CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26339|Reply: 0

Peningkatan kes tembakan berkait dadah cetus kebimbangan di Brussels

[Copy link]
Post time 8-2-2025 03:24 PM | Show all posts |Read mode

Anggota polis berdiri berhampiran tali keselamatan polis (kanan, belakang) di kawasan siasatan di kejiranan ‘Cite du Peterbos’, di mana seorang lelaki ditembak mati dalam kes terbaharu dikaitkan dengan penyeludupan dadah di perbandaran Anderlecht, Brussels, Belgium. - Foto AFP

BRUSSELS: Rentetan kes tembakan berkaitan dadah, termasuk serangan terbaharu yang menyebabkan satu nyawa terkorban, mencetuskan kebimbangan di Brussels, Belgium.

Dalam pada itu, pihak berkuasa dilihat tidak berdaya membendung peningkatan jenayah ganas yang dikaitkan dengan perdagangan dadah yang semakin berkembang di negara itu.

Rakaman video yang tular menunjukkan sekumpulan lelaki bertopeng melepaskan tembakan menggunakan senjata automatik di luar sebuah stesen metro di Brussels Rabu lalu, menyebabkan penumpang bertempiaran mencari perlindungan.

Perbuatan jenayah itu mengukuhkan lagi persepsi bahawa kumpulan samseng dadah kini beroperasi tanpa halangan.

Sehingga kini, tiada tangkapan dibuat berhubung kes tembakan di daerah Anderlecht, yang mencetuskan operasi memburu suspek selepas mereka melarikan diri ke dalam terowong metro.

Dalam dua kes tembakan lain di Anderlecht, seorang lelaki terbunuh dalam kejadian berkenaan, manakala dua individu cedera dalam kes tembakan di Saint-Josse-ten-Noode, utara pusat bandar, pada Selasa lalu.

Menteri Dalam Negeri Belgium, Bernard Quintin (dua dari kanan) berucap semasa mesyuarat untuk membincangkan kes tembakan, di Brussels, Belgium. - Foto AFP

Pendakwa Raya Brussels, Julien Moinil, menyifatkan jenayah ganas itu sebagai tidak boleh diterima sama sekali dan menggesa ahli politik menyediakan lebih banyak peruntukan bagi memperkukuh kawalan keselamatan.

"Tembakan itu berkaitan dengan kehadiran kumpulan jenayah di Brussels yang terbabit dengan perdagangan dadah dan kini sedang berperang secara ganas bagi menguasai kawasan pengedaran," katanya.

Menurut data polis, terdapat 92 kes tembakan di Brussels tahun lalu, mengorbankan sembilan nyawa dan mencederakan 48 orang.

Sejak 1 Januari lalu, enam kes tembakan direkodkan dengan kematian seorang mangsa baru-baru ini menjadi yang pertama tahun ini.

Ketiga-tiga kes di Anderlecht minggu ini berlaku di kawasan yang dikenali sebagai pusat aktiviti jual beli dadah dan Datuk Bandar daerah itu, Fabrice Cumps, percaya kejadian terbabit saling berkaitan.

"Kita sedang berhadapan dengan perang antara kumpulan penjenayah yang berebut kawasan," katanya.

Seorang pegawai polis berjalan berhampiran zon larangan polis di lokasi jenayah di kejiranan ‘Cite du Peterbos’, di mana seorang lelaki dibunuh pada waktu malam dalam kes tembakan terbaharu dikaitkan dengan penyeludupan dadah di perbandaran Anderlecht, Brussels, Belgium. - Foto AFP

Terletak di pesisir barat laut Eropah, Belgium menjadi hab utama bagi kumpulan jenayah menyeludup dadah ke benua itu.

Terdahulu, beberapa kes tembakan jalanan berlaku di Antwerp, di mana pelabuhannya menjadi pusat transit kokain dari Amerika Latin. Kini, keganasan terbabit sudah merebak ke ibu negara Belgium.

Moinil turut merayu supaya lebih banyak sumber diperuntukkan kepada pasukan polis untuk menangani lonjakan jenayah sejak kes tembakan di metro pada Rabu lalu, yang turut merosakkan bangunan berhampiran.

"Sebuah keluarga mendapati ada kesan tembakan di bilik tidur anak mereka. Berapa ramai lagi yang perlu mati sebelum kita benar-benar menangani masalah ini dengan serius?," katanya dalam wawancara bersama stesen radio RTBF.

Beliau turut mengecam kelemahan sistem kehakiman yang menyebabkan banyak penahanan tidak berakhir dengan pendakwaan.

Selain itu, beliau menekankan masalah kesesakan kronik di penjara Belgium, di mana ramai banduan hanya menjalani separuh daripada tempoh hukuman mereka di dalam penjara sebelum dibebaskan. - AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.043218 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list