CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6307|Reply: 29

[Tempatan] ‘Aku sedekah RM1, dia kata bodoh, campak duit dalam bekas’

[Copy link]
Post time 7-1-2025 11:48 AM | Show all posts |Read mode
‘Aku sedekah RM1, dia kata bodoh, campak duit dalam bekas’

https://www.kosmo.com.my/2025/01 ... k-duit-dalam-bekas/

Oleh KOSMO!
7 Januari 2025, 11:39 am


Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Dia (pengemis) ambil duit kemudian dia cakap, ‘bodoh, kedekut betul seringgit saja’, dan campak duit tu dalam bekas semula.”

Itu luahan seorang individu yang kecewa dengan tindakan peminta sedekah di tepi kaki lima selepas tidak berpuas hati apabila dia memberi sumbangan sebanyak RM1.

Menerusi perkongsian tangkap layar komen pengguna media sosial itu oleh Pakar kewangan dan ­hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad, individu berkenaan terlalu kecewa dengan tindakan pengemis berkenaan sehingga menyebabkan dia menangis.

“Sebab aku (sedekah) tengok bekas dia macam kosong lagi. Lepas aku nampak (dia campak) tu, aku menangis.

“Aku rasa seringgit aku tak dihargai. Terus timbul rasa tak ikhlas, menyesal dan tak nak sedekah dekat orang dah,” luahnya.

Perkongsiannya itu mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai termasuk mereka yang turut mengecam, mahupun yang menasihatinya agar terus berfikiran positif.

“Peminta sedekah zaman sekarang sudah canggih, tak pandai bersyukur,” komen seorang pengguna.

“Saya lebih suka sedekah pada orang yang sedang bekerja seperti tukang sapu, mesin rumput, cuci tandas, hantar barang dan lain-lain. Saya sangat hargai usaha mereka bekerja mencari rezeki halal,” ujar seorang lagi pengguna.

“Jangan begitu dik. Niat adik dah sangat baik, boleh tukar sedekah tu ke tabung masjid, rumah anak yatim atau pusat tahfiz. Insya-Allah, pahala berpanjangan,” cadang Afız Azwardi Mohd Salleh. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2025 12:05 PM | Show all posts
ko bg tapak kaki la lps tu..dh la pemls keje nk sng mtk sedekah
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 12:09 PM | Show all posts
Dia hulur RM1 tu kat warga rohingya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 12:18 PM | Show all posts
Edited by silance at 7-1-2025 12:21 PM

Duduk Malezia kena keras, tak bleh hati tisu dik. Of course la tin tu kosong, dia dah pindahkan duit ke dalam beg.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 12:20 PM | Show all posts
kau bagi dah kenapa....kebanyakkannya menipu saja...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 12:22 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 7-1-2025 09:59 PM

tak bersyukur sungguh...

harap2 rekyat Mesia yg terima bantuan rahmah & sabsidi gomen x tiru perangai ni

kena bersyukur dapat bantuan rahmah & sadsidi walaupun nilainya x banyak

untuk bagi bantuan rahmah & sabsidi tu..

mgkn tax yg dikutip tu x cukup

maka gomen kena buat utang

penerima bantuan rahmah & sabsidi perlu ingat :

1. ada rekyat Mesia yg tak dapat bantuan rahmah & sabsidi tapi bayar cukai tinggi

2. utang yg gomen buat utk bagi sabsidi & bantuan rahmah tu ditanggung oleh semua rekyat Mesia

3. mgkn ada negara2 lain kat ASEAN yg x bagi bantuan rahmah & sabsidi (termasuk petrol, diesel & beras)

     





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2025 12:38 PM | Show all posts
Gambar di atas tu OKT ke atau hiasan? Nampak tak laminated paper warna biru tu? Kena baca elok-elok. Itulah kertas secebis information yang paling power.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols mmg keraskn hati skang ni x bg derma senang2 kt ntah sape2..

Klu nk pahala sedekah jumaat ke, ada duit lebih i transfer kt adik kakak n anak2 dorg je… buat mkn mlm ke, bfast weeknd ke, beli buku conteng budak2 ke etc…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2025 12:56 PM | Show all posts
Hati kena kuat. sedekah pd yg rajin usaha. bukan yg malas.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 03:54 PM | Show all posts
selayaknya la kena maki enabler peminta sedekah ni..
baik kau pi bayar zakat jah..
dapat jugak reduce tax..
eh.. entah bayar entah tidak tax
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 04:02 PM | Show all posts
Just forget it. tak berbaloi nak bersusah hati dengan perkara kecil spt ini.. pandangan kau lebih bererti dari orang lain, jgn biar ia menganggu prinsip hidup sendiri. .

tp klu rasa nak fair, cuba analisis sendiri... cukup ker aku nak sedekah seringgit? seikhlas mana aku boleh bagi? klu dia tunjuk sikap negatif kerana derma kecil, dpt terimakah?... soalan2 spt ini.. tp akhirnya panduannya ialah nak menderma sepatutnya jiwa kita tak merasa negatif..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb itu org terpelajar senang tertipu kena scam, sedekah patut utamakan family diikuti org terdekat masjid berjihad
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 04:13 PM | Show all posts
apoo nk menangis sbb pengemis ckp kau bodoh kedekut.. kalau aku mmg aku pegi amk duit tu balik..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorg lg kaya dr ko
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 04:55 PM | Show all posts
takyah nak nanges syahdu sangat
mendapatlahhhhh
takdenya nak kasik duit kat memana pemintak sedekah
akak hati hitam ye
baik derma kat surau, masjid atau family lagi afdhal

kenkadang bagi kat buskers atau beli barang org jual. ada juga effort nak cari rezeki
tu lebih baik dari kasi kat peminta sedekah dok sesaja huluq tin kosong
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2025 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Padannn...padannnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 11:23 AM | Show all posts
aku memang tak pernah bagi dah, ko buat la muka kesian macam mana pun

especially kalau dekat KL ni

macam bazar ramadhan taman melawati tu, tiap kali puasa mesti ada sorang ni, macam cerebral palsy, terbaring gitu je tengah-tengah panas

tiap hari pun ada, terbaring tengah-tengah, ko rasa
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 12:54 PM | Show all posts
semoga menjadi asbab utk ko brenti memberi sumbangan kpd pengemis...

mujo rm1, bukan 20sen,

wa pump petrol ada lebih balance 20sen, wa ckp kt bangla tu, keep the change , bangla tu pn tau ckp terima kasih,

jgn kan bangla, melayu, cina india kalo wa tak amik balance 20 sen 50 sen ,kadang2 rm1 pn dioang berterima kasih..

lebih baik bg attendant pump minyak dr bg pengemis cam ni,
bukan apa..nnti makin ramai yg mengemis, seolah2 menyokong tindakan diorang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 7-1-2025 12:20 PM
kau bagi dah kenapa....kebanyakkannya menipu saja...

Kannnn..lepas tu hati tisu ...patutnya gi ambik balik..kata sorry duit  terjatuh je
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2025 09:52 AM | Show all posts
wirazam replied at 8-1-2025 09:55 PM
Kannnn..lepas tu hati tisu ...patutnya gi ambik balik..kata sorry duit  terjatuh je

hahahah..mau pengemis bangun terus belasah...
tapi aku mmg takde nak bagi2 pengemis ni.. keraskan hati..yg jual2 kopok tepi bank tu pun aku tak layan.. laki aku je yg suka layan..muah kesian..yiih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060212 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list