CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3806|Reply: 0

Zii Jia akui terburu-buru

[Copy link]
Post time 12-3-2025 12:09 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mengakui dia mungkin membuat keputusan terburu-buru untuk kembali beraksi dalam kejohanan selepas berehat hampir tiga bulan akibat kecederaan buku lali.

Walaupun belum berada pada tahap kecergasan terbaik, pemain nombor tujuh dunia itu tetap memilih untuk menyertai kejohanan di Eropah.

Namun, keputusannya itu membawa padah apabila dia mengalami prestasi hambar, termasuk tersingkir di pusingan pertama Seluruh England, awal pagi tadi.

Juara edisi 2021 itu terpaksa akur tewas tewas kepada pemain Hong Kong, Ng Ka Long 21-19, 16-21, 12-21 pada aksi di Arena Utilita, Birmingham.

Minggu lalu, Zii Jia terkandas di suku akhir Masters Orleans meskipun turun sebagai pilihan utama selepas tewas kepada pemain Ireland, Nhat Nguyen.

Selepas kekalahan di tangan Ka Long, Zii Jia, berkata dirinya hanya berada pada tahap 50 peratus daripada tahap prestasi sebenarnya.

"Saya sangka saya sudah bersedia. Untuk jelajah Eropah ini, saya hanya sempat menjalani latihan penuh selama dua minggu sebelum bertanding.

"Kecederaan ini mengambil masa lebih lama daripada yang saya jangkakan untuk pulih sepenuhnya.

"Mungkin saya terburu-buru untuk kembali. Mungkin ia keputusan yang salah. Tetapi perkara itu sudah berlaku, saya hanya perlu menerimanya dan terus melangkah ke hadapan," katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Walaupun berdepan kesukaran, Zii Jia enggan memberi alasan, sebaliknya memuji prestasi cemerlang dipamerkan Ka Long.

"Ka Long bermain sangat baik hari ini. Dia memiliki variasi pukulan yang banyak dan sukar dijangka, saya tidak dapat membaca arah pukulannya," katanya.

Zii Jia berkata dia akan menilai keadaan dirinya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada menyertai Terbuka Switzerland atau sebaliknya, minggu depan.

"Saya belum ada perancangan yang jelas kerana kecederaan ini. Saya perlu berbincang dengan pasukan, dan menilai keadaan saya sebelum membuat keputusan," katanya.


Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.431139 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list