CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 30456|Reply: 22

[Tempatan] Bakal pengantin, tunang antara didakwa cabul remaja bergilir-gilir

[Copy link]
Post time 23-12-2024 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Bakal pengantin, tunang antara didakwa cabul remaja bergilir-gilir

https://www.bharian.com.my/berit ... maja-bergilir-gilir

Oleh Alias Abd Rani - Disember 23, 2024 @ 2:10pm
[email protected]


MUAR: Dua lelaki masing-masing yang bakal melangsungkan pertunangan Sabtu ini dan berkahwin Mei depan, antara enam individu dihadapkan ke Mahkamah Seksyen, di sini, hari ini atas tuduhan amang seksual secara bergilir-gilir terhadap remaja perempuan, di Tangkak, lima tahun lalu.

Mereka ialah Muhammad Amirul Aiman Sahrrol, 20; Muhammad Azizi Shamsor Kamar, 23, dan kembarnya, Muhammad Azizan, 23; Muhammad Asraf Rosli, 23; Hafsyal Sufian Kamaluddin, 23, dan Muhammad Hafize Abd Rahim.

Namun, semua tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika kejadian, di sebuah rumah Tangkak, antara jam 1.30 hingga 2 pagi, 20 Januari 2019.

Justeru, semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama, penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Berdasarkan laporan dibuat, mangsa ketika itu bertandang ke rumah seorang daripada kenalan lelaki itu sebelum berehat dalam bilik tingkat atas rumah.

Ketika itu, terdapat sembilan lelaki di rumah terbabit dan mereka secara berdua-dua naik ke tingkat atas sebelum melakukan perkara itu.

Bagaimanapun, mangsa tidak tahan dengan perbuatan mereka bertindak menangis dan menjerit hingga didengari jirannya.

Jiran kemudian keluar rumah sebelum dimaklumkan mangsa dia dicabul tertuduh. Susulan itu, jiran menghubungi polis sebelum kesemua tertuduh ditahan bagi membantu siasatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaan Raya, Danial Munir dan Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM20,000 terhadap setiap tertuduh serta memohon mahkamah menetapkan dua syarat tambahan.

Selepas mendengar rayuan dan hujahan, mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak boleh mengganggu mangsa ataupun saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Kes disebut semula 27 Januari ini untuk serahan dokumen serta lantikan peguam semua tertuduh.


Enam lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas pertuduhan amang seksual remaja lima tahun lalu. - Foto Alias Abd Rani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2024 04:32 PM | Show all posts
Kejadian berlaku 5 tahun lalu.  Yg mangsa pun umur baru 16 tahun time kejadian.  Awat gi rumah penuh jantan kul satu dua pagi?  Akum tam pamham.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 23-12-2024 04:32 PM
Kejadian berlaku 5 tahun lalu.  Yg mangsa pun umur baru 16 tahun time kejadian.  Awat gi rumah penuh ...

Gatal bijik kelentit.. ini kalo opah aku hidup lg.. mesti dia ckp..

Mai.. aku tonyoh bijik tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng Muhammad2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur jiran peka. Tak sempat nak rogol.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 23-12-2024 04:38 PM
Gatal bijik kelentit.. ini kalo opah aku hidup lg.. mesti dia ckp..

Mai.. aku tonyoh bijik tuu..  ...

Kang kata sendiri cari nahas nanti adalak geng2 woke beking.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan Melayu ni jarang la nak selamatkan pompuan yang dia deemed 'rosak'.

Kalau dia tau pompuan tu dah 'rosak', ah, sana la dia tambah nak rosakkan, nak tumpang pakai. Bukan reti nak protect.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 04:51 PM | Show all posts
Samerosie replied at 23-12-2024 08:32 AM
Kejadian berlaku 5 tahun lalu.  Yg mangsa pun umur baru 16 tahun time kejadian.  Awat gi rumah penuh ...

Dia mula-mula syok pastu dah ramai sangat, dia tak tahan pastu menjerit sampai jiran dengar.. Jiran report polis

Dalam rumah tu ada 9 orang, eeeee So sekarang mangsa tu dah 21 tahun lah kan, dah kawin ke apa ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang tempatan suka kerja dalam aircond...bila sejuk nak ngeseks je la.

Ni meols punya hipotesis
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 05:00 PM | Show all posts
Yg pempuan pon umur 16 tahun pukul 1 pagi pegi umah penuh 9 orang jantan dah kenapa? Dari segi undang2, ye salah sbb pempuan tu minor. Tapi boleh tak lempang pempuan tu sedas.Yg jantan tu salah tetap salah, cuma tak paham yg pempuan ni akal dia kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 05:21 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 23-12-2024 04:51 PM
Dia mula-mula syok pastu dah ramai sangat, dia tak tahan pastu menjerit sampai jiran dengar.. Jira ...

Kan, mesti rumah bf dia.  alahai semua bawah umur duduk rumah tu ke buat apa jer derang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 06:01 PM | Show all posts
malam yang jahanam

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-12-2024 04:47 PM
Geng Muhammad2.

....nama....kemain
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 09:09 AM | Show all posts
Samerosie replied at 23-12-2024 09:21 AM
Kan, mesti rumah bf dia.  alahai semua bawah umur duduk rumah tu ke buat apa jer derang tu.

Seram membayangkan

Jiran dengar pun trauma agaknya jerit takut ke jerit seronok taktau eee
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 09:27 AM | Show all posts
jappppppp...

yang status bertunang/ bakal bertunang tu terkini atau 5 tahun lepas????
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
cancel x majelis tu nanti?
kalau proceed jgk xtau la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2024 10:03 AM | Show all posts
soalan aku sama dgn poremer lain, apa la budak pompuan ni fikir p melepak2 kt rmh jantan memlm buta mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jiran tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 01:35 PM | Show all posts
Kenapa kena pakai jurubahasa? Konoha ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
aTiKah_aYuNi replied at 24-12-2024 09:27 AM
jappppppp...

yang status bertunang/ bakal bertunang tu terkini atau 5 tahun lepas????

Baca kt 1st paragraph je ada jawapan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.210751 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list