CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 519|Reply: 0

Ikea rancang buka cawangan di Sarawak

[Copy link]
Post time 22-3-2025 01:28 PM | Show all posts |Read mode

Kuching: Ikea iaitu peruncit kelengkapan rumah dari Sweden merancang untuk membuka kedai fizikal di Sarawak sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengembangkan perniagaannya di Malaysia.

Pengarah Runcit Negara Malaysia Ikea, Malcolm Pruys berkata, sebagai langkah pertama, Ikea sudah melancarkan platform e-dagang pada 4 Februari, khusus untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak, sekali gus menjadikan produk keluaran syarikat itu lebih mudah diakses di seluruh negara.

"Kedai dalam talian ini adalah sejajar dengan komitmen kami bagi meneroka kaedah baharu untuk berinteraksi dengan jenama kami.

"Kami sedang menangani kebolehcapaian utama dan masalah kos yang pernah dialami pelanggan di rantau ini, menjadikan membeli-belah produk Ikea lebih mudah dan selesa," katanya pada majlis taklimat dan lawatan media di Pusat Pemenuhan Ikea, Taman Perindustrian Demak Laut di sini, hari ini.

Pruys berkata, memandangkan inflasi kini di paras sederhana, Ikea percaya ini adalah masanya bagi peruncit untuk melabur dalam penentuan harga dan bukannya keuntungan.

"Ikea memahami bahawa orang ramai secara amnya lebih berhati-hati apabila berbelanja untuk perabot rumah.

"Jadi, dengan platform e-dagang yang dikhaskan untuk tujuan itu, Ikea memastikan pelanggan di Malaysia boleh menikmati harga mampu milik ini," katanya.

Selain itu, beliau berkata, komitmen kukuh yang ditunjukkan oleh kerajaan Sarawak terhadap kelestarian alam sekitar adalah sejajar dengan usaha Ikea untuk memberi kesan positif kepada orang ramai, masyarakat dan juga planet.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 07:14 AM GMT+8 , Processed in 2.675560 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list