CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28857|Reply: 20

[Tempatan] Mengapa hidupan liar boleh terlepas mesin pengimbas? – Anthony Loke

[Copy link]
Post time 13-3-2025 06:34 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-3-2025 02:36 AM


Mengapa hidupan liar boleh terlepas mesin pengimbas? – Anthony Loke

  • Oleh ZULKIFLI MANZOR
  • 13 Mac 2025, 6:22 pm


Anthony Loke (kanan) merasmikan Kiosk Sentuhan Madani di KL Sentral hari ini.


KUALA LUMPUR – Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dinaik taraf bagi membendung insiden penyeludupan dan perdagangan hidupan liar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau telah pun mengarahkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk melaksanakan tindakan tersebut.

Tegasnya, beliau sama sekali tidak boleh berkompromi dengan insiden tersebut dan mengeluarkan surat peringatan kepada pihak terlibat supaya memastikan ia tidak berulang.

Untuk KLIA kita akan memastikan supaya mesin-mesin pengimbas dapat ditambah baik.

Kita sudah beri arahan kepada MAHB supaya lebih memantau dan memperkasakan prosedur operasi standard (SOP) dalam aspek mengimbas bagasi penumpang.

“Mengapa ada hidupan liar boleh dibawa keluar dari lapangan terbang atau dibawa masuk ke dalam penerbangan? Ini insiden yang telah berlaku dan perlu diteliti,” katanya pada sidang media sempena Majlis Peluncuran Kiosk Sentuhan Madani di KL Sentral di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden dua individu yang tiba dari Kuala Lumpur ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Anna di Chennai, India selepas cuba menyeludup sejumlah primat, seekor musang dan seekor musang polecat dalam bagasi pada 7 Mac lalu.

Menjawab soalan lain, Anthony Loke berkata, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sudah mengambil tindakan segera memperbaiki kerosakan disebabkan panel dinding runtuh di Stesen LRT Masjid Jamek, semalam.

Menurut beliau, insiden itu merupakan kejadian kecemasan kerana pembaikan dan penyelenggaraan fasiliti dibuat sepanjang masa di semua stesen LRT.

Terdahulu, beliau memaklumkan, sebanyak 30 lagi lokasi di seluruh negara akan dilengkapi Kiosk Sentuhan Madani dan pemasangannya adalah secara berperingkat dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Kiosk ini menghimpunkan pelbagai kiosk perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan orang ramai sebagai platform perkhidmatan digital untuk rakyat disamping menyokong agenda pendigitalan negara.

Kiosk ini juga akan ditempatkan di lokasi terpilih termasuk di pusat membeli belah yang dapat memberi akses yang selesa serta mempunyai hari dan waktu operasi yang lebih panjang dari pejabat kerajaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2025 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab haiwan tu behave, senyap dan macam sesumpah.

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerana hauk   
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala macam la kita tak tau...dah disenyapkan tukang scan tu dengan $. Buat2 lupa pulak kisah the Lizard King - Wong Keng Liang. Ke sebab sesama suku jadinya boleh dilupakan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kerna....segalanya dipermudahkan.....di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2025 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 13-3-2025 07:49 PM
Sebab haiwan tu behave, senyap dan macam sesumpah.

tukang scan tu yang SESUMPAH nya........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2025 10:40 PM | Show all posts
Officer yg scan tu buat kerja sambil lewa..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 12:51 AM | Show all posts
Kesian makhluk-makhluk tersebut terseksa dalam beg sampai ada yang mati. Semoga manusia-manusia celaka yang menganiaya ini pun akan mati dengan cara terseksa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2025 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau menteri sendili pelik, kami yg rakyat jelata lagilah pelik
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 02:44 AM | Show all posts
Sbb staff ko pun ada yg tak betul Anthony woiiii. Kat KLIA tu bukannya dorg scan klu balik dr oversea, lps ambil luggage tu keluar gitu je huh
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 03:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 14-3-2025 03:44 AM

Flight turun macam xde apa2 je scan pasport turun escalator naik bas ambil bag semudah abc patutlah jong nam senang2 kena tekap tembak bini bangladesh jual simcard
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sb KP lipstik purple dgn bongkak cuba menyalahkan PERHILITAN akibat kealpaan anggota dibawah jabatan diye..

Kastam India boleh buat kerja lagi elok..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 08:50 AM | Show all posts
tak siasat ke 'haiwan' tu lalu ikut mana.? ke record lalu kat mana pun tak ada???
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 04:59 PM | Show all posts
Orenn1 replied at 14-3-2025 02:44 AM
Sbb staff ko pun ada yg tak betul Anthony woiiii. Kat KLIA tu bukannya dorg scan klu balik dr overse ...

Ada masa dorang scan random. Actually dorang scan untuk apa bila kita dah sampai eh? Kalau nak naik kapal tu aku faham lah.

Seingat aku lah kat oversea tak pernah lagi jumpa scanner masa keluar, ka ada?

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 08:23 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-3-2025 04:59 PM
Ada masa dorang scan random. Actually dorang scan untuk apa bila kita dah sampai eh? Kalau nak nai ...

Scan for contraband la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 08:29 PM | Show all posts
Ni kisah puluh thn yg lalu. Ada sorang pompuan balik dr belajar di Mesir. Tau tak apa dia bawa balik dlm luggage dia? Live Dhob! Aku gelak besar dengar cerita ni tapi dlm waktu yg sama terfikir, tu orang yg belajar agama mendalam buat kerje penyeludupan yg terang2 salah. Dah la tu, binatang tu diikat simpan dlm bag berjam2 naik flight, tak ke kejam tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2025 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
FlexyFox replied at 14-3-2025 08:23 PM
Scan for contraband la...


Like what?

Aku ingat dorang nak scan siapa beli duty free tapi tak declare ja.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 10:53 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-3-2025 10:38 PM
Like what?

Aku ingat dorang nak scan siapa beli duty free tapi tak declare ja.

he he he..   contoh contraband .. guns, drugs, animals, plants ect.. apa saja yg illegal la. jongkong mas ke kalau terlebih had... duty free tu derang tak kisah, namapun duty free.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 10:58 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-3-2025 08:59 AM
Ada masa dorang scan random. Actually dorang scan untuk apa bila kita dah sampai eh? Kalau nak nai ...

Ye lah tak payah scan klu dah sampai destination rupanya, kat europe pun dorg tak scan kan klu kita sampai sana. Ambil luggage cop pasport saja, betullah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2025 11:05 PM | Show all posts
FlexyFox replied at 14-3-2025 10:53 PM
he he he..   contoh contraband .. guns, drugs, animals, plants ect.. apa saja yg illegal la. jongk ...

Rokok dah tak duty free lah banyak tahun dah. Beli kat dalam memang murah tapi kena declare untuk tax unless nak seludup lah. Aku ingat itu yang depa target.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2025 09:19 PM GMT+8 , Processed in 1.865927 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list