CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 698|Reply: 1

Ibu Menyesal Mengeluh Penat Jaga Anak Lepas Lihat Dua Insiden Depan Mata, Rasa Macam Allah Tegur

[Copy link]
Post time 27-3-2025 09:04 AM | Show all posts |Read mode

ANAK merupakan amanah yang dianugerah Allah kepada setiap pasangan suami isteri.

Seperti wanita ini, dia berjaya memperoleh zuriat selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

Meskipun gembira dan teruja bergelar ibu, namun sebagai manusia biasa dia mengakui berasa letih serta penat menguruskan cahaya mata yang masih kecil.

“Kebelakangan ni, saya kerap mengadu dengan suami tentang penatnya menjaga anak yang berumur setahun lima bulan.

“Tengah lasak, cergas dan cerdas. Tambahan pula dia menyusu badan… memang sangat meletihkan sampai saya rasa tiada ruang dan masa untuk diri sendiri,” luahnya menerusi hantaran di media sosial.


Bagi wanita ini, perasaan yang dialaminya itu bukanlah disebabkan tidak mendapat bantuan daripada suami, sebaliknya berpunca daripada ragam anak kecil yang dalam proses tumbesaran.

“Suami memang banyak tolong dan urus anak. Saya letih sebab baju yang saya lipat berterabur… apabila masak, anak keluarkan semua periuk belanga.

“Rasa letih apabila anak sepahkan mainan selepas rumah dikemas. Saya rasa macam bukan diri saya sendiri kerana rasa cepat tertekan,” tambahnya lagi.

Menerusi perkongsian yang dilakukan itu, dia turut meluahkan rasa kesal kerana rungutan tersebut membuatkan anaknya berhadapan insiden yang tidak diingini.

Umpama menerima ‘teguran’ daripada Allah, dia akui rasa terkejut apabila melihat cahaya matanya terjatuh beberapa kali.

“Baru-baru ni jatuh katil, hari ni sekali lagi anak jatuh… kali ni dari meja. Sekelip mata je dia jatuh.

“Masa ni memang tergamam sangat, rasa macam Allah tegur sebab saya tunggu enam tahun untuk dapat anak, tapi asyik rasa penat selepas dapat.

“Allah tegur yang anak tu pinjaman, kalau kita lalai, terlalu berkira-kira… bila-bila masa Allah boleh ambil, yang mana saya tak sanggup kehilangannya,” coretnya sayu.


Menurut wanita ini, walaupun anaknya dilihat kembali ceria dan cergas bermain selepas insiden yang berlaku, namun jauh di sudut hatinya masih berasa bimbang.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi daripada golongan ibu.

Kebanyakannya berkongsi pengalaman yang sama sambil memberi beberapa tip dan nasihat untuk dijadikan panduan.

“Rasa penat tu valid je apabila jadi mak, kita tak boleh perfect. Ada masa kena tutup mata kalau rumah bersepah. Ajar je dia kemas mainan balik dan kalau penat, rehat sis.

“Saya sarankan, kalau anak sepahkan mainan dia… biarkan je dan jangan kemaskan selagi bukan waktu dia tidur.

“Tak salah rasa penat tu, sebenarnya bukan fizikal kita yang penat, tapi mental. Anak umur tu normal je mainan bersepah, asalkan rumah bersih. Sesekali keluar bawa anak sunning and grounding, bagus untuk anak dan awak juga,” demikian antara nasihat daripada warga maya.


Sumber: mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2025 11:32 PM | Show all posts
Penat tu biasa dek. Sesekali mnta husband jaga. Bgtau husband siap2 x nak buat apa2 spnjg hari tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.055954 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list