CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1056|Reply: 0

Cara periksa kotak suis utama setiap bulan, elak kebakaran litar pintas... Mak-mak pun boleh buat sendiri

[Copy link]
Post time 3-4-2025 03:14 PM | Show all posts |Read mode

LITAR pintas sering menjadi punca utama kebakaran sesebuah rumah atau bangunan.

Bagaimanapun terdapat kaedah terbaik dan mudah untuk mengelakkan kejadian litar pintas daripada berlaku.

Golongan wanita pun boleh lakukan sendiri.

Menurut FAFIQ Electrical Service Balai Bomba dan Penyelamat, Earth Leakage Circuit Breaker atau pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) yang berada di  kotak suis utama adalah sangat penting.

Oleh itu, penghuni rumah perlu melakukan pemeriksaan berkala ataupun sekali dalam sebulan.

“Caranya ialah dengan menekan butang 'push to trip' di sebelah punat automatik tersebut.

“Jika setelah ditekan butang 'push to trip' automatiknya jatuh, bermakna ELCB berada dalam keadaan baik.

“Tetapi jika sebaliknya, cepat-cepatlah menghubungi wiremen untuk menukar yang baharu,” ujarnya.

Peringatan: Apabila tekan butang 'push to trip', rumah akan black out kerana bekalan elektrik telah diputuskan.

Oleh itu, jangan bimbang kerana anda hanya perlu menolak semula ke ke atas dan bekalan elektrik akan kembali seperti sedia kala. - mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.242019 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list