CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 30833|Reply: 21

[Tempatan] Menang Tempat Pertama, Hadiah Sama Banyak Dengan Juara All Star Gegar Vaganza!

[Copy link]
Post time 10-1-2025 08:51 PM | Show all posts |Read mode


Siapa sangka seorang remaja berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000.

Apa yang menjadi perhatian adalah dia yang baru sahaja berusia 16 tahun berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 selepas menyertai pertandingan tersebut buat kali ketiga.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @abg.naga96, remaja yang dikenali sebagai Hakim itu menduduki tempat pertama dalam pertandingan memancing siri yang ke 10 yang diadakan oleh Den Kolam Pancing Ulu Yam pada Ahad (5 Januari) lalu.

Kongsi pemuda yang berasal dari Selayang itu, dia datang menyertai pertandingan tersebut bersama bapa dan datuknya.

Malah, ketika ditanya apa perancangan yang akan dibuat dengan duit tersebut, dia tiada rancangan lagi pada ketika itu.

Melalui perkongsian itu juga, dapat dilihat pemenang di tangga kedua dan ketiga turut membawa pulang wang tunai yang dimenangi masing-masing berjumlah RM18,000 dan RM8,000.

Sama seperti Hakim, kedua-dua mereka bukanlah kali pertama menyertai pertandingan tersebut.

Menerusi video berasingan, dapat dilihat seorang lelaki yang dipercayai penganjur memasukkan wang tunai berjumlah RM200,000 ke dalam sebuah peti dipercayai untuk dibawa pulang individu terbabit.

Video yang telah mendapat lebih 752,000 tontonan nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, majoriti pengguna teruja dengan kemenangan wang tunai yang dimenangi oleh Hakim.

Apatah lagi remaja berkenaan baru sahaja menginjak usia 16 tahun dan telah berjaya memegang wang tunai sebanyak itu.

Malah, ada yang memberi pendapat agar remaja berkenaan boleh menyimpan duit tersebut atau menampung perbelanjaan ibu bapa untuk menunaikan umrah.

Namun, ada pula netizen yang mempersoalkan status halal duit tersebut hingga dan menganggap ia dari sumber judi.

Duit Yuran Penyertaan Dijadikan Sumber Hadiah Adalah Judi – UAI

Sekadar info, sekiranya duit yuran penyertaan pertandingan memancing digunakan sebagai sumber hadiah, maka ia adalah satu bentuk perjudian.

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI), jika yuran penyertaan itu digunakan untuk manfaat peserta dan tidak digunakan sebagai hadiah, ia tidaklah haram digunakan.

“Kita buat pertandingan memancing, seorang kena bayar contohnya RM100, masuknya (penyertaan) 1,000 orang, kita akan dapat RM100,000.

“Diambil RM30,000 untuk hadiah, RM20,000 untuk urusan lain (gaji budak-budak, bayar jorang), RM20,000 buat beli hadiah (mesin basuh, mesin pengering, kipas angin),

“RM20,000 buat hadiah wang tunai, tempat pertama RM3,000, tempat kedua RM5,000, tempat ketiga RM10,000.

“Peserta yang bernasib baik dia hanya bayar RM100 tapi dapat ikan. Dia dapat duit tadi RM10,000 contohnya.

“Orang yang tak bernasib baik, RM100 tadi hilang, yang RM100 tadi duduk dalam RM10,000 itu.

“Maka, dia tidak bernasib baik hilang harta, yang bernasib baik dapat balik harta dia dan harta orang pula, itu judi namanya, dosa besar kena laknat,” kata beliau.
Tidak Dianggap Judi Sekiranya Yuran Penyertaan Digunakan Manfaat Untuk Peserta

Namun, ia bukanlah dianggap sebagai judi sekiranya yuran penyertaan itu bukan dijadikan sebagai rebutan sebaliknya digunakan manfaat kepada peserta.

“Yang tidak judinya macam ni, duit peserta bukan untuk hadiah rebutan, duit peserta untuk bayar sewa.

“Kalau main futsal, bayar gelanggang atau duit semua tu di beli t-shirt untuk semua orang. Hadiah disediakan oleh pihak ketiga contoh hadiah kerajaan support.

“Yang tak boleh hadiah daripada yuran itulah kita berebut, itu haram, judi,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2025 11:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2025 08:52 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2025 08:53 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah join gegar vaganza ke kekdah nye?

Join gegar joran???
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2025 11:29 PM | Show all posts
Wooow...Apakah ini yang akan dijadikan "Legitimasi"  klaim bahwa MalayDesh telah menjadi Penguat Kuasa Seni dan Hiburan Dunia ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2025 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 10-1-2025 11:29 PM
Wooow...Apakah ini yang akan dijadikan "Legitimasi"  klaim bahwa MalayDesh telah menjadi Penguat Kua ...

Ustaz kami konoha juara ngakak..negara tertangga pasti iri...
#NoHollandNoParty
            
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
eh haram eh.. baru2 ni geng2 opis ada buat colection sorg satu kena byr rm10. Ada la dlm 20pax Ni pertandingan sape kurus cepat & paling byk turun berat Jd sorg je pemenang dia.. jd haram eh sapenyh menang tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2025 08:21 AM | Show all posts
jadah artikel tibe2 letak gmbr GV?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2025 01:25 PM | Show all posts
nakkkk
mari sini duit awak tu acik tolong simpankan
jangan awak leburkan yer nak oiii

mak ayah anak ni jangan pandai2 nak minta duit dia OK
tolong nasihatkan dia simpan dlm ASB
nak lagi selamat tak mudah keluar, letak dlm KWSP
boleh ke u mur 16 tahun buka KWSP ?

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 11:55 AM | Show all posts
Mungkin harus call jabatan agama suruh tangkap dia orang ni sebab berjudi!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 11-1-2025 01:25 PM
nakkkk
mari sini duit awak tu acik tolong simpankan
jangan awak leburkan yer nak oiii

boleh...umur 14 rasanya makayah blh bukakan lepas tu blh apply skim i-saraan.
make sure parents letak duit dlm rm278/sebulan (check blk betul dak amount ni) consistently then setiap hjg thn under i-saraan gomen akan bg rm500.
kalau diambil kira selama 10thn dgn setiap thn dividen 5%, anak berumur 24thn akan ada rm50k++ (opkos la duit ni x blh keluar, tggu sampai umur saraan)
so before dia masuk kerja dah ada duit dlm kwsp kalau parents tegar boh duit dlm tu la

tapi rasanya blh utk keluarkan acc ke2/ke3 tu jugak bila sampai umur. yg ni x brp pasti sbb dah tak dgr sgt, kalut nak kencing

kebetulan ada hal di kwsp, org kat kaunter inform weols sbb hsbd borak2 then terckp ada anak oku. tu dia inform salah satu menabung utk anak2 kalau ada lebihan duit
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 02:10 PM | Show all posts
syamzana replied at 12-1-2025 01:03 PM
boleh...umur 14 rasanya makayah blh bukakan lepas tu blh apply skim i-saraan.
make sure parents le ...

ehhhh sis ada anak OKU ke?
boleh ek kita letak dlm KWSP untuk anak OKU?
akak habis keluarkan duit2 dia dari ASB dan Tabung Haji >>> sebab OKU yg daya manage duit tak boleh ada dua tabung ini

kannnn
saya ghisauuuu duit budak ni habis gitu jer dalam 2-3 tahun



Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 12-1-2025 02:10 PM
ehhhh sis ada anak OKU ke?
boleh ek kita letak dlm KWSP untuk anak OKU?
akak habis keluarkan duit2 ...

anak sy autism mmg buatkan kad oku.
aritu takde plak ckp oku takleh bukak kwsp. cuma ditanya anak sy bljr+blh urus diri ke tak, blablabla. sy jwb anak luaran nmpk normal+bljr mcm typical kids jugak cuma social skill dia la special

kalau oku yg bekerja blh bukak acc kan, anak2 oku bawah umur pun blh la kot.
sy pun takde buka lg kwsp utk anak ni, mmg boh asb+th.
ingat nak buka acc PG tuk dia tp yg ni mcm menarik jugak kan??
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 02:49 PM | Show all posts
syamzana replied at 12-1-2025 02:44 PM
anak sy autism mmg buatkan kad oku.
aritu takde plak ckp oku takleh bukak kwsp. cuma ditanya anak  ...

saya dulu mmg buh duit di akat ASB dan TH
bila dia nak 20 tahun, say anak tukar nama kat ASB Putrajaya

ASB putrajaya kata tak boleh sebab anak saya OKU yg tak opandai manage duit
dia tak tahu nilai duit something like that
Tabung haji pun ama
CIMB pun sama tak bagi anak saya buka akaaun


now anak saya ada akaun BSN jer sebab elaun OKU masuk BSN sejak sekolah
lasy year saya buatkan dia Fixed deposit .. dapatlah dalam 3%+ kot dividen

jadilah dari simpan bodo2 dlm akaun bank biasa


sedih tauuu
nanti saya nak try tanya KWSP lah
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 12-1-2025 02:49 PM
saya dulu mmg buh duit di akat ASB dan TH
bila dia nak 20 tahun, say anak tukar nama kat ASB Putra ...

laaa yeke??
nati kak lid tnya la ye kat kwsp. tak tau plak sy pasal oku takleh bukak acc ni. anak sy baru 16 thn, asb pun msh yg remaja.
masa kak lid nak tukar tu derang mintak ke kad oku?
dah tu caner depa nak hidup, takkan nak boh duit bawah tilam??
yg oku lain bekerja ada acc tak utk masukkan gaji?? ke kene buktikan depa ni tau nilai duit pelbagai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2025 04:37 PM | Show all posts
“Orang yang tak bernasib baik, RM100 tadi hilang, yang RM100 tadi duduk dalam RM10,000 itu.

“Maka, dia tidak bernasib baik hilang harta, yang bernasib baik dapat balik harta dia dan harta orang pula, itu judi namanya, dosa besar kena laknat,” kata beliau.

Susah hari dengan kapir ke Genting padahal perangai sama ja, level ja lain.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jackeling Victor tergolek dog, JANGANLAH KETAWA!

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 12-1-2025 02:49 PM
saya dulu mmg buh duit di akat ASB dan TH
bila dia nak 20 tahun, say anak tukar nama kat ASB Putra ...

Maybank pun sama takkan bagi orang OKU bukak akaun bank.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2025 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 12-1-2025 03:02 PM
laaa yeke??
nati kak lid tnya la ye kat kwsp. tak tau plak sy pasal oku takleh bukak acc ni. anak  ...

Polisi bank yang tolak OKU. Sama macam kes suri rumah dan penganggur, bank malas nak pening kepala uruskan orang OKU. Nanti akaun dipaksa tutup.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.072058 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list