CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 798|Reply: 0

Adakah suami wajib sediakan pakaian raya untuk isteri? Ketahui penjelasan dari sudut pakar agama

[Copy link]
Post time 4-4-2025 09:17 PM | Show all posts |Read mode


MENJELANG sambutan Aidilfitri yang semakin hampir, ramai pasangan suami isteri mula membuat persiapan untuk meraikan hari kemenangan umat Islam itu.


Dalam kesibukan membeli pakaian baharu, menyediakan juadah enak dan memberi duit raya, timbul persoalan mengenai tanggungjawab suami terhadap isterinya dalam menyediakan pakaian raya dan duit raya.


Adakah ia satu kewajipan dalam Islam atau sekadar pilihan bagi suami untuk menunjukkan kasih sayang kepada isteri?




Menurut Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA, Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin, suami wajib memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak serta sesiapa yang berada di bawah tanggungannya.


Namun, pemberian hadiah seperti baju raya, duit raya atau barang kemas bukanlah satu kewajipan khusus yang mesti disediakan setiap kali tiba hari raya.


“Tiada halangan untuk seorang suami memberikan hadiah hari raya kepada isterinya sebagai tanda kasih sayang dan membina hubungan yang lebih erat dalam rumah tangga,” katanya kepada Majoriti.


Beliau turut merujuk kepada hadis yang menyatakan 'Tahaadu tahaabu' yang membawa maksud 'Berilah hadiah, kelak kalian akan semakin bertambah sayang.'


Hak isteri dalam permintaan persalinan raya


Dalam suasana hari raya, umat Islam disunatkan untuk bergembira dan berpakaian kemas.


Jika suami memakai pakaian yang cantik, maka adalah dianjurkan untuk menyediakan pakaian yang sama untuk isteri dan anak-anaknya.




Dr Mohd Hapiz turut memetik sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud iaitu Rasulullah SAW bersabda:


“Suami hendaklah memberi makan kepada isterinya apabila dia makan, memberikan pakaian jika dia berpakaian, jangan memukul muka, jangan mencaci dan jangan memulaukannya kecuali di dalam rumah.” (HR Abu Dawud)


Berdasarkan hadis itu, penyediaan pakaian yang sesuai untuk isteri dan anak-anak menjelang hari raya adalah sebahagian daripada tanggungjawab suami terutamanya jika dia sendiri menyediakan pakaian baru untuk dirinya.


Kadar nafkah isteri dalam setahun


Bagi perbelanjaan sepanjang tahun, Dr Mohd Hapiz menjelaskan bahawa pemberian nafkah kepada isteri tidak ditetapkan dalam tempoh tertentu seperti setahun, tetapi lebih bergantung kepada kadar keperluan dan kemampuan suami.


“Nafkah boleh diberikan setiap hari atau setiap minggu mengikut uruf masyarakat setempat serta tahap ekonomi suami.


"Apa yang penting, suami perlu memastikan keperluan isteri dan anak-anak mencukupi, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di bandar besar dengan kos sara hidup yang tinggi,” katanya.  — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.053526 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list