CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 21673|Reply: 0

Peroleh jualan eksport RM1.67b

[Copy link]
Post time 8-3-2025 03:32 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Malaysia memperoleh jualan eksport RM1.67 bilion di Gulfood 2025, melepasi sasaran awal sebanyak RM680 juta.

Dalam satu kenyataan semalam, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata penyertaan Malaysia dalam pameran perdagangan makanan dan minuman menghasilkan potensi jualan RM1.45 bilion.

Sementara, jualan sebenar mencecah RM216.23 juta, mewakili 12.1 peratus peningkatan berbanding jualan RM1.49 bilion pada 2024.

"Kategori produk yang mendapat sambutan termasuk minyak sawit, perasa makanan, makanan diproses, minuman dan makanan tambahan kesihatan, sekali gus menekankan permintaan global yang meningkat bagi produk Malaysia yang diiktiraf halal dan berkualiti tinggi," katanya.

Pusat Perdagangan Dunia Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menganjurkan acara itu bermula 17-21 Februari dengan penyertaan 90 syarikat dari Malaysia di bawah Matrade.

Ia turut disertai empat lagi agensi kerajaan iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Bhd (SME Bank), Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Sabah (DIDR).

Matrade berkata, Gulfood 2025 menarik lebih 5,500 pempamer daripada 129 negara dan mempamerkan lebih 1 juta produk.

"Pempamer Malaysia perlu memanfaatkan platform ini bukan sahaja bagi mengukuhkan hubungan perniagaan sedia ada tetapi juga meneroka peluang baharu yang lebih luas di UAE, rantau Asia Barat dan Afrika Utara (Mena).

"Jenama Malaysia sudah dikenali terutamanya bagi produk diiktiraf halal, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam sektor F&B halal," kata perbadanan itu.

Di samping itu, Matrade berkata, berdasarkan pemerhatian muncul aliran baharu di Gulfood 2025 iaitu peningkatan permintaan bagi makanan berasaskan tumbuhan dan fungsional.

Edisi ke-31 Gulfood dijangka diadakan pada 26-30 Januari 2026 dan Malaysia merancang untuk mengukuhkan lagi penyertaannya dalam acara berkenaan.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.428750 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list