CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16303|Reply: 0

Nasi impit retort tahan hingga setahun

[Copy link]
Post time 10-3-2025 09:05 PM | Show all posts |Read mode

BATU PAHAT: Seorang peniaga menemukan teknologi retort yang mampu membuatkan nasi impit bertahan sehingga setahun setelah dimasak, berkat kesabaran dalam melakukan kajian ketahanan produk yang dijualnya.

Pengusaha Ahmad Md Yaacob, 65, berkata dengan menggunakan teknologi berkenaan, kini perniagaannya mampu menghasilkan lebih 500 bungkus sehari termasuk bagi pasaran Singapura, terutama pada bulan Ramadan tahun ini.

Ahmad berkata ketika memulakan perniagaan pada 1995, beliau hanya menghasilkan 12 bungkus nasi impit kerana makanan itu cuma mampu bertahan dalam tempoh 24 jam.

"Berbagai usaha telah saya dan anak saya Nur Liyana, 33, lakukan, namun menemui kegagalan dengan nasi impit berkenaan selalunya akan berkulat dan berair walaupun telah dibungkus dengan baik.
"Namun pada tahun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya terlihat di televisyen yang menyiarkan teknologi retort mampu memberikan ketahanan kepada makanan berbungkus untuk tempoh yang lama," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Ahmad berkata setelah mempelajari teknologi itu daripada seorang usahawan dari Melaka dan bimbingan Jabatan Pertanian, beliau mampu menghasilkan kira-kira 200 bungkus setiap hari pada hari biasa, namun tempahan meningkat pada Ramadan tahun ini.

Beliau berkata walaupun kini telah menggunakan teknologi retort, keaslian nasi impit tetap dikekalkan apabila dibalut dengan daun pisang sebelum dibungkus plastik bagi memberikan aroma yang sama sebagaimana nasi impit asli.

"Saya bersyukur apabila Ramadan tahun ini rezeki bertambah dengan tempahan dari Singapura dan Kuala Lumpur melebihi 500 bungkus setiap hari berbanding sebelum ini. Tahun ini juga, atas permintaan pelanggan nasi impit ini dibuat dengan dua saiz iaitu 500 gram dan satu kilogram.

"Setelah menggunakan teknologi ini, memang benar nasi impit yang terhasil mampu bertahan sekitar setahun walaupun ia diletakkan dalam suhu bilik, asalkan ia tidak dibuka," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat Mufiddah Mohamad berkata perniagaan nasi impit berkenaan berpotensi pergi lebih jauh, dan sebab itu ia terpilih sebagai peserta Projek Memperkasa Pertanian Pintar dan Mekanisasi Pertanian Daerah Batu Pahat.

"Melalui projek ini, perniagaan nasi impit menerima tambahan peralatan dengan sumbangan sebuah Mesin Retort bernilai RM45,000 bagi mengembangkan lagi perniagaan," katanya. – BERNAMA


Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.134494 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list