View: 7413|Reply: 1
|
[Jenayah]
Dua lelaki ‘perang’ mulut atas jalan di Johor Bharu diburu polis
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan dua lelaki dalam video tular bertengkar di Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) menghala ke Bangunan CIQ, di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 27 saat memaparkan seorang lelaki bertengkar dengan seorang lagi individu dan mengacah mahu memukulnya menggunakan sebatang kayu.
Oleh itu, katanya, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian tersebut yang tular di media sosial.
“Kejadian membabitkan seorang lelaki yang memandu Honda HR-V berwarna perak bertikam lidah dengan seorang lelaki lain. Berdasarkan video, suspek dilihat mengugut mangsa dengan kayu.
“Pihak polis kini giat mengesan kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Video tersebut dimuat naik di media sosial pada kelmarin, dipercayai berlaku ketika jalan raya sesak, bagaimanapun punca sebenar masih tidak diketahui.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugak yg mati macam syed daniel |
|
|
|
|
|
|
| |
|