View: 11865|Reply: 19
|
Paijang, Lelaki OKU yang dipukul di pasar pagi selamat tiba di Makkah tunai umrah
[Copy link]
|
|
KEMAMAN - Lelaki orang kurang upaya (OKU) yang sebelum ini tular akibat dipukul sekumpulan individu dalam kejadian di pasar pagi dekat Padang Astaka Chukai di sini, selamat tiba di Makkah untuk menunaikan umrah.
Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, atau lebih dikenali sebagai Paijang selamat menjejakkan kaki di tanah suci bersama dua anaknya, Nurul Farhana, 21, dan Ahmad Faris, 10.
Perkembangan itu dikongsikan menerusi hantaran video di laman Facebook syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd pada Selasa.
Menurut Ahmad Nor Al Faizan, dia bersama dua anaknya berangkat ke tanah suci itu jam 2.30 pagi pada Isnin.
Bapa kepada lima anak itu turut menyatakan keterujaan kali pertama menunaikan umrah yang ditaja Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd dan berharap agar kesihatannya bertambah baik selepas pulang ke tanah air.
"Ini kali pertama saya berpeluang untuk menunaikan umrah dan kali pertama juga melalui pengalaman menjejak kaki ke luar negara.
"Saya harap dapat diberikan kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan umrah. Saya juga mahu berdoa di tanah suci agar ALLAH kurniakan kesihatan yang bertambah baik kepada saya dan ahli keluarga saya.
"Semoga saya dan anak-anak dikurniakan umrah yang mabrur dan semoga ALLAH SWT kabulkan segala doa saya," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Mak Chili di sini baru-baru ini.
Jelasnya, dia sepatutnya ditemani isteri, Faridah Abdul Karim, 44, dan anaknya, Mohd Fakhrie, 19, namun disebabkan beberapa kekangan mereka tidak dapat turut serta.
Sementara itu, anaknya, Nurul Farhana berkata, dia gembira dan teruja dapat bersama dengan bapanya menunaikan umrah.
"Alhamdulillah, di sebalik rezeki abah yang dapat tajaan, turut terselit rezeki saya.
"Saya tak sangka dapat tunaikan ibadah umrah pada usia yang masih muda dan ia ditaja pihak yang baik hati," katanya.
Sumber: – Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
rezeki kena terajang di kepala |
|
|
|
|
|
|
|
ChildrenOfBodom replied at 18-2-2025 02:32 PM
rezeki kena terajang di kepala
boleh 'amik' tak idea ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau OKU mental mcm ni macamana status eh
Terkonpius pulak i... |
|
|
|
|
|
|
|
Begitulah rahsia dn rezeki Allah nak beri. Hikmah di sebalik penghinaan, Allah beri kemuliaan. Pun begitu bukan bererti kezaliman boleh dinormalisasikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh, tapi harus redha dn bersedia andai keikhlasan itu tiada. Sila tadah kepala untuk dipijak/diterajang orang, ttpi jika tiada mendapat hikmahnya, tangisilah nasib yg menempah celaka.
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 18-2-2025 07:11 PM
Boleh, tapi harus redha dn bersedia andai keikhlasan itu tiada. Sila tadah kepala untuk dipijak/di ...
 |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 18-2-2025 07:11 PM
Boleh, tapi harus redha dn bersedia andai keikhlasan itu tiada. Sila tadah kepala untuk dipijak/di ...
Tetap terbau ayat forum walaupun agak warak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sia2 anak2 duk buat content2 sedih |
|
|
|
|
|
|
|
Orang menari pun ikut retaknya kan? Berforum, kita gunakanlah ayat berlenggok forum. Kalau gunakan ayat2 mesyuarat/seminar /takzirah, over no pulak bunyinya. Apapun, pertuturan ayat harus ada inti dn maksudnya, mencabar kewajaran, bukan asal cakap jeee. Awak setuju?
|
|
|
|
|
|
|
|
niat syarikat tu nak amik pahala..kau terasa dah kenapa
|
|
|
|
|
|
|
|
rezeki dia...rezeki kau sapa tau
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by TOPwind at 19-2-2025 03:30 AM
cuba idea lain lah jgn tiru
contoh
kau terberak kat restauran
pelangan lari tak bayar sbb bu busuk
owner pukul kau
bidi0 viral kau kena pukul
bila siasat kau ada MC dari dokter krn sakit tua ciret berit iiiii
semua melayu kesian kat kat kau.
satu mesia kolek duit
dptlah kau buat umram dan melencung ke Turkiye 20 hari.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nape ko bwk moto pusing2 dlm pasar malam.. |
|
|
|
|
|
|
|
org ckp dia ni mulut boleh tahan xpadan dengan OKU
|
|
|
|
|
|
|
| |
|