View: 6187|Reply: 28
|
[Tempatan]
Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya
[Copy link]
|
|
BERNAMA
Januari 13, 2025
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/DATUK_SERI_MOHAMDFGDGAD_SABU_1736576620.jpg)
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Datuk Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi (tengah) bergambar bersama hasil tuaian Bawang Rose ketika meninjau Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan PKPS di Selangor Fruit Valley (SFV) Bestari Jaya hari ini. FOTO BERNAMA
Kuala Selangor: Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau berkata, setakat ini, projek tanaman bawang rose yang diusahakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menunjukkan prestasi yang baik dengan kemampuan tuaian hasil kira-kira empat tan perekar.
Mohamad berkata, pihaknya akan mula mengedarkan benih bawang rose berkenaan sama ada hujung tahun ini atau tahun hadapan untuk diusahakan oleh mereka yang berminat, bagi mencapai sasaran berkenaan.
"Malaysia mengimport sebanyak 484,867 tan metrik bawang pada nilai RM902.5 juta pada 2021 bagi memenuhi permintaan pengguna. India menjadi pembekal bawang terbesar di Malaysia sebanyak 57 peratus, diikuti China (20 peratus) dan Pakistan (11 peratus).
"Jadi, kalau kita mampu sediakan 30 peratus, iaitu bawang kecil (bawang rose) ini, maka kita akan jimat RM300 juta untuk kita import tanaman ini ke dalam negara," katanya selepas melawat tapak Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan PKPS di Selangor Fruit Valley di sini, hari ini.
Beliau berkata, selain PKPS, negeri lain yang menunjukkan perkembangan baik bagi penanaman bawang ialah Pulau Pinang dan Kelantan.
"Kita juga dalam usaha melihat beberapa negeri lain yang sesuai (untuk penanaman bawang), cuma kini agensi kajian kita sedang melihat bagaimana untuk kita tanam bawang besar pula," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
menanam tebu di bibir jer la... |
|
|
|
|
|
|
|
Suruh lah felda tanam bawang tak boleh ka? Sorry kalau idea bimbo sebab tak pernah tanam bawang so I don't know.
|
|
|
|
|
|
|
|
Atleast nmpak la mat Sabun ni wat keje...kalo nk harap menteri yg dolo2 alamat smpai kiamat la Msia import bawang padahal ada tanah luas subur, tp bab mkanan serba serbi kna import.Apoo |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Harga bawang sekarang ni mahal betul. Sepatutnya dari dulu lagi optimumkan usaha pertanian untuk security makanan keperluan dalam negara. Bukan tunggu harga barang naik baru nak buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat daun bawang tanam sendiri pun boleh buat campur bubur nasi |
|
|
|
|
|
|
|
Butterfly41 replied at 14-1-2025 03:29 PM
Alhamdulillah. Harga bawang sekarang ni mahal betul. Sepatutnya dari dulu lagi optimumkan usaha pert ...
Time bawang mahal mmg ramai yg akan tanam. Tp bila nak tuai, harga jatuh. Government kena ada data yg tepat utk predict pengeluaran dlm negara supaya boleh planning berapa yg patut di import.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya sejak harga bawang naik mendadak lepas pkp tu, sampai la ni tak turun2 dah harganya. Makin meningkat harga tu ada la. |
|
|
|
|
|
|
|
felda sudah 'dipaksa' dengan projek smart sbb. klu semua agensi berkaitan kerajaan nak di arahkan tanam sana sini mahu nya melingkup
|
|
|
|
|
|
|
|
Berita mcm ni buat aku nampak mat sabu sebagai hero rakyat...
|
|
|
|
|
|
|
|
Butterfly41 replied at 14-1-2025 03:39 PM
Rasanya sejak harga bawang naik mendadak lepas pkp tu, sampai la ni tak turun2 dah harganya. Makin ...
Itu yg bahaya tu. Nanti ramai petani dok ingat tanam bawang boleh dapat harga mahal. Lepas tu semua pakat beralih tanam bawang je lepas ni. Then bila nak tuai, berlaku lambakan. So harga jatuh. Keluar newspaper penanam bawang kerugian sekian sekian.
Benda ni dah terjadi kat bebrp tanaman lain mcm cili merah & serai wangi. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 14-1-2025 04:55 PM
Mengapa masalah yang "Simple dan Mudah" itu anda buat sulit..caranya sangat mudah .. Datangkan Bangla dan India ataupun lainnya yang ahli menanam bawang merah, bawang putih ataupun bawang bombay .. beri mereka "hak Milik" tanah lalu suruh mereka menanm bawang untuk kebutuhan anda ...
Ingat .. Jangan sekali-kali menyuruh melayu menanam bawang ... bisa-bisa wang habis dan X ada sedikitpun bawang yang dihasilkan .. .
|
|
|
|
|
|
|
|
tp iols rasa cili merah tak penah turun pun harga...ke iols tatau sbb lama x beli cili merah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bawang merah je?
Bawang putih tk sesuai ke tanam kt msia? |
|
|
|
|
|
|
|
keti bau bawang mkn bawang kuat ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 14-1-2025 08:33 PM
tp iols rasa cili merah tak penah turun pun harga...ke iols tatau sbb lama x beli cili merah?
Dah diberi amaran semalam.
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2025/01/1348736/kawal-kemasukan-cili-merah-elak-lambakan-hasil-di-pasaran-mat-sabu |
|
|
|
|
|
|
| |
|