CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 937|Reply: 0

QHIAM angkat busana tradisi, beri sentuhan elemen moden. Keselesaan jadi taruhan

[Copy link]
Post time 25-3-2025 10:10 PM | Show all posts |Read mode

Qhiam, jenama fesyen moden yang menggabungkan warisan tradisional Melayu dengan sentuhan kontemporari mula mencuri perhatian peminat fesyen tanah air dengan rekaan dan keselesaan yang ditawarkan.

Qhiam tidak sekadar menawarkan busana, tetapi turut membawa nilai emosi dan identiti pemakainya.

Pengarah Kreatif dan Ketua Pegawai Eksekutif Qhiam, Adam berkata, setiap rekaan dalam helaian koleksi Qhiam mengambil kira pelbagai aspek, namun keselesaan menjadi penentu utama.


“Qhiam bukan sekadar jenama pakaian, ia adalah satu pergerakan budaya yang memberi ruang kepada pemakainya untuk mengekspresikan diri melalui fesyen, warisan, inovasi,dan penceritaan yang berpusatkan komuniti.

“Jenama kami menggunakan kain ‘cotton’ sebagai signature. Kami memberikan fokus kepada rekaan klasik namun keutamaannya adalah keselesaan berbanding fesyen atau tambahbaik rekaan yang sedia ada. Apa yang saya selesa pakai, itulah yang saya cuba perkenalkan dalam rekaan Qhiam,” katanya.

Mengangkat busana tradisi dalam bentuk moden, jelas Adam, identiti Qhiam terletak kepada olahan rekaan yang sesuai untuk penggayaan kasual namun masih mengekalkan elemen klasik.

“Kami cuba membawakan gambaran bahawa pakaian tradisi ini bukan hanya dipakai sewaktu perayaan sahaja dan untuk merealisasikannya ialah dengan ‘mix match’ kan dengan pakaian kasual. Ada beberapa koleksi yang ditransisikan sesuai untuk ‘casual look’ namun masih punya sentuhan gaya klasik.

“Kami sendiri tidak menjangka jenama Qhiam akan dikenali dalam masa yang singkat, Alhamdulillah mereka sukakan kualiti yang ditawarkan,” katanya.


Memilih Datuk Amy Search sebagai antara duta jenama, jelas Adam, pihaknya mensasarkan tiga generasi muzik dan Amy memberikan impak yang sangat kuat terhadap fesyen dan muzik.

“Pemilihan Amy merupakan impian, kami mensasarkan generasi muzik dan generasi seusai dengannya.

“Manakala Naim Daniel dan Noh Salleh pula akan mewakili generasi muzik pada era mereka. Jadi lengkap tiga generasi muzik di bawah jenama Qhiam yang akan mendominasi industri fesyen dan kreatif,” kongsi Adam.


Qhiam hadir sebagai jenama yang menawarkan pakaian perayaan seperti Baju Melayu, Baju Kurung dan kurta moden dengan reka bentuk unik yang menggabungkan elemen tradisional dan moden.

Jenama ini komited dalam menyediakan fesyen mewah mampu milik dengan mengekalkan kualiti terbaik serta penceritaan yang menghidupkan setiap rekaannya.

Turut menawarkan koleksi bagi memenuhi cita rasa generasi muda, khususnya Gen Z, koleksi Sendja mempersembahkan fesyen kontemporari yang lebih segar serta inklusif merentas kaum dan budaya.

Berbanding Qhiam yang berakar pada tradisi dengan suntikan moden, Sendja membawa dimensi yang lebih berwarna-warni dan mengikuti arus trend semasa tanpa meninggalkan nilai estetika yang berkualiti.

Kempen ‘Sama’: Perpaduan Melalui Fesyen Kempen ‘Sama’ memperkukuhkan mesej tentang kebersamaan dan bagaimana fesyen dapat menghubungkan generasi serta latar belakang yang berbeza.

Kempen ini memperkenalkan beberapa koleksi utama seperti:

Koleksi Tangsi – Mengangkat gaya kolar mandarin dalam rekaan kurta.

Koleksi Galur – Kombinasi elemen warisan dengan potongan moden.

Koleksi Antara – Melambangkan pertemuan antara tradisi dan inovasi moden.

Koleksi Temu – Terinspirasi daripada makna kebersamaan dan pertemuan semula.

Kempen ini dijangka membawa revolusi dalam dunia fesyen perayaan dengan memberikan makna lebih mendalam dalamsetiap helaian pakaian yang dihasilkan. - UTUSAN TV

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 11:03 PM GMT+8 , Processed in 3.221234 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list