|
View: 899|Reply: 5
|
Herdik paparazi macam hilang akal, peminat bimbang tengok perangai Justin Bieber
[Copy link]
|
|
|
PEMINAT menyuarakan kebimbangan terhadap tingkah laku penyanyi Justin Bieber yang tidak menentu sejak timbul khabar angin tentang masalah rumah tangga bersama model Hailey Bieber.
TMZ melaporkan Justin sempat memberikan reaksi jelik terhadap paparazi sewaktu dia diserbu di Palm Springs, California, Amerika Syarikat untuk menghadiri acara Coachella.
Menerusi video dimuat naik di laman X, Justin dilihat mengherdik dan menghalau sekumpulan paparazi dengan mengatakan bahawa mereka hanya mahu wang dan tidak pernah memikirkan tentang perasaan orang lain.
“Wang! Wang! Wang! Keluar dari sini bro. Wang, hanya itu sahaja yang kamu mahu.
“Kamu tidak pernah peduli tentang perasaan orang lain,” katanya.
Susulan daripada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang melihat keadaan Justin dan berharap penyanyi lagu Baby itu berada dalam keadaan baik.
“Saya tidak percaya itu adalah Justin Bieber. Dia nampak sangat pelik. Apa yang terjadi kepadanya? Dia nampak seperti sakit.
“Saya doakan untuk ketenangan dan keselamatan Justin. Saya mahu dia kembali okay, kasihan tengok dia,” tulis netizen.
Sebelum ini, tindakan Justin keluar bersama isterinya di New York masih lagi gagal menghentikan spekulasi rumah tangga mereka bermasalah.
Pasangan itu dilihat tidak berjalan seiringan selain menunjukkan raut wajah tidak bahagia.
Pada Mac lalu, Justin pula memberi bayangan dirinya sedang bertarung dengan kesihatan mental.
Dalam satu hantaran di Instagram, dia memberitahu sukar menangani masalah kebencian, harga diri dan penipuan.
Kata Justin, dia berasa lemas dan berusaha untuk melepaskan kebencian dialaminya.
Untuk rekod, Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jack Blues Bieber pada Ogos tahun lalu.
Sumber :– Berita Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mood tgh ok, boleh lg la buat bodo je dgn paparazzi. Tp klo stress , down. Rimas giler wei. Deyols dh mcm stalker kkdg. Britney dulu nk jumpa anak tp tak dpt. Pastu kat stesen minyak paparazzi sibuk kacau. Apalagi mengamuk ketuk kereta dgn umbrella. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam makin teruk merentan lepas SG & BB keluar album |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|