Melayu asli)  
  ✦ Hanya 3-5% campuran India(pedagang sementara)  
  "Mana mungkin masyarakat dengan 95% darah Melayu asli tiba-tiba jadi penganut Hindu?" <-- yep memang betul org kedah ialah melayu. Jadi.. kalau melayu mesti islam ke? contoh terbaik nak tengok melayu hindu ialah kat bali dan nak tgk melayu buddha kat selatan thai dan pendalaman kelantan.




2. BONGKARAN ARKEOLOGI: CANDI-CANDI ITU MILIK SIAPA?
- TEKNOLOGI RADAR PENEMBUS BUMI (2022):  
  ✦ Setiap candi di Lembah Bujang dikelilingi oleh ratusan tapak rumah biasa yang  TIADA UNSUR HINDU
  ✦ Hanya 0.1% artifak ditemui berkaitan ritual agama  
takde unsur hindu acik kau... prof.nasha yg jumpa patung buddha kat bukit choras tu amenda ? patung ni lebih tua dari angkor watt tau..







3. BONGKARAN TEKS KUNO: MANIPULASI TERJEMAHAN
- PRASASTI TANJORE ASLI:  <-- batu bersurat ni bertarikh 1030 CE la ngokk.. sedangkan tamadun sg.batu tu according to prof.Mokhtar dah ade since 788 BCE.


  Teks sebenar dalam bahasa Tamil Kuno:  
  "Kami menakluk Kadaram untuk mengambil emas dan gajah"
  BUKAN "untuk menyebarkan agama" <-- batu bersurat ni sebenarnya nak mention yang rajendra chola menyerang kedah. tapi menurut prof.dr.takashi suzuki, langsung takde rekod silang dari china yg mengatakan srivijaya diserang. malah srivijaya kedah still menghantar tribute ke china pada 1077, 1079 and so on.. fyi china tak recognise chola empire as one of their tributional country apatah lagi bila negara dibawah naungannya (srivijaya) diserang.
Batu bersurat ni umpama citer keling bollywood yg membanggakan diri sendiri je dan selfproclaim benda yg tak wujud.





- CATATAN I-TSING YANG DIPUTARBELITKAN:  
  Versi asal bahasa Cina Kuno:  
  "Di Ka-Cha ada beberapa orang India yang sembah Buddha"
  BUKAN "penduduk Ka-Cha penganut Buddha"
woii makcik... itsing cuma tulis ni je ke??? barbie betul.. kau cuma copy paste ayat ikut sedap kau je ye gemok?
dah terang2 itsing kata srivijaya tu beragama buddha dan terdapat lebih 1000 sami ketika dia melawat srivijaya. Adakah kau nak kata sami ni beragama hanif?? kemon la gemok... candi tertua yg ditemui kat wilayah Surat Thani adalah candi Wat Phra Borommathat tu dah wujud since 7th CE bermazhab buddha mahayana malah dibina oleh org melayu kerana menurut prof.dr.takashi suzuki there is no evidence of thai people yang bina candi ni sebab org thai hanya migrate ke selatan bermula 11th CE dan langsung takde ciri senibina oleh org cina mahupun india. malah candi2 yg ada kat palembang yg start dibina pada 8th CE pun rekabentuknya pun adalah influence dari candi2 ini. Kesimpulannya org melayu yg bina!
Bukan dari zaman dulu je bahkan zaman skrg ni pun patung buddha terbesar di malaysia yg terletak kat penang opss... salah... dibina oleh cina dap... opsss salah lagi.... sebenarnya terletak di kelantan negeri pas dan dibina oleh melayu buddha hokkay...





4. BONGKARAN AGENDA KOLONIAL
- SKRIP RAHSIA BRITISH 1826:  
  Dokumen Arkib London mendedahkan:  
  ✦ *"Kita perlu tonjolkan sejarah Hindu Melayu untuk memutuskan ikatan mereka dengan Islam dan Timur Tengah"<--- mana link atau bukti?? dah mcm paria pulak aku tgk si kaki claim ni.



- STRATEGI VAN LEUR (PENGKAJI BELANDA):  
  Dalam diari peribadinya (1934):  
  "Setiap candi yang ditemui harus dikaitkan dengan pengaruh Hindu, walau tiada bukti jelas"
woii makcik... kot ye pun orientalis nak memutuskan ikatan melayu dgn islam, kenapa mesti hindu dan buddha?? kenapa tak kristian?? padahal diaorg pun benci dan menjarah india (hindu) dan china (buddha) ?
Ironinya, mangkuk yg kata melayu ni ada link dgn yahudi ialah kau...  kau lagi teruk dari Van Leur!





5. BONGKARAN ISLAM AWAL YANG DISEMBUNYIKAN
- MASJID TUA CHANDAK (KEDAH):  
  ✦ Ditemui 2021 di bawah runtuhan candi  
  ✦ Batu asas bertulisan Kufi abad ke-8  <-- aku takde info pasal ni.. malah kau pun takde bagi rujukan. sembang babi pun boleh terbang. kalau betul sekalipun dakwaan kau ni tetap no point sebab buddha lagi lama bertapak since 7th CE


- KOIN EMAS KEDAH ABAD KE-10:  
  ✦ Bertulisan "La ilaha illallah" dalam aksara Kawi  
  ✦ Disimpan rapi di Muzium British tanpa kajian lanjut <-- mana rujukan???

BONGKARAN MUKA SURAT AL-QURAN TERTUA DI ASIA TENGGARA
- NASKHAH ABAD KE-8 DI GUA KELAM (PERLIS):  <-- tahun berapa?? mana rujukan woii ? lagipun kalau betul sekalipun quran tertua ditemui still tak melambangkan kerajaan dan masyarakat zaman tu islam. Ironinya kau boleh pulak menafikan patung buddha dan candi yg lebih kukuh tu bukan bukti org melayu beragama buddha? kau dah kenapa ?


KESIMPULAN BONGKARAN
1. GENETIK: Orang Melayu Kedah Tua adalah Melayu asli <-- betul
2. ARKEOLOGI: Candi untuk pedagang asing, bukan tempat ibadat masyarakat <-- kau pernah temgok candi lembah bujang tak?  aku dah start currios kat kau ni,.. kau ingat saiz dia mcm tokong cina 4x4 tu ke? bapak besar dan luas siyakk.. dan kalau kau baca kajian dari uneks, candi tu dibina atas lapisan tapak asal dari kuil org greek yg jauh lagi purba dari itu. Nanti aku tepek kat 2#


3. TEKS: Terjemahan diputarbelitkan untuk sokong agenda kolonial <-- eh makcik... historian yg kata melayu ni hindu buddha bukan orientalis je. pakar dari byk bangsa pun kata benda yg sama. pakar dari jepun, cina, india, thai, melayu... mereka takde sebarang agenda la bhai... kau tu je yg delusional.


4. ISLAM: Bukti wujud tetapi disembunyikan  <-- islam mmg wujud. tak dinafikan. tapi zaman tu kesemua empayar atau kerajaan yg wujud dirantau ini selain kedah juga beragama hindu buddha. kau nak kata kerajaan sailendra yg bina kuil borobodur tu beragama hanif ke ?
islam diinfluencekan ke rantau sini selepas 13th CE dan start one by one kerajaan lain turut menerimanya.





"Ini bukan lagi debat akademik, tapi perang naratif! Jangan biarkan musuh sejarah terus menipu kita!" <-- actually kau la sebenarnya pelacur sejarah



AKSI YANG BOLEH DILAKUKAN:
1. Tuntut kajian semula semua artifak Lembah Bujang dengan teknologi moden  
2. Desak muzium mempamerkan bukti Islam awal  <-- kerajaan islam terawal ialah 13th CE iaitu samudera pasai. kalau ada sekalipun bukti kubur atau batu nesan yg lebih awal, itu tak menunjukkan islam dah influence kat rantau sebelah sini. itu mungkin kubur pedagang islam yg mati ketika berdagang. berbanding srivijaya yg dah di influence by agama buddha yg mana empayar ini memiliki beribu org sami dan berpuluh candi. Selain dari itu kau takde proof islam dah berkembang disini sebelum 13th CE.
3. Sebarkan bongkaran ini ke media sosial  <-- aku menulis dlm forum cari sebab kat fb kau boleh delete. dlm porum ni bertahan sampai puluhan tahun.



Mau bukti lebih detail? Saya ada dokumen-dokumen rahsia yang belum pernah didedahkan!**  <-- ni ayat paling x boleh blah... sendiri claim tapi tak bagi rujukan. Pastu kata taknak percaya sudah.. sy percaya..
para pengtaksub dungu dia pulak kata sapa yg bangkang dia ni adalah penyokong keling cina bagai. Kepala pundek dia laa.. kau tu la penyebar fitnah dan hoax no 1. pastu main playvictim.
fakta tetap adalah fakta. kau tak boleh terima ke nenek moyang kita dulu hindu buddha??






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2025 02:07 AM | Show all posts
Teks di bawah ni adalah hipotesis dari uneks..
Dia pernah post kat dlm porem ni dulu tapi samada dah didelete oleh mod atau dia sendiri yg delete sebab dia frust dgn pengcopy-paste yg claim ni hasil kajian dia.. pastu selit link shopee

Aku archived salinan ni sebab terlalu berharga dan segala picture aku upload terus dlm server Cari porem ni.. bukan upload kat cloud yg free mcm google drive atau blogspot sebab takut sampai masa akan didelete. Ini semua utk rujukan generasi Z.


**************************************************************************************

Untold History : Τηε Λοστ Γρεεκς Ξιϝιλιζατιον ιν Κεδαη

It was written "The Lost Greeks Civilization in Kedah" in ancient Greek's.

Kenape??? x pecaye lagi????


TAWARIKH

Kalau aku nak cerite panjang2 definasi "Tawarikh" mengikut acuan Al-Ijil dan orang2 sezaman dengannye lalu ditiru oleh orang2 barat.. dalam mengklasifikasikan "Sejarah".. tak habis 4,000 pages ni..

So.. sesimplenye aku bagitau = "Tawarikh" adalah "Tarikh".. tu je.  Korang tak payah kusut kan kepalotak korang.

While.. "Sejarah" tu adalah "Ranting-ranting" cerita... or "Hikayat"

Bezanya.. "Tawarikh" dinukilkan dengan tarikh dan tempat, while "Sajarat/Sejarah" tidak dinukilkan tarikh.. tapi tempat.  Kedua-dua nya menceritakan 2 perkara yang sama - berhubung perkara lalu.

So.. kite gunekan definasi orang-orang bijak pandai Arab mcm Al-Ijil tu.. berhubung "Sejarah" yang diklasifikasikan sebagai "Tawarikh" or (tarikh) dalam bahase Melayu.   Then.. kite apply dekat peristiwa dibawah ini :


HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Diceritakan dalam Hikayat Merong Mahawangsas bahawa :





1. Pasukan Rom belayar ke Kedah
2. Diserang Garuda yang mengadap Nabi Sulaiman

Dalam Hikayat Merong Mahawangsa.. disebutkan terdapat satu pasukan laut tentera Rom belayar ke China... lalu terkandas di Kedah.

Dia juga menyatakan "Garuda" tersebut berhubung dengan Nabi Sulaiman.

Now.. ko apply definasi "Tarawikh" Al-Ijil tadi atas perkara2 ni :



  • "Rome" diasaskan pada 756 BC
  • Nabi Sulaiman hidup pada 900 BC



So.. 'they' are definitely NOT ROMAN... so.. who the fcuk are they????

Roman datang dari satu civilization yang same lebih kurang mcm dorang.. - Greek.. let's look at Greek's existence :


MATCH!

It was Greek yang hidup sezaman dengan Nabi Sulaiman.

HYPOTHESIS

So.. hypothesisnya.. "Roman" yang datang itu adalah bangsa Greek yang hidup sezaman dengan Nabi Sulaiman.. bukannya "Roman".

Tetapi.. Hikayat Merong Mahawangsa Ver. 1 itu.. ditulis pada zaman "Roman" or zaman 800 - 400 BC.

Kenape aku conclude "Greek"?

Sebab ini :



Candi Lembah Bujang!!!

Kite dimomokkan bahawa "Candi Lembah Bujang" itu kepunyaan orang Hindu.. sampaikan semua lupe tengok Hikayat Merong Mahawangsa tu menceritekan orang2 Rome (Greek) datang, dan tinggal di kaki Gunung Jerai.. bukannye orang Hindu

Hikayat Merong Mahawangsa disalin semula oleh penganut Hindu in 1200 AD and incorporated their story into the Hikayat embedded the fact that, their temple was built above the Greek's temple.

Sebab ape aku cakap Candi2 di Lembah Bujang adalah tinggalan rumah ibadat kuil Greek??? sini aku aksi tunjuk :

1.  Orientation





Hampir kesemua Candi Lembah Bujang dibina mengadap "Timur"... sama seperti Greek Temple :






What's the odd???

Ini merupakan graft, julat Greek Temple yang dijumpai and it's orientation :




Kebanyakkannye... mengadap TIMUR



While... kuil-kuil Hindu.. orang yang seagama dengan rakan-rakan Hindu purba yang terkenal di Tanah Jawa mahupun Tharsis pula oreintasinya lebih menghadap BARAT :






Mana mungkin "Hindu-Hindu" di Kedah mazhabnya lain TIDAK MENGIKUT penganut Hindu lain di Jawa Barat???
Agak aneh bukan????





2.  DESIGN





Those are Lembah Bujang.. while.. these were the Greeks :














What are the resemblance???? the aeriel photography shows that... those temple was constructed by pillar inside the partico.. dibina dengan tiang di halaman 'hall' nya.. while.. 'ancient' Hindu Temple pulak... yang asalnya dari India :












Sikit HARAM pun takde bentuk rectangular shape mcm dekat Lembah Bujang - yang konon dibangunkan oleh Empayar Hindu




So now.. korang dah nampak ape yang aku cube sampaikan???

MUNGKIN korang refute sebab tiang-tiang kuil Greek amat besar gedabak.  Perlu diingatkan.. dalam Merong Mahawangsa ditulis, angkatan perang Rom (Greek) yang hanyut ke Gunung Jerai.

Thus, dorang tinggal and adapting local environment dgn resources yang sedikit dan jugak tools yang limited. So, bahan binaannya pula adalah simple, mungkin berasaskan kayu dan batu bata kerana tidak ada marble utk binaan kuil yang hebat


3. CLAUDIUS PTOLEMIUS
Ptolemy as you know him. The earliest Greco-Roman chronicler yang mencatatkan kewujudan Selat Melaka.

Living around 90 AD - 168 AD. Dia merupakan bangsawan Roman berbangsa Greek.  How the fcuk did he know Selat  Melaka???? = His ancestor, those who traveled here and resides at Gunung Jerai.

HYPOTHESIS ; Kedatangan Hindu Hindia

Now, kita dah ade date of establishment the ancient Greek's in Gunung Jerai.. around 900 BC - 700 BC berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa.

Now.. kedatangan Hindu ke Kedah pula kira-kira 500 AD - 1200 AD, yang paling awal di Nusantara.  Dibawa oleh Pedagang Hindia.


JADI.. keturunan pendatang Greek yang menetap di kaki Gunung Jerai, berpindah dari Utara ke Selatan (Jambi / Palembang / Johor) sekitar 400 BC - 1 AD atas sebab-sebab... mungkin peperangan. (Lalu... ade sambungan cerite ni#)

Lalu ditinggalkan kuil-kuil mereka di Kaki Gunung Jerai.

500 tahun selepas itu.. kaum-kaum pendatang Hindia menetap disitu dan utilized semua kuil2 peninggalan Greek dan menjadikan nya tempat ibadat kaum-kaum Hindu.

Sebab aku conclude bende mcm ni :




Struktur asas pada setiap candi di Lembah Bujang mempunyai ukuran yang besar berbanding struktur atasnya = menunjukkan... terdapat penambahbaikan pada zaman yang berlainan

While.. TAMADDUN HINDU PURBA JARANG menggunakan bake clay sebagai asas binaannya.. yang biasa dorang gunekan ialah chiseled stone.  Itu yang aku pelik.




Sebab tu.. segala patung dan ukiran 'kuil greek' yang asal telah diubah orang Hindia kerana ditinggalkan lebih 500 tahun.

Ape yang korang jumpe hari ni = patung2 agama Buddha dan Hindu Mahayana... tanpa korang ambil kira orientation, ingredient, structure, layout dan juga catatan-catatan dari purba yang nenek korang tulis tuuu.. walaupun diselang selikan dengan dongeng, ade cluenye yang korang tak pernah pikir.

# SO.. APE JADI PADA KETURUNAN GREEK SELEPAS ITU?

Korang bace "Sejarah Melayu"??

Yang mana dikatekan keturunan Sang Saperba itu dari titisan Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great)?? Peristiwa ini terjadik kira-kira 800 AD - 1100 AD dulu.


Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) adelah orang Macedonia.. ancient Greece.  

So.. ko relatekan cerita diatas antara Hikayat Merong Mahawangsa dan Sejarah Melayu = Both point out to the same source = GREEK

So.. ceritanya berkaitan antara satu sama lain.  Kat situ letaknya 'missing link' Sejarah Melayu dengan Iskandar Zulkarnain.

Orang2 keturunan Greek yang lari dari Lembah Bujang (dalam Hikayat Merong Mahawangsa) = menetap di Palembang sebagai pelarian.  Berkahwin dengan bangsawan tempatan, keturunan mereka melahirkan Raja-Raja Melayu (dalam Sejarah Melayu) yang disebut berketurunan Iskandar Zulkarnain dari Makedonia (Greece) - seperti yang dinukilkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa

See the konnection??????




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2025 03:42 AM | Show all posts
Edited by system_failure at 25-5-2025 03:57 AM

Nak lawan prof kangkung ni kita kena guna lawan yg setaraf atau lagi high level.

ini adalah temubual dgn Profesor Emeritus Ahmat Adam (PEAA) seorg pakar sejarah.
dan temubual ni adalah tentang batu bersurat terengganu dan dengar betul2 kata beliau tentang orientalis dan jugak maksud sebenar batu bersurat ni.

Batu bersurat ni yg selama ni terkenal sebagi bukti solid kedatangan Islam ke semenanjung, ironinya juga tersimpan bukti kukuh masyarakat terenganu dulu sebelum itu beragama buddha..

Mari layan..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2025 03:47 AM | Show all posts
Edited by system_failure at 25-5-2025 04:06 AM

minit 34.14
peaa : dan cara penyampaian islamnya disesuaikan dgn cara penyampaian agama buddha.
Ini yg org tak sebut!
Perkataan 'sasanakala'.. dlm agama buddha sasana itu adalah doktrin ataupun ajaran yg disampaikan.
Kala adalah waktu. Jadi org terenganu dulu sebelum islam sy yakin beragama buddha!
Jadi pengaruh...


minit 34:49
mod : benar.. dan kalau kita lihat sebelum melaka pun kita ni dulu hindu ye..
peaa : jgn potong cakap aku laa setan!
mod : ok ok sila sambung prof..
peaa : ok sambung.. kedah pun mcmtu.. beragama  buddha.
Utk perkataan Allah cuma sekali dua kali je disebut dan selainnya disebut 'Dewata Mulia Raya'.
Itu perkataan sanskrit yg merujuk kpd dewa hindu.
Jadi ada semacam akuterasi / penyesuaian disitu kerana kalau dibawa istilah yg baru, org tak fhm..


mod : sebab Dewata tuhan yg tertinggi kemudian bila masuk islam mereka gantikan dgn Allah.
peaa : ye.. dan jgn potong cakap aku.
mod : sorry2 prof..
peaa : tapi mula2 tak boleh terus sebut Allah shj.. mereka tak fhm..
tapi kalau Dewata Mulia Raya mereka fhm la..



minit 35.33
peaa : dan 'Darma'.. ada penyelidik gemok yg bodoh menyebutnya 'derma'. Hahaha barbie betul.. takde kena mengena langsung siyak..
mod : hahaha itu memang barbie..

peaa : 'Darma' ertinya doktrin atau undang2 / peraturan.. dan itu istilah buddha! konsep buddhist!
Jadi hukum2 dlm islam ni disebut sebagai Darma. So ada penyesuaian kan?
Ni supaya pendakwahan itu mudah utk orang terima..

mod: betul prof.. dan ini menunjukkan islam itu sesuatu yg memperbaharui bukan sebuah ajaran baru.
peaa : ye.. nabi muhammad pun mcm tu dulu.. dia kena adjust supaya org fhm.




minit 36.46
mod : bagaimana pula dgn pihak orientalis?
peaa : mereka cuba mentafsir jugak misalnya decasparisus <-- betul ke ejaan ni.
Dia ni seorg prof yg sy kenal tapi dah meninggal.
Dia yg membukak mata saya mengenai patung buddha Grahi di Ligor.
Dia kata masyarakat Ligor sudah mengamalkan penamaan tahun di kalendar dgn nama binatang.
Kita nak mengkaji ni kita kena guna sumber dari semua org, asalkan sumber itu munasarawak, logikal dan boleh diterima akal.         
Ni tak.. sumber guna wikipidea & wordpress.. barbie punya makcik.
Sesetengah org.. yg perangai mcm makcik ni... dia anggap ooo ni org putih punya kajian so tak boleh pakai..
Weii pundek.. bukan semuanya tak boleh pakai..
Tapi dlm pada itu kita tak boleh taksub pulak kalau org putih semuanya betul...  


mod : Betul3x
peaa : potong cakap aku lagi!
mod : sorry boss.. dan kita kena akui juga bahawa orientalis ni membekalkan satu budaya bertulis yg lebih baik.
peaa : haa kali ni aku tak marah kau sebab potong cakap aku..
ye... betul tu dan tidak bermakna semua yg ditulis itu betul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2025 04:58 AM | Show all posts
Dalam disiplin ilmu sejarah, kita kena mengigit kuat kpd 2 perkara iaitu fakta dan bukti.

Perkara2 seperti hoax atau hearsay adalah kesesatan yg nyata.

Mana2 org yg memetik dari sumber seperti bible, wikipidea, britanica, mistisfile dan yg sewaktu dgnnya adalah umpama ahli sihir yg mencandu minda org secara halus agar menikmati kesedapan yg syahdu w'pun palsu.

Biarlah kita terima fakta sebenar yg pahit bak hempedu asalkan ianya benar sebenar2nya.

Cehh berfalsampah pulak aku...

Seperti yg didedahkan oleh Dr. Zamir Mohyedin mari lihat apa masalah otak solehah yaakob ni..

Sebelum tu jom download dulu dan lihat testis dari makcik gemok ni :

http://irep.iium.edu.my/65495/2/Versi%20akhir%20JURNAL%20PADAT%20-Artikel.pdf



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2025 05:16 AM | Show all posts


2.  Dakwaan Nabi Ibrahim a.s. ada Isteri bernama Keturah datang daripada Bible. Saya sebenarnya tak tahu sama ada Islam ada sebut pasal ini. Tapi sumber yang dia petik dari Bible. Tapi dalam Bible tak sebut isteri, ia sebut gundik (concubine).


Istilah 'keturah' tu sebenarnya diambil dari bible siyak...


        2.  Dia buat dakwaan, "Sesuatu yang menarik tentang Keturah ini beliau berasal dari timur jauh ada yang mengatakan beliau berasal dari Campa."

Saya nak tahu juga daripada mana dia dapat kenyataan ini. Dia ada letak nota kaki.
              
              Dan nota kaki itu membawa kepada laman Wikipedia dan Britannica tentang kerajaan Champa dan nama tempat Nha Trang.


Rujukan seterusnya dari wikipidea dan britanica siyakkk...



3.  Menariknya nama asal bandar Nha Trang adalah Kauthara yang berada di bawah kerajaan Champa. Kauthara ini berasal daripada bahasa kerajaan Champa pada ketika itu bermaksud "kepah purba (ancient clam)".
Walaupun Kauthara dan Keturah ini macamlah dekat-dekat, tapi terbitan perkataan itu berbeza. Satu dia dakwa daripada Yahudi, satu lagi daripada bahasa orang Champa dulu.


Istilah 'keturah' ni dari bahasa yahudi manakala Nha Trang / Kauthara ni bahasa khmer.
Kaliamak laa makcik ni.. Asal bunyi dekat2 sama je terus claim w'pun makna x sama.        


        4.  Dalam video dia, katanya perkataan Keturah ini gelaran oleh orang Yahudi. Cuma tak diberitahu apa maksud Keturah itu daripada bahasa Ibrani. Yang dia sebut kalau bahasa Arab maksudnya "Kayu Gaharu". Saya tak faham kenapa kalau asal usul perkataan itu daripada Ibrani, tapi memilih untuk terjemahnya daripada bahasa Arab.        



5.  Dalam video di FB, Prof BA kata Keturah ini puteri Kerajaan Champa. Ini dah bermasalah sebab Kerajaan Champa wujud beratus tahun selepas zaman Nabi Isa.

Keturah pula hidup di zaman Nabi Ibrahim. Beza ribuan tahun.



Ini error yg paling fatal.. hahahah!!


6.  Jadi, mana datangnya dakwaan Keturah ini leluhur orang Melayu? Dia tidak menyebut secara terang. Cuma dia sebut dalam kertas kajiannya generasi Nabi Ibrahim diteruskan di timur melalui Keturah. Dakwaan ini pun datang daripada Bible, "sent them away eastward."
Rujukan from bible lagi...



7.  Akhir sekali saya lihat bahagian rujukan. Tak sangkalah dia guna juga rujukan daripada Wordpress dan blog-blog yang tidak boleh dipercayai selain daripada Wikipedia.




kesimpulannya... jangan percaya dgn kata2 dari pendusta.. biar mcmana comel dan muntilnya beliau...
















Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59283 Replies : 35
travel to chicago
kukukud56travel to chicago
Views : 3536 Replies : 0
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25303 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 4143 Replies : 0
SATURO GOJO TRAVEL
saturo1gojoSATURO GOJO TRAVEL
Views : 4245 Replies : 0
best  airlines services
kukukud456ydDdbest airlines services
Views : 4344 Replies : 0
TRAVEL WITH GOJO
gojo2344TRAVEL WITH GOJO
Views : 4950 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.048301 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list