View: 12253|Reply: 49
|
[Tempatan]
Selepas kontroversi video, pemilihan beruang matahari sebagai maskot pelancongan cetus tanda tanya
[Copy link]
|
|
Selepas kontroversi video, pemilihan beruang matahari sebagai maskot pelancongan cetus tanda tanya
https://www.malaysianow.com/my/n ... n-cetus-tanda-tanya
MalaysiaNow
Januari 9, 2025
Pemilihan sepasang karakter beruang matahari sebagai maskot pelancongan Malaysia mencetuskan pelbagai reaksi dan kritikan di media sosial.
Belum reda kontroversi video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 yang mengundang kemarahan orang ramai kerana memaparkan kepelbagaian tanpa memasukkan elemen identiti Islam, logo rasmi kempen pelancongan kerajaan yang memaparkan maskot beruang matahari kini mula dipersoalkan orang ramai.
Ramai berkongsi komen di media sosial mempersoalkan pemilihan binatang itu yang tidak pernah dikaitkan dengan identiti Malaysia mahupun sebagai tarikan pelancong ke negara ini.
Malah ada juga yang menyindir sama ada ia lebih didorang untuk menarik pelancong dari China, disebabkan beruang matahari lebih menyerupai dari segi fizikal dengan panda.
Pengkritik mempersoalkan menteri bertanggungjawab, Tiong King Sing, yang sebelum ini menjadi sasaran disebabkan promosi agresifnya untuk membawa masuk jutaan pelancong dari Tanah Besar itu.
Mereka turut mempersoalkan mengapa harimau Malaya atau orang utan, yang lebih sinonim dengan warisan semulajadi Malaysia, tidak dipilih.
Mereka mendakwa naratif di sebalik maskot beruang itu tidak mencerminkan keunikan Malaysia.
"Ini spesies yang jarang ditemui, susah nak jumpa. Kalau pelancong datang nak tengok pun silap-silap kena melawat zoo dulu tapi kita datang zoo pun macam tak pernah jumpa,” tulis Izam Abd Rahman di Facebook.
"Kenapa mesti beruang? Kita semua kenal dengan harimau, beruang ni maskot negara mana?" soal Aameir Nien.
Mereka yang mempertahankan pemilihan beruang matahari sebagai maskot berkata haiwan itu wujud di Borneo, dan Malaysia mempunyai tanggungjawab menjaga dan memulihara spesis terancam itu.
Bagaimanapun, bekas pengerusi Tourism Malaysia, Wee Choo Keong, berkata beliau memahami kritikan orang ramai, sambil menambah beruang matahari bukanlah spesis yang banyak terdapat di Borneo.
Katanya, haiwan tersebut lebih dikenali di negara seperti Laos dan Vietnam, dan tidak sesuai dijadikan ikon pelancongan negara.
"Sebelum ini, kita guna burung enggang dan orang utan untuk menunjukkan kekayaan biodiversiti hutan hujan tropika di Malaysia,” katanya kepada MalaysiaNow.
Menurut Wee, yang mengetuai Tourism Malaysia dari 2015 hingga 2017, bukan sahaja haiwan seperti beruang lebih dikaitkan dengan China yang terkenal dengan panda, tetapi penggunaannya sebagai maskot akan hanya membataskan pasaran pelancongan yang cuba diraih Malaysia.
"Orang yang suka hidupan liar dan spesies terancam, mereka akan pergi ke negara yang lebih terkenal dengan perkara itu berbanding ke Malaysia.
"Di Malaysia ini, hidupan liar pun bukannya dikenali sangat," katanya, sambil berkata peruntukan ratusan juta mempromosi pelancongan perlu digunakan sebaiknya, sementara usaha berkait kehidupan liar terancam seeloknya diserahkan kepada badan yang relevan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bagai2 la itu ini disalakkan |
|
|
|
|
|
|
|
Motif korang cerca sunbear. |
|
|
|
|
|
|
|
Meols punya sexcited beruang matahari ni terpilih supaya rakyat tahu yang beruang ni wujud di Malaysia. Kan ke create awareness juga tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ambik sinalau bakas aje la jadik maskot. Cerewet. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo uols perasan tt suka tepek berita drpd malaysianow penjilat Perikatan Nasional tu..so paham2 je lah ye
|
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa la banyak sangat bunyi dengan maskot ni. mulai dari pemilihan hinggala ke artwork semua ada je yang tak kena, ada je yang berbunyi. semua benda nak dipertikai, tak letih ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 9-1-2025 11:57 AM
Meols punya sexcited beruang matahari ni terpilih supaya rakyat tahu yang beruang ni wujud di Malays ...
Saya pun tak rasa tak ada cacat cela pun pilih beruang matahari. Binatang tu pun native. Netizen byk yg bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
sumber Malaysianow dekk..so paham2 je lah...kalo baca kat sumber news lain elok je org dok puji kecomelan maskot sunbear tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok je sunbear ni jadi maskot. Mmg Malaysia antara beberapa negara yg ada sunbear ni & sedang diancam kepupusan. Mcm yg chazey ckp, boleh jadi awareness. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 9-1-2025 12:26 PM
KENAPA TIDAK...MENTERI PELANCONGAN tu sendiri yg jadi...MASKOT nya...Cayala...'BILIYUN BILIYUN'...pelancung...dr China akan mai Msia..... |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 9-1-2025 11:57 AM
Meols punya sexcited beruang matahari ni terpilih supaya rakyat tahu yang beruang ni wujud di Malays ...
Iols pon sokong jgk. |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 9-1-2025 12:10 PM
kalo uols perasan tt suka tepek berita drpd malaysianow penjilat Perikatan Nasional tu..so paham2 ...
Ok paham |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dekat X manusia terpaling designer dok pertikai hasil artwork maskot ni katanya pakai AI, mata bear nampak pelik sampai ke jari kaki pun ada yang tak kena. hahahanat betul
|
|
|
|
|
|
|
|
biasanya maskot dan video adalah yang berkaitan dgn keunikan yang terdapat di negara tersebut...
klu sunbear mmg ada terdapat ni negara kita...mcm org utan..harimau malaya dan burung kenyalang...xde salahnya ianya di jadikan maskot...
kot klu tetiba maskotnya panda bear ke...koala bear ke...ni baru dia..x pun tetiba burung kiwi jadi maskot....
|
|
|
|
|
|
|
|
Comel pe sunbear tu at least tahu le juga kita2 ni yg dkt mesia ni bukan takat rimau, enggang je ada. Next time buat gajah pulak ek |
|
|
|
|
|
|
|
bestu takkan nak letak oyen? |
|
|
|
|
|
|
|
ni sesuai
|
|
|
|
|
|
|
|
part video aku pangkah habis2an....cakap la apa pun...yg buat montaj tu bahalol...sama je pegawai2 dalam motac sana sama menteri...x alert lansung dgn isu semasa..work in silo !!!
part sunbear aku ok, sebab natang tu cute..dan memang ada pun dalam hutan belantara malaysia ni...banyak jugak spesis rare ni, dan jarang keluar habitat..
cuma smlm ada terbaca di trgnu, sunbear dah start kacau tanaman2 di kg, dan PERHILITAN dan berjaya tgkp...
haritu pun ada sunbear mati kene langgar..
so, maskot sunbear comel |
|
|
|
|
|
|
| |
|