CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19660|Reply: 0

AS arah unit siasat skandal 1MDB dibubarkan

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:00 AM | Show all posts |Read mode


WASHINGTON: Unit Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) yang memainkan peranan penting dalam siasatan skandal, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diarah dibubarkan.

Menurut seorang wartawan penyiasatan, Bradley Hope, penutupan Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI) dan Task Force Klepto Capture itu diumumkan oleh Peguam Negara AS, Pam Bondi, dalam e-mel yang dihantar kelmarin.

Hope berkata unit itu sebelum ini berjaya memperoleh semula aset yang dicuri sejak 2010, yang jumlah berbilion dolar.

Memetik sumber, Hope berkata objektif utama untuk membubarkan unit itu adalah bagi mendapatkan kawalan ke atas dana pelucuthakan berjumlah berbilion dolar.

"Wang yang dirampas daripada pegawai rasuah itu akan dikembalikan kepada negara-negara yang menjadi mangsa," katanya.

Hope adalah pengarang buku bertajuk Billion Dollar Whale bersama seorang lagi wartawan, Tom Wright, dan mereka menyiasat skandal 1MDB selaku wartawan The Wall Street Journal.

DoJ memanfaatkan kuasa KARI di bawah undang-undang pelucuthakan aset sivil bagi merampas lebih AS$1 bilion (RM4.4 bilion) aset dikaitkan dengan dana daripada 1MDB yang digelapkan.

Aset berkenaan termasuk hartanah mewah, karya seni dan barangan bernilai tinggi lain yang dibeli dengan wang yang digelapkan.

Inisiatif itu memudahkan kerjasama antarabangsa dengan negara seperti Malaysia, Switzerland dan Singapura untuk mengesan dana yang dicuci merentasi pelbagai wilayah.

Menerusi KARI, DoJ memfailkan saman sivil untuk mendapatkan semula dana tambahan yang dikaitkan dengan 1MDB, termasuk pelucuthakan bernilai ratusan juta dolar.

Menurut laporan oleh NBC News hari ini, Bondi mengeluarkan 14 memo dasar pada Rabu, termasuk perintah untuk membubarkan KARI dan Task Force Klepto Capture. - AGENSI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044079 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list