CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19669|Reply: 0

Helikopter tentera matikan penjejak sebelum nahas langgar jet di Washington

[Copy link]
Post time 8-2-2025 08:58 AM | Show all posts |Read mode

Pasukan penyelamat mengangkat sisa bangkai helikopter tentera yang remuk selepas bertembung di udara minggu lalu dengan pesawat komersial American Airlines dari Sungai Potomac di Arlington, Virginia, Washington, Amerika Syarikat (AS). - Foto AFP

WASHINGTON: Helikopter tentera yang bertembung dengan pesawat penumpang minggu lalu di Washington didapati mematikan peranti penjejaknya ketika nahas berlaku, menurut Senator AS, Ted Cruz, seperti yang dilaporkan The New York Times (NYT).

Teknologi itu bertujuan membolehkan pengawal trafik udara mengesan pergerakan pesawat dengan lebih tepat.

Senator Republikan itu, yang juga anggota Jawatankuasa Senat Perdagangan, Sains dan Pengangkutan, menerima taklimat tertutup mengenai nahas itu daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB).

Cruz menyuarakan kebimbangan mengenai teknologi penjejakan bagi helikopter Black Hawk yang dimatikan semasa misi latihan, lapor NYT semalam.

Apabila diaktifkan, teknologi berkenaan, dikenali sebagai Automatic Dependent Surveillance-Broadcast (ADS-B), akan menunjukan kedudukan, altitud dan kelajuan sesebuah pesawat, menurut laporan itu.

Menurut laporan sama, sistem ADS-B membolehkan pengawal trafik udara tidak bergantung sepenuhnya kepada radar yang mempunyai kelewatan beberapa saat, sekali gus menambah satu lagi lapisan keselamatan.

Pelanggaran maut di Sungai Potomac, Washington, antara helikopter tentera dan pesawat American Airlines minggu lalu meragut 67 nyawa. Ia adalah nahas udara paling buruk di AS dalam tempoh lebih 20 tahun. - REUTERS


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.640647 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list