CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1094|Reply: 0

Tip pilih baju, kasut dan aksesori... Modal kecil pun boleh nampak mahal, naik seri outfit di Aidilfitri

[Copy link]
Post time 30-3-2025 04:45 PM | Show all posts |Read mode


TATKALA tibanya Hari Raya Aidilfitri, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menggayakan pakaian baharu dan cantik.


Malah, ia juga adalah satu amalan yang digalakkan dalam Islam sebagai simbol kesucian fitrah serta tanda meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa.


Memetik perkongsian @Amory.hq di TikTok, anda masih boleh menambah baik penampilan pagi raya tanpa perlu berbelanja lebih dengan mengikut tip di bawah:




1. Pemilihan warna


Elakkan memakai lebih daripada tiga warna dalam satu pakaian bagi mengelakkan penampilan yang terlalu serabut.


Pilih warna senada (monokromatik) kerana ia boleh memberi ilusi tubuh yang tinggi dan langsing kepada si pemakai.


2. Kemas dan terjaga


Elakkan memakai baju dengan material ironless yang mudah berkedut, kerana ia boleh mencerminkan penampilan yang kurang rapi.


Pastikan pakaian bergosok rapi untuk tampak lebih kemas dan menyerlahkan keperibadian yang mementingkan gaya.





3. Pemilihan kasut


Hindari kasut berujung bulat (rounded toe) kerana ia boleh membuatkan tubuh kelihatan lebih rendah.


Sebaliknya, pilih kasut berujung tajam (pointed toe) untuk memberi kesan kaki lebih panjang, tinggi, dan elegan.


4. Aksesori yang tepat


Elakkan memakai aksesori besar dan sarat seperti gelang emas yang berlebihan, kerana ia boleh mengalihkan tumpuan daripada keseluruhan penampilan.


Pilih aksesori minimal dan halus seperti anting-anting kecil, rantai ringkas, atau gelang dengan perincian elegan untuk tampil lebih anggun dan muda.


Selain itu, bagi yang mengenakan baju kurung, pemakaian selendang pada bahagian tubuh boleh menambah sentuhan elegan dan menyerlahkan keayuan anda.



5. Bentuk beg tangan


Hindari beg tangan bergelembung (puffy bag), kerana ia lebih sesuai untuk gaya kasual atau remaja.


Pilih beg tangan bertekstur dengan rekaan ringkas untuk memudahkan padanan dengan pelbagai pakaian dan mencipta aura elegan.


Beg bersaiz sederhana dengan top handle lebih versatil dan sesuai untuk semua bentuk badan.


6. Warna beg tangan


Elakkan warna terang yang sukar dipadankan dengan busana tradisional.


Sebaiknya, pilih warna neutral seperti hitam, krim, atau putih untuk memberi kesan mewah serta mudah dipadankan dengan pelbagai gaya raya.


Namun, dalam keterujaan memilih busana raya, umat Islam sebaiknya berbelanja mengikut kemampuan masing-masing dan tidak membebankan diri semata-mata mahu kelihatan menarik. - mStar




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31648 Replies : 17
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 17036 Replies : 7
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78535 Replies : 89
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202724 Replies : 4040
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278341 Replies : 1521
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 50437 Replies : 14
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19896 Replies : 21
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21588 Replies : 62
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363518 Replies : 3550
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41032 Replies : 501

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.890499 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list