CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 3043|Reply: 29

Malaysia bukan lagi pilihan pekerja Indonesia, Buruh Bangladesh paling ramai

[Copy link]
Post time 21-3-2025 12:16 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Peraturan imigresen yang semakin ketat dengan operasi penguatkuasan serta penangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) sering dibuat secara besar-besaran sebelum dilapor media massa secara meluas, menyebabkan Malaysia kini tidak lagi menjadi pilihan utama warga Indonesia untuk datang bekerja di sini.


Mereka kini dikesan mula tertarik untuk mengisi peluang pekerjaan dalam sektor kolar biru, iaitu bidang pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran tinggi seperti di negara Eropah, Jepun, Taiwan dan Hong Kong.


Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Hermono, mengakui Malaysia tidak lagi menjadi pilihan utama tenaga kerja Indonesia (TKI) untuk mencari pekerjaan sejak tiga tahun kebelakangan ini hingga hampir tiada yang kembali ke negara ini selepas pulang untuk suatu tempoh panjang.


Beliau mendedahkan, bilangan rakyatnya yang mempunyai dokumen lengkap di Malaysia sebelum pandemik COVID-19 adalah 1.13 juta, sementara warganya tiada dokumen atau menjadi PATI di negara ini dianggarkan sekitar 1.5 juta orang.


"erangkaan pekerja Indonesia berdaftar sebelum COVID-19 ialah seramai 1.13 juta, manakala bilangan tanpa dokumen dianggarkan kira-kira 1.5 juta dengan keseluruhannya berjumlah lebih 2.5 juta orang.


"Namun, susulan pandemik COVD-19 dan adanya sekatan pergerakan membuatkan ramai kembali ke Indonesia dan statistik terkini bilangan pekerja berdaftar hanya tinggal sekitar 585,000 orang, sekali gus mencatatkan penurunan mendadak berbanding tahun-tahun sebelumnya," katanya kepada BH.


Justeru, dengan penurunan signifikan itu, Hermono yakin bilangan rakyat Indonesia yang tiada dokumen berada di negara juga berkurangan mendadak.


"Mengikut anggaran saya, jumlah rakyat Indonesia yang berada di Malaysia hanya tinggal kira-kira 1.5 juta atau kurang daripada itu tidak kira mereka ada atau tiada dokumen.


"Malah kita lihat statistik dari Malaysia sendiri, bilangan pekerja asing Indonesia bukan lagi nombor satu kerana jumlah rakyat Bangladesh menjadi nombor satu.


"Jumlah pekerja Indonesia di Malaysia untuk tempoh tiga tahun lalu, turun dengan mendadak. Kedutaan (Indonesia) tidak lagi sibuk hingga jam 12 tengah malam, sekarang jam 3 petang, semua urusan (kedutaan) selesai," katanya.


Bimbang kena tangkap


Beliau mengakui TKI tertarik bekerja di destinasi atau negara lain susulan peraturan imigresen Malaysia semakin ketat, termasuk operasi penguatkuasaan, penangkapan yang diketahui melalui laporan media massa membuatkan mereka bimbang ke negara ini.


"Malaysia sebelum ini menetapkan pengambilan akhir pekerja asing pada 31 Mei 2024 berikutan isu lebihan tenaga kerja kecuali pengambilan dari sektor perladangan dan pekerja domestik.


"Berikutan keterbatasan pekerjaan itu, rakyat Indonesia kini lebih tertarik ke destinasi lain seperti Jepun, Eropah, Taiwan dan Hong Kong bagi mengisi peluang bekerja dalam sektor tidak berkemahiran tinggi (pekerjaan kolar biru).


"Lebih menarik lagi, Hong Kong yang sebelum ini menawarkan pekerjaan domestik, selepas ini akan membuka peluang pekerjaan sektor formal untuk diisi warga asing. Begitu juga dengan Singapura, jadi rakyat Indonesia mempunyai peluang lebih terbuka," katanya.


Ditanya mengenai peluang pekerjaan baharu wujud di Indonesia menerusi pembukaan Ibu Kota Nusantara yang dijadualkan pada 2028, Hermono menafikannya kerana pusat pentadbiran baharu itu hanya memberi kesan kecil serta hanya dapat menyerap sebilangan kekosongan dalam bidang tertentu.


"Faktor Nusantara itu hanya sebahagian kecil sahaja kerana sekarang ini memang terdapat kecenderungan peningkatan pengangguran di Indonesia.


"Sedangkan faktor peluang pekerjaan di negara lain, menjadi faktor pendorong rakyat Indonesia bertumpu ke sana, tetapi Malaysia tidak lagi jadi pilihan tunggal untuk TKI bekerja.


"Jadi ini membuatkan semakin tidak ramai akan bekerja di Malaysia. Data akan jadi mendatar sahaja, termasuk kalangan mereka yang mengikuti program repatriasi migran, mereka akan disenarai hitam dan tidak akan masuk lagi," katanya.

Buruh Bangladesh paling ramai


Dalam perkembangan lain, Hermono menjangkakan, bilangan rakyat yang kembali ke Indonesia bagi meraikan Aidilfitri tahun ini jauh berkurangan kerana sambutan itu kurang meriah disambut berbanding Aidiladha.


"Kita jangka hanya sekitar 10,000 orang akan mudik sempena Aidilfitri ini berbanding antara 20,000 hingga 25,000 TKI yang kebanyakan berasal dari Lombok dan Madura berbuat demikian pada Aidiladha.


"Ada kemungkinan mereka yang pulang ke kampung halaman ini, tidak lagi kembali ke Malaysia," katanya.


Sementara itu, semakan BH mendapati, setakat 30 September 2024, pekerja Bangladesh mencatatkan jumlah paling ramai di negara ini, iaitu 934,542 orang atau 37.82 peratus dengan tumpuan dalam sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan.


TKI pula menduduki tangga kedua dengan 595,811 orang atau 24.11 peratus dengan tumpuan dalam sektor pembinaan, perladangan dan pembantu sektor domestik (pembantu rumah) serta pertanian.


Pekerja dari Nepal seramai 399,514 orang pula tertumpu sektor perkilangan dan perkhidmatan.


Sumber : Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2025 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 21-3-2025 12:42 AM

"saiya bukan buruh la abang..sini saiya mari meniaga la...abang mari sini mydin usj saiya kidai la"-Bangla
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin penuh la taman kt klcc tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je Indon takde permit kerja ni kat Taman Medan. Yang bodoh bedul semua tu tak lepas nak apply kerja kat Singapore n Hong Kong memang berkampung jadi PATI kat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2025 06:43 AM | Show all posts
at one time, ramai Indon kena hambat balek, iols saspek sebab nak bwk masuk Bangla ramai2 je
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 05:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2025 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Somehow kalau diberi pilihan.. indon ke bangla lagi baik?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 10:30 PM | Show all posts
Skuau replied at 20-3-2025 05:38 PM
"saiya bukan buruh la abang..sini saiya mari meniaga la...abang mari sini mydin usj saiya kidai la"- ...

Aku kalo dgr mana2 bangla nk blk kg Aku cucuk balik terus jgn dtg2 lg
Dia ckp mmg nk blk buka kedai runcit kt kg
Hahh bgs  kurang satu bangla.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2025 03:02 PM | Show all posts
Kat sini dah beranak pinak..siap rembat tanah rizab kot...tu kat Gombak sampai dah jadi koloni indon je. Kat Sri Sentosa Klang Lama, Taman Medan, Sri Manja, Pantai Dalam...eh banyak lagi lah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 03:03 PM | Show all posts
Kat sini dah beranak pinak..siap rembat tanah rizab kot...tu kat Gombak sampai dah jadi koloni indon je. Kat Sri Sentosa Klang Lama, Taman Medan, Sri Manja, Pantai Dalam...eh banyak lagi lah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 03:37 PM | Show all posts

Mengapa Thailand menarik warganya dari MalayDesh ?  

Itu mudah dimengerti karena Thailand takutnya warganya yaang ada dan bekerja di MalayDEsh (majority dari Thailand Selatan)  takut mereka terpengaruh gerakan "WAHAM, RACIST dan TERORIST" yang semakin marak sehingga boleh  mengganggu kondisi sosial, poitik dan keamanan di negaranya ...


[youtube]L09GGfPIPqc[/youtube]

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 25-3-2025 03:37 PM
Mengapa Thailand menarik warganya dari MalayDesh ?  

Itu mudah dimengerti karena Thailand takutnya ...

Orang Thailand datang sini berniaga, salah guna permit....elok dihantar pulang....

Sama macam Aceh, Rohingya dan Indon.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Zezo replied at 24-3-2025 07:25 PM
Somehow kalau diberi pilihan.. indon ke bangla lagi baik?

Sama sama kaki temberang, kena tengking kasi takut.

Kalau tak main main.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 06:57 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 25-3-2025 03:53 PM
Sama sama kaki temberang, kena tengking kasi takut.

Kalau tak main main.

[youtube]EA_o6OtazYg[/youtube]


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 07:06 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 24-3-2025 11:52 PM
Orang Thailand datang sini berniaga, salah guna permit....elok dihantar pulang....

Sama macam Ace ...

Mat indon tak boleh faham, mereka tak boleh nak bezakan pendatang haram VS memasuki secara sah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 07:13 PM | Show all posts
Selepas uk baru keluar brexit dahulu ramai warga Indonesia di hantar ke uk untuk menjadi pekerja pemetik buah(disebabkan oleh SDM rendah maka negara Indonesia terkenal di seluruh dunia sebagai pengexport pekerja buruh) tetapi selepas beberapa minggu mereka di hantar balik ke Indonesia kerana mereka tidak boleh bekerja dan ada di antara mereka melarikan diri untuk menjadi Pendang haram di uk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2025 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 25-3-2025 07:36 PM
nusaraya replied at 25-3-2025 06:57 PM


Pekerja pekebunan gue datang dari Sumatera Utara...dulu Bangla.

Kamu tahu orang Melayu Kampungan di Sumut itu gimana?

Bangla tu selalu buruk burukkan Indonesia sebab nak kerja dengan saya...tapi aku back up bangsa ko tu walaupun mencuri buah sawit dah dibuang, aku tak ghibah.

Mayoritas orang Indonesia datang Malaysia sebagai buruh perkebunan maling buang kelapa sawit sebagai sampingan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 25-3-2025 07:57 PM
FOTHER-MUCKER replied at 25-3-2025 07:06 PM
Mat indon tak boleh faham, mereka tak boleh nak bezakan pendatang haram VS memasuki secara sah.


@nusaraya tak pernah ke Sumatera, cuba dia pergi ke desa desa di Sumatera Utara, diludahkan aja oleh orang Sumatera...kebanyakan tak bersekolah langsung, buta huruf, dtg bekerja ke Malaysia guna jalur illegal.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 25-3-2025 07:13 PM
Selepas uk baru keluar brexit dahulu ramai warga Indonesia di hantar ke uk untuk menjadi pekerja pem ...


Generasi Indonesia di Sumatera lahir tahun 70an lebih bijak pandai membaca tapi yang lahir tahun 80an....ramai tak bersekolah ramai tak tamat sekolah...ketik telefon tak reti.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg kehidupan kat indon makin susah, byk kne buang kerje, rupiah da nak cecah rp17ribu per usd
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.073308 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list