CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9009|Reply: 0

[Tempatan] Malaysia teruskan dasar berbaik dengan semua negara

[Copy link]
Post time 31-1-2025 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 30-1-2025 08:43 PM


Malaysia teruskan dasar berbaik dengan semua negara
31 Januari 2025 12:14pm



Anwar (dua dari kiri) beramah mesra bersama tetamu ketika hadir pada sambutan Tahun Baharu Cina anjuran PCCCI pada Jumaat. Foto Bernama --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


IPOH - Malaysia akan meneruskan dasar menjalinkan hubungan baik dengan semua negara termasuk China dan negara Eropah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dasar tersebut amat penting demi kelangsungan ekonomi negara dan manfaat kepada rakyat.

Menurutnya, mana-mana negara yang menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia wajar diberikan layanan baik.

"Kita perlukan kawan sekarang, kita tak boleh bergantung. Dulu kita memihak belah sana belah sini. Sekarang kita teruskan minta pelaburan daripada Amerika Syarikat. Kita baiki hubungan kita dengan Kesatuan Eropah, kita baiki dengan BRICS dan kita rapat dengan negara China.

"Ada orang bangkitkan di kampung-kampung, kita serah semua kepada negara China. Ini pun pemikiran-pemikiran yang rosak. Kalau kita banyak duduk dengan Amerika tak apa pula, dengan Eropah tak apa pula. Ini mentaliti terjajah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perayaan Tahun Baharu Cina 2025 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di sini pada Jumaat.


Anwar (enam dari kiri) menghadiri Majlis Perayaan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran PCCCI pada Jumaat.


Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Presiden PCCCI, Datuk Liew Chee Ming.

Anwar berkata, hubungan baik Malaysia dengan China penting kerana negara itu merupakan negara yang penting di rantau ini kerana kekuatan ekonomi besar.

"Bagi kita siapa pun, termasuk negara China, yang datang melabur kita berikan galakan. Yang baik dengan kita, kita lebih baik dengan mereka. Ini dasar kita," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Anwar memaklumkan, beberapa lagi pemimpin utama dunia akan berkunjung ke Malaysia dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Beliaur turut meminta semua pihak supaya memberikan fokus terhadap pembangunan ekonomi negara.

Katanya, pemimpin negara tidak perlu melayan isu-isu agama dan kaum yang dibangkitkan pihak tertentu untuk menjadi jaguh.

https://www.sinarharian.com.my/article/710094/berita/nasional/malaysia-teruskan-dasar-berbaik-dengan-semua-negara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050874 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list