CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8844|Reply: 18

Undang-Undang Anti Sihir @ Jenayah Sihir (Bila akan dilaksanakan)

  [Copy link]
Post time 18-4-2011 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Gubal undang-undang hukum pengamal sihir



Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail
nazuri@bharian.com.my



SHAH ALAM : Penggunaan ilmu hitam, termasuk bagi menundukkan suami atau isteri serta dalam aktiviti jenayah mendapat perhatian pakar agama yang menyarankan supaya undang-undang sihir diwujudkan untuk mencegah amalan itu berleluasa.

Saranan itu dikemukakan pada Muzakarah Pakar: Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis anjuran Jabatan Mufti Selangor di sini, semalam.

Pada sidang media selepas merasmikan muzakarah itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, berkata undang-undang berkenaan boleh dimasukkan dalam Enakmen Jenayah Syariah bagi kesalahan yang dilakukan orang Islam dan bagi bukan Islam pula perlu diwujudkan akta baru.

Beliau berkata, ketika ini pengamal dan pihak yang mengarahkan sihir itu dilakukan terlepas daripada hukuman kerana tiada peruntukan undang-undang berkaitan.

“ Ilmu sihir sukar dibuktikan di mahkamah kerana amalan ini abstrak dan tidak boleh dibuktikan oleh pancaindera. Sehubungan itu, pengamal undang-undang dan pihak berkuasa perlu memikirkan bentuk undang-undang yang sesuai untuk mendakwa pengamal ini di mahkamah, ” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, hasil muzakarah itu akan dibawa ke Jawatankuasa Fatwa negeri untuk dibincang lebih lanjut sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan kerana membabitkan isu nasional.

Ahli panel muzakarah itu, Datuk Dr Haron Din, pula berkata, peruntukan undang-undang bagi membanteras penggunaan sihir, terutama di kalangan orang Islam perlu diberi perhatian kerana wujud keadaan mendesak berdasarkan situasi semasa.

Katanya, ilmu sihir digunakan secara meluas untuk aktiviti jenayah, termasuk pukau, rompak dan samun di beberapa kedai emas seperti dilaporkan sebelum ini.

“ Penjenayah dikatakan hanya menepuk belakang mangsa atau meniup asap rokok ke muka mangsa menyebabkan mangsa tidak sedar atau dipukau sebelum barang mereka dilarikan, ” katanya.

Katanya, walaupun ilmu sihir abstrak, pengamalnya mempunyai bilik khas dan menggunakan peralatan khusus untuk pemujaan seperti tengkorak haiwan dan senjata lama yang boleh dijadikan barang bukti.

Beliau mencadangkan supaya pengamal ilmu hitam itu disabitkan dengan undang-undang Takzir, iaitu bentuk hukuman diserahkan kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman mengikut budi bicara dan jenis kesalahan.

Katanya, sabitan mengikut Takzir memerlukan pembuktian yang lebih mudah dengan bukti secara langsung dan tidak langsung serta bukti sampingan lain, berbanding Hudud yang memerlukan pembuktian tanpa sebarang syubhah.

Antara hukuman yang boleh dikenakan terhadap pesalah termasuk buang daerah, penjara dan sebatan (mengikut hukum syarak), selain diperintah mengikuti kursus pemulihan akidah selepas menjalani hukuman itu.

Terdahulu, dalam kertas kerjanya bertajuk Sihir : Kesannya kepada Akidah dan Bagaimana Mengatasinya, Haron Din berkata, individu yang mengamalkan sihir dianggap murtad kerana amalan itu diharamkan dalam ajaran Islam dan pelakunya boleh dihukum bunuh, seperti diriwayatkan dalam beberapa hadis.

“ Sihir menyebabkan mangsa tiba-tiba jatuh sakit tanpa sebab, bermusuhan, bercerai, gila, runsing yang kronik, malah boleh membawa maut, ” katanya.

Beliau berkata, sihir biasanya diperoleh dengan beberapa cara yang merosakkan akidah orang Islam, antaranya menggunakan al-Quran kecil yang sengaja diletakkan di tumit kasut untuk dipakai selama tujuh hari, menulis ayat tertentu dari al-Quran dengan darah haid bagi dijadikan tangkal azimat, membawa al-Quran dalam tandas dan membacanya ketika membuang air besar atau kecil, berzikir dengan perkataan yang tidak diketahui bahasa dan maknanya.

Katanya, umat Islam memandang ringan dan menganggap menemui ahli sihir sama seperti berjumpa doktor, tabib atau pawang bagi menyembuhkan penyakit sedangkan mereka tidak pasti kaedah yang digunakan ahli sihir berkenaan.

“ Biasanya ahli sihir jarang dikenali sebagai ahli sihir dan tidak mengaku dirinya ahli sihir, sebaliknya mereka hanya dikenali sebagai tukang urut, bomoh, dukun atau pawang, ” katanya.

Haron berkata, umat Islam perlu memastikan doa dan jampi yang digunakan mengikut bacaan atau ruqyah yang memenuhi tiga syarat, iaitu menggunakan ayat al-Quran, hadis, atau doa yang difahami maknanya, berdoa menggunakan bahasa yang difahami dengan jelas tanpa ada unsur syirik, di samping yakin hanya Allah mampu menyembuhkan penyakit.

Pengamal perubatan tradisional dari Ulul Albab Management Services, Hanafi Rahman El Fesfanji, pula berkata isteri yang mahu menundukkan suami biasanya mengamalkan sihir antaranya memberi minum air basuhan kemaluan kepada suami, memberi minum air rendaman seluar, meludah dalam air rebusan yang dicampur dengan bahan sihir seperti kemuncup, semalu dan kuku bangkai merpati.

“ Sihir ini lazim digunakan isteri yang dimadukan dan dengan sihir pengasih ini, si isteri kononnya berniat rumah tangga kembali kukuh dan anak dijaga dengan sempurna, ” katanya dalam kertas kerja bertajuk Bentuk Sihir Pengasih dan Metodologi Diagnosis.



- Berita Harian -




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-4-2011 02:39 PM | Show all posts
Malaysia Disaran Gubal Akta Jenayah Sihir



KUANTAN, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia disaran agar menggubal Akta Jenayah Sihir bagi membanteras kegiatan jenayah menggunakan ilmu hitam melalui mekanisme perundangan.

Pensyarah Undang-Undang Kolej Antarabangsa Ikip Dr Mahyuddin Ismail berkata, penggubalan akta berkenaan memberikan kuasa kepada pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan berhubung jenayah membabitkan sihir.

" Bukan hanya di Malaysia, tetapi negara-negara lain juga mengalami masalah sama (sihir) tetapi tidak ada penyelesaian dari segi undang-undang. Sebenarnya, jenayah sihir ini boleh dibuktikan di mahkamah syariah dan sivil, " katanya ketika membentangkan kertas kerja Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Sihir pada seminar Undang-Undang Jenayah Sihir di sini Isnin.

Seminar itu dirasmikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Rahman Md Yunus.

Dr Mahyuddin berkata akta tersebut juga perlu mengandungi peruntukan bagi penubuhan Jabatan Siasatan Jenayah Sihir di bawah Polis Diraja Malaysia, yang berkuasa menyiasat dan menjalankan segala prosedur berkaitan untuk membanteras kegiatan jenayah membabitkan ilmu sihir.

Beliau juga mencadangkan jabatan itu dibantu lembaga penasihat khas daripada golongan berpengalaman luas dalam bidang berkaitan sihir kerana mereka perlu menyiasat suatu jenayah yang sukar dikesan dengan mata kasar.

Dengan penubuhan jabatan berkenaan, maka proses undang-undang iaitu aduan, siasatan, tangkapan, penggeledahan, pendakwaan dan perbicaraan akan dapat dilaksanakan, katanya.

Pada sidang akhbar selepas itu, Rahman berkata perlaksanaan undang-undang jenayah sihir tidak mustahil untuk direalisasikan, namun memerlukan kajian menyeluruh.

Beliau berkata cabaran utama pelaksanaan akta itu ialah pendakwaan di mahkamah kerana memerlukan bukti zahir dan kukuh.

Justeru, katanya, seminar anjuran bersama Kolej Antarabangsa Ikip dan Yayasan Pahang itu diharap dapat membincangkan isu berkenaan dengan lebih mendalam, selain menjadi perintis kepada pihak lain bagi merealisasikan perlaksanaan undang-undang jenayah sihir.



- Bernama -



Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2011 02:45 PM | Show all posts
Reply 2# HangPC2

thn lepas dah ada poll pasal syor akta jenayah sihir nih...

| AKTA JENAYAH SIHIR... MAMPUKAH IA... |
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2011 12:03 AM | Show all posts
susah nak buktikan...! bnda x nmpk..mana org yg buat kj jhat ni nak ngaku...plk kalu publik figor...lg le hampeh...kes klos...x dok bukti...tak pun, bukti x kukuh/ada keraguan etc...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2011 06:43 PM | Show all posts
ohh dah ada thread lama..... terima kasih halimi......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2011 11:27 AM | Show all posts
Hukum pengamal ilmu hitam



Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my



GOMBAK – Kerajaan disaran menggubal undang-undang khas bagi membolehkan pengamal ilmu hitam yang terbabit atau bersubahat dalam kejadian jenayah didakwa di mahkamah.

Pengarah Sekolah Pengajian Islam, Kolej Antarabangsa InstitutKemajuan Iktisas Pahang (IKIP), Dr. Muhyidin Ismail berkata, peruntukan yang sama juga meliputi kes-kes melibatkan kecederaan dan kematian.

“ Tindakan undang-undang perlu kerana sudah banyak kes syariah atau sivil di negara ini tidak dapat pembelaan sewajarnya gara-gara wujud unsur ilmu hitam atau sihir, ’’ katanya kepada Kosmo ! ketika ditemui pada Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah ke-12 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini semalam.

Seminar itu dirasmikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Md. Yusop Che Teh.

Menurut Muhyiddin, pada masa ini, peruntukan yang longgar di bawah undang-undang syariah atau sivil banyak menjejaskan proses pendakwaan membabitkan pengamal ilmu hitam dan sihir.

“ Dahulu ada kes seseorang pancung kepala orang lain kerana disuruh oleh bomoh bagi mendapatkan nombor ekor, tapi hanya pembunuh itu didakwa tetapi bomoh itu terlepas begitu sahaja, ’’ katanya yang merupakan penulis buku Ahli Sihir ke Tali Gantung.

Beliau menegaskan, disebabkan tiada undang-undang khusus berkenaan sihir, penghakiman di mahkamah akan melihat bukti yang zahir seperti simptom secara fizikal dan mental dan pandangan pakar perubatan bertauliah.



- Kosmo -



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2011 11:33 AM | Show all posts
kalo tak betul cara..silap2 org dlm court sume kene sihir sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 11:52 AM | Show all posts
Hukum ni elok untuk orang yang menggunakan sihir untuk sesuatu yang negatif, macam bunuh, menyeksa ataupun ilmu kotor seperti mengambil minyak mayat ETC.
Anti ilmu hitam je ye jangan anti ilmu putih dah la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2011 12:57 PM | Show all posts
Ada jugak ter baca pasal nie hukuman untuk ahli sihir nie di CI....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 01:36 PM | Show all posts
terbaca kat CI jugak tadi..
pelaksanaan nye mmg payah lah.. tapi good effort....
kalau nak bicara kan kena la ada yg terer tawarkan ilmu hitam tu dulu
kang tak pasal2 macam yg di cakap tadi.. satu court kena sihir..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 03:52 PM | Show all posts
mungkin tak akan wujud kott... yang nak jadi peguam bela sape bagi tertuduh??? nanti lagi ramai laa peguam-peguam islam yang bersyubahat... kan firma guaman susah cari makan skang nihh.... yang jadi pendakwa raya pulak sape??? semua nya perlu bukti zaman sekarang... mana pendakwa raya nak dapatkan bukti??? lagi bertambah-tambah dosa bagi kedua-dua pihak.... susah mcm gitu... tak tau lahh bila dah laksana nanti... mungkin ada idea yang lebih baik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 05:43 PM | Show all posts
terbaca kat CI jugak tadi..
pelaksanaan nye mmg payah lah.. tapi good effort....
kalau nak bicara  ...
bellovita Post at 4-11-2011 13:36



    Yer tak yer jugak.....sbb ke TERERan dier.....dok baca2 n sembur 1 court lak kena sihir....macamtu Peguam,Hakim kena Kebal laa....adooi mcm2 mcm
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 10:41 AM | Show all posts
huh~ kan baik kalu boleh tagkap org mc nie
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 12:16 PM | Show all posts
err...mmg sush kot, tak dapat bayang suasane mase pembicaraan..dh boleh bawak alat ghost detector da..mne tau ahli sihir ni bwk antu2 die dtg court
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 03:29 PM | Show all posts
entah2 hakim pun disihirkan,huhuu kasik menang
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 05:01 PM | Show all posts
witch hunt....
satu contoh kes
seorang manusia tiba tiba menghidapi penyakit kronik misteri...
persoalan pertama confirm ke sihir?
persoalan kedua siapa yang sihirkan?
persoalan ke 3 macam mana nak buktikan sihir itu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2020 04:45 PM | Show all posts
harap dilaksanakan pada masa akan datang
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2020 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Unsur - unsur sihir yang digantikan dengan suatu percaturan bagi fenomena Yang berlaku zaman ini ,Nama bagi sihir Yang diamalkan "Cara" ,pengorbanan bagi konsep ritual sihir untuk mendapatkan sesuatu, memanipulasi, menghipnosis,"confusion" ,manipulasi agama,saintifik,fizik,mistik,ghaib,percaturan  terang terangan bagi penjajahn fikiran bagi memanipulasi keadaan Dan pengaruh,manipulasi rakyat ,raja,Dan semua untuk kepentingan mereka,walaupun Ada alasan untuk kebaikan ,sehingga mengorbankan nyawa Yang tak berdosa hanya untuk membuktikan sesuatu kebaikan atau kepentingan,sebagai senjata untuk  kepentingan mereka Dan semua Yang dihipnosis bagi sudut Yang membela Cara mereka,Dan mengorban kan mangsa atau sesiapa Yang membela keadaan atau mangsa,taktik membuat keadaan mangsa bersalah until drama "berubah"mereka Dari segi akhlak,rokok,dadah,until mengaburi unsur sihir Yang dipercaturkan...penganiayan ,pencabulan hak asasi manusia tidak Kira usia,pecah belah antara kaum,agama,bangsa,negara,Jenayah perang Dan punca, alasan disetiap kebaikan umpama mencipta virus atau penyaki kemudian menawarkan ubat bagi mengaut keuntungan until kepentingan..disebalik tradisi hakikat keadaan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2020 05:13 AM From the mobile phone | Show all posts
OT .TT bukan mod ke ? Sorry Tanya .Ramai juga mod dah berhenti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.220099 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list