CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 18596|Reply: 0

Serangan udara Israel di Selatan Lubnan langgar gencatan senjata

[Copy link]
Post time 8-2-2025 10:09 AM | Show all posts |Read mode

Kenderaan tentera Lubnan di perkampungan selatan negara itu, al-Taybeh, berhampiran sempadan Israel. - AFP

BEIRUT: Pesawat perang Israel melancarkan serangan udara pada Jumaat ke atas bandar Baisariyeh di daerah Sidon, selatan Lubnan, menyaksikan peningkatan dalam pelanggaran berterusan Israel terhadap perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik media tempatan.

Agensi Berita Nasional Lubnan melaporkan letupan kuat kedengaran di kampung Baisariyeh, yang kemudiannya disahkan berpunca akibat serangan udara Israel.

Agensi itu turut mengesahkan yang Israel memulakan operasi letupan dua fasa di kampung Kfarkila, selatan Lubnan.

Gencatan senjata yang rapuh berkuat kuasa sejak 27 November 2024, menamatkan serangan antara Israel dan kumpulan Hizbullah di Lubnan, yang bermula pada 8 Oktober 2023 dan meningkat menjadi konflik berskala penuh pada 23 Sept tahun lalu.

Sejak gencatan senjata dikuatkuasakan, Israel melakukan lebih daripada 840 pelanggaran, membunuh dan mencederakan puluhan orang di Lubnan, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Israel sepatutnya menyelesaikan pengunduran dari selatan Lubnan pada 26 Januari mengikut perjanjian gencatan senjata, namun ia enggan berbuat demikian dan tarikh akhir itu dilanjutkan sehingga 18 Feb. – BERNAMA-AA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.095201 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list