View: 20427|Reply: 132
|
Siti Nurhaliza Rancang Buat Konsert Tradisional Terbesar Sempena 30 Tahun Penglibatan Dalam Dunia Seni Pada April 2025
[Copy link]
|
|
Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan dia ada mempunyai perancangan untuk mengadakan konsert tradisional terbesar sempena penglibatannya selama 30 tahun dalam dunia seni.
Meskipun pernah tampil dalam konsert tradisional di Istana Budaya selama tiga hari, namun bagi Siti, mengumpulkan 5,000 penonton pada satu-satu malam belum lagi dicapai sepanjang bergelar penghibur.
Malah, Siti turut merancang mengadakan konsert skala besar itu pada April 2025 sempena ulang tahun ke-30 dia bergelar penyanyi.
"Tahun depan 1 April, genap 30 tahun dalam industri. Bermula tarikh itu adalah masa yang sangat baik untuk meraikan 30 tahun dalam industri dengan konsert besar."
"Saya tak boleh bagi tahu bila perancangan saya untuk adakan konsert tradisional itu sebab segalanya masih dalam perancang, masih berjalan kita punya perjumpaan dan sebagainya.
"Bila dah confirm tarikh dan lokasi barulah saya boleh kongsikan bersama rakan-rakan media, perancangan menjadikannya itu ada."
Malah, ujar Siti lagi, dia berhajat untuk kembali ke Royal Albert Hall, London buat kali kedua dan turut dalam perancangan kini.
Sekadar info, Siti Nurhaliza pernah mengadakan konsert di lokasi berprestij itu pada 1 April 2005.
Sumber – Beautifulnara
|
|
|
|
|
|
|
|
Konsert non stop pastu banjir kilat sana sini..kan bagus buat majlis kesyukuran je utk para peminat..hmm |
|
|
|
|
|
|
|
bulan raya ke tu..nak makan bnyk tokti.....kang naik berat tak leh menari |
|
|
|
|
|
|
|
tak habis2 konsert
konsert pulak camtu je... semua benda dah buat kan.. katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
badai replied at 6-12-2024 09:43 AM
tak habis2 konsert
konsert pulak camtu je... semua benda dah buat kan.. katanya.
Oklah tu..slalu konsert pop. Ni kali kan konsert tradisional. Selagi ada permintaan, peminat dia nak beli teket, buat je lah. Bukan letak pisau kat leher chuols suruh beli pon.
Lagipon, siapa je yg bole buat konsert tradisional mega kalau bukan tok ti? X kan aina abdul yg lagu tradisional pon x dak. X kan nek jena yg nyanyi keras kejung? Nek ani pon takat buat persembahan miming je aritu. Dah x de sape nak naikkan kembali irama tradisional kecuali tok ti.
Kalau tok ti buat kat axiata kompem la sold out. |
|
|
|
|
|
|
|
istana budaya dah boleh guna ekk tahun depan? |
|
|
|
|
|
|
|
L.U.S.M replied at 6-12-2024 09:21 AM
Konsert non stop pastu banjir kilat sana sini..kan bagus buat majlis kesyukuran je utk para peminat. ...
Chuols pon dah jd geng lobai ke...banjir ke ulu, palestin ke hilir. Ayat² acik fb - depa kat palestin tgh berduka berperang, kita kat sini bole gelak ketawa dgn rncgn komedi dan nyanyian. Cakap je berdegar, dia pon keje scrol fb je 24 jam.
Dah bila kat sana musibah, org lain kena hentikan aktibiti juga ke? Nangis nangis sama ke kat sini. Lgpon konsert tu bukan masa tgh tgh banjir ni. Nanti bulan 4. lama lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 6-12-2024 10:09 AM
istana budaya dah boleh guna ekk tahun depan?
Istana budaya kecik sangat chuols..better axiata |
|
|
|
|
|
|
|
danieladam replied at 6-12-2024 10:10 AM
Chuols pon dah jd geng lobai ke...banjir ke ulu, palestin ke hilir. Ayat² acik fb - depa kat pale ...
Asal xsependapat terus kena chop lobai dan sewaktu dgnnya ke
Aku ckp ni sbb awal tahun ritu kan dia dh buat concert..pastu ni xlama lagi ada lagi..so kasi balance la buat kenduri kesyukuran plak..nama pun dh hajah.apa salah komen aku bg cadangan cmtu? |
|
|
|
|
|
|
|
pasti laku kah irama tradisional?
ratu irama tradisional punya konsert pun tak laku. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow tak sabar dan teruja nak pergi
Lagi best klu boleh duet dgn Kak Ani lagu2 dari album Seri Balas terutama sekali Hati Kama |
|
|
|
|
|
|
|
Biduanita negara .. takde tandingan lg bg siti |
|
|
|
|
|
|
|
Ni konsert terakhir before bersara ke ?
Klu gomen ni 30 thn berkhidmat makan duit pencen kang xlari rm5k/monthly (tgk gred jgk) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alesandra at 6-12-2024 11:02 AM
meriak je kejenyer.konsert stadium merdeka dah sold out ke belum |
|
|
|
|
|
|
|
buatla sementara suara sedap lagi |
|
|
|
|
|
|
|
suara tokti xberapa sedap dah sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
badai replied at 6-12-2024 10:25 AM
pasti laku kah irama tradisional?
ratu irama tradisional punya konsert pun tak laku.
Siapa ratu irama tradisional sebenarnya? Yg dikatakan ratu tu setakat miming pon payah jual.
Ini sebenarnya ratu segala ratu.
Nah ni fakta :
Konsert Siti Nurhaliza Catat Sejarah Paling Berjaya Di Istana Budaya - Hiburan | mStar
PETALING JAYA: Konsert solo tradisional pertama nyanyian, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Lantera Timur mencatat sejarah sejak penubuhan Istana Budaya apabila ia mampu mengutip jualan tiket RM1 juta.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, ia merupakan persembahan solo paling berjaya berbanding acara-acara lain yang diadakan di pusat kebudayaan itu dengan penjualan tiket tertinggi.
"Sebelum ini belum ada lagi persembahan solo daripada mana-mana artis yang mampu mencatatkan penjualan tiket mencecah RM1 juta dan Siti telah memecahkan rekod tersebut.
"Angka itu mampu meningkat lebih lagi namun persembahan pada malam terakhir pada 24 September lalu bagaimanapun sebahagiannya dibuka kepada tetamu khas," katanya kepada mStar Online.
Konsert tradisional Siti Nurhaliza itu diadakan pada 20 hingga 22 September dan 24 September 2013.
Dalam pada itu menurut Mohamed Juhari, Konsert Wings Opera Hidup yang diadakan pada tahun 2011 pula mengungguli persembahan artis berkumpulan dengan jumlah sama.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Juhari berkata, teater Maduku Kalut yang dipentaskan pada 27 September hingga 1 Oktober lalu turut membuat kejutan apabila pementasan itu berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM90,000 walaupun ia hanya diadakan di Lambang Sari.
Katanya, tiket sepanjang lima hari persembahan itu habis dijual dan pertama kali dalam sejarah Istana Budaya sebuah teater indie mendapat sambutan hangat daripada penonton.
"Ini menunjukkan perkembangan positif apabila penonton mula berminat untuk menonton teater di Istana Budaya dan penerimaan baik terhadap Maduku Kalut adalah bukti yang cukup baik.
"Pihak Istana budaya juga menyasarkan akan memperbanyakkan lagi teater indie dalam kalendar persembahan Istana Budaya pada masa hadapan," katanya.
Sementara itu, Mohamed Juhari berkata, sehingga Oktober 2013, pihak Istana Budaya telah berjaya mengutip RM6 juta dan menjangkakan angka itu akan meningkat kepada RM10 juta menjelang akhir tahun ini.
Jelas Mohamed Juhari, kutipan itu cukup memberangsangkan memandangkan tahun ini Istana Budaya tidak mementaskan sebarang persembahan daripada produksi luar negara.
"Jumlah itu banyak kerana ia bergantung kepada persembahan tempatan sahaja tetapi pihak kami harap dengan berbaki tiga bulan lagi ia akan mencecah RM10 juta," jelasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
K Tok Ti. Aku sapot dari belakang je la. Tak penah seumur idup haku peti tengok konsert. Kg.com betul aku kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik tokti dh kurus
Nmpk muda |
|
|
|
|
|
|
|
L.U.S.M replied at 6-12-2024 10:22 AM
Asal xsependapat terus kena chop lobai dan sewaktu dgnnya ke
Aku ckp ni sbb awal tahun ritu kan d ...
Kau diam2 jer tk mampu nk pergi konsert better jd hater kat sini jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|