CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5596|Reply: 54

[Tempatan] Netizen Terkejut 2 Jejaka Kacak Fasih Berbahasa Melayu, Order 2 Roti Canai Dan Nasi Lemak!

[Copy link]
Post time 14-1-2025 01:39 PM | Show all posts |Read mode


Terbaharu, tular pula di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki yang juga model terkenal dari Britain yang dikenali sebagai Kit Price turut fasih berbahasa Melayu.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Price dipercayai berada di negara ini untuk bersiar-siar bersama seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Calum Harper.

Di dalam video tersebut, dia dilihat membawa Harper untuk mencuba pengalaman bersarapan pagi seperti rakyat tempatan di sebuah warung dengan mencuba nasi lemak serta roti canai.
Minta roti canai dengan nasi lemak macam local

Apa yang mengejutkan, Price bercakap di dalam bahasa Melayu semasa seorang pekerja kedai datang kepada mereka untuk mengambil tempahan makanan.

“Abang, (bagi) dua roti canai dan nasi lemak,” kata Price kepada pekerja warung berkenaan.

Namun, pekerja terbabit menyatakan bahawa tiada nasi lemak di warungnya dan Price membalas ‘Takda?’ seperti rakyat tempatan.

Memetik portal gayahidup Culted, Price menerusi satu temubual menyatakan bahawa dirinya pernah membesar dan bersekolah di Malaysia sebelum pergi ke UK untuk menyambung pelajaran ketika zaman pandemik Covid-19 dahulu.

Jadi tidak hairanlah mengapa Price fasih berbahasa Melayu, dia pernah menetap di negara ini beberapa tahun dahulu.
Netizen terkejut, tak sangka Price fasih berbahasa Melayu

Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai orang terutamanya yang mengenali Price kerana tidak menyangka bahawa lelaki tersebut sebenarnya boleh bertutur di dalam Bahasa Melayu.

Tidak hanya itu, mereka juga terkejut kerana menyifatkan bahasa Melayu yang digunakan oleh Price agak lancar tidak seperti kebanyakan mat saleh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2025 10:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2025 08:30 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 09:02 AM | Show all posts
celah mana kacaknya
biasa2 je bm heols. tu pun nak impress
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg kuban2 korang ni... Yg ni pun nk impress
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 09:27 AM | Show all posts
UuU replied at 15-1-2025 09:02 AM
celah mana kacaknya
biasa2 je bm heols. tu pun nak impress

Bukankah anda seharusnya  terkejut jika majority rakyat MalayDEsh hingga kini masih X fasih dan lancar berbahasa melayu ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2025 09:37 AM | Show all posts
bangla nepal rohingya ckp melayu korang tak nak pun kagum.. mat saleh je kagum..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 09:57 AM | Show all posts
bila orang lain tak reti BM, marah..
bila orang lain reti BM, terkejut..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2025 10:02 AM | Show all posts
Pada akak begini,

jika seseorang itu influencer, dia cuba juga nak cakap bahasa tempatan which is bagus la kan... tapi siap rakam dan post itu lebih kepada nak content dan follower...

Jika dia ada kerjaya tetap dan bagus contohnya akauntan, doktor, guru, arkitek, pakar IT pakar ekonomi, ahli sukan, atau jutawan, dia pergi jepun cakap jepun, pergi india cakap hindi, pergi indon cakap bahasa indonesia, pergi thai cajap thai... itu next level la pada akak... kerna akak pernah ketemu orang seperti itu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 10:03 AM | Show all posts
UuU replied at 15-1-2025 09:02 AM
celah mana kacaknya
biasa2 je bm heols. tu pun nak impress

yang rambut ginger tu actually catwalk model

untuk gen alpha, diorang dah kategori helok dah, selera dah lain sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Menahan diri dari impressed
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak imprezza pun. Ada anak boss expat walaupun sekolah intl boleh ckp melayu.  Bapa dia citer kalau driving kat mesia dia la tolong baca signage.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tarak terkejut pun, rakyat china juga fasih bm, bangla cakap dgn vetnam pakai bm
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 11:30 AM | Show all posts
ramai aje budak bangsa asing pandai cakap melayu.  dulu selalu jumpa orang2 mcm gini.  Sekolah international school, mak pak posting kt msia lama jadi dia orang pun pandai cakap BM, baca and tulis.  Ada sorang tu, kalau tak tengok muka, cakap sebijik mcm orang melayu. bukan mix tau...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 11:37 AM | Show all posts
in the 90s lagi
ofis aku masa tu dkat dgn Bangsar
Bila pegi Bangsar Shopping Centre
elok je anak2 expat mat saleh ckp melayu
siap ekk semua sebut
skrg ni sikit2 nak impress
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudah2la korang nak jakun omputih cakap melayu. Benda biasa je pun. Bangla Pakistan lagi lama fasih siap pandai berniaga lagi tu KO taknak kagum ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2025 11:49 AM | Show all posts
impressed? no.. suprised? yes.. sbb diorg ni mmg british based model tetiba dtg malaysia utk holiday tp blh ckp melayu (wpun sorg je blh cakap), of course la suprised.. if diorg ni mat saleh yg mmg kita tau membesar dan dah tinggal lama di malaysia, dah xde rasa suprised tu sbb dah mmg patut diorg belajar cakap bahasa tempatan... and in Kit's case, dia blh je lupakan bahasa melayu lps dia tinggalkan malaysia, tp suprisingly he's still remembered and can speak well.. x mcm sesetgh org malaysia sendiri yg x pernah pi oversea tp cakap melayu pun x blh2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 12:13 PM | Show all posts
Hari semalam saya sarapan pagi 4roti chanai selepas selama 8 tahun tidak makan roti chanai. Beli roti frozen dan kari ayam buat sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 12:32 PM | Show all posts
nusaraya replied at 14-1-2025 05:27 PM
Bukankah anda seharusnya  terkejut jika majority rakyat MalayDEsh hingga kini masih X fasih dan la ...

Indonesia merdeka dengan cara membayar kepada holandia. Kenapa indon sangat mencintai iNDIA dan holaNDIA? . Sehingga tanah air kamu jika di melayu kan adalah TANAH INDIA dan juga jangan lupa matawang kamu juga
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 12:33 PM | Show all posts
nusaraya replied at 14-1-2025 05:27 PM
Bukankah anda seharusnya  terkejut jika majority rakyat MalayDEsh hingga kini masih X fasih dan la ...

Indonesia merdeka dengan cara membayar kepada holandia. Kenapa indon sangat mencintai iNDIA dan holaNDIA? . Sehingga tanah air kamu jika di melayu kan adalah TANAH INDIA dan juga jangan lupa matawang kamu juga


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.694943 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list