CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 77259|Reply: 24

[Tempatan] KL juara kondo, kediaman strata tak laku

[Copy link]
Post time 16-11-2024 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 18-11-2024 04:17 AM



Mengikut negeri pula, Kuala Lumpur mencatatkan kediaman paling banyak tidak terjual sebanyak 3,273 unit, diikuti Perak (3,039 unit) dan Johor (3,030).


KUALA LUMPUR: Kediaman berharga RM300,000 hingga RM500,000 menjadi komponen hartanah paling banyak tidak terjual, mewakili 31.9 peratus atau 7,003 unit bernilai RM2.78 bilion sepanjang suku ketiga 2024, demikian menurut laporan terkini Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).

Menurut agensi di bawah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) itu, daripada jumlah keseluruhan kediaman tidak terjual 21,968 unit bernilai RM13.85 bilion yang dicatatkan pada suku dikaji, kediaman berharga RM500,000 hingga RM1 juta (29.4 peratus) mencatatkan 6,462 unit tidak terjual bernilai RM4.3 bilion.

Sementara itu, hartanah di bawah RM300,000 (27.3 peratus) dengan 5,999 unit atau RM1.32 bilion dan hartanah melebihi RM1 juta (11.4 peratus) sebanyak 2,504 unit atau RM5.45 bilion.

Dalam laporan sama, kediaman jenis bertingkat menjadi komponen paling banyak tidak terjual membabitkan 13,455 unit, lebih separuh atau 61.2 peratus, diikuti hartanah jenis teres sebanyak 5,187 unit atau 23.6 peratus dan lain-lain (3,326 unit) atau 15.1 peratus.

Menurut laporan itu, kediaman berusia lima hingga 10 tahun menjadi hartanah tidak terjual paling banyak dengan 10,774 unit; diikuti kediaman di bawah tiga tahun dengan 5,498 unit; kediaman berusia tiga hingga lima tahun (4,726 unit); dan kediaman melebihi 10 tahun (970 unit).

Bagi hartanah sedang dibangunkan tidak terjual pula, kediaman berharga di bawah RM300,000 paling banyak tidak terjual iaitu masing-masing 11,562 unit dan 10,864 unit untuk jenis teres dan bertingkat.

Manakala, bagi kediaman belum dimajukan, unit berharga di bawah RM300,000 juga kekal menjadi komponen paling banyak tidak terjual dengan 2,181 unit (teres) dan 1,704 unit (bertingkat).

Secara keseluruhan, NAPIC mendedahkan kediaman siap dibina tidak terjual mencatat penurunan kepada 21,968 unit bernilai RM13.85 bilion pada suku ketiga 2024, berbanding 22,642 unit bernilai RM14.24 bilion yang dicatatkan pada suku sebelumnya.

Momentum sama turut diperlihatkan menerusi komponen subsektor apartmen servis apabila sebanyak 20,158 unit bernilai RM16.53 bilion dengan lebih 50 peratus unit berharga RM500,000 hingga RM1 juta mendominasi keseluruhan kediaman tidak terjual.

Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Abdul Razak Yusak, berkata secara keseluruhannya prestasi pasaran harta tanah suku ketiga 2024 terus mengukuh.

Beliau berkata, pada suku dikaji, bilangan dan nilai transaksi masing-masing berkembang 3.1 peratus dan 0.3 peratus, menokok kepada 112,305 transaksi bernilai RM57.31 bilion, berbanding 108,933 transaksi bernilai RM57.14 bilion pada suku ketiga 2023.

Katanya, prestasi pasaran hartanah yang kukuh pada suku ketiga 2024 ini didorong oleh pertumbuhan positif bilangan transaksi hartanah di semua subsektor dan prestasi memberangsangkan status pasaran harta tanah.

"Sokongan berterusan kerajaan dan pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia menyumbang impak yang signifikan prestasi aktiviti pasaran hartanah suku ketiga 2024.


BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2024 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat rumah mahal2 tp saiz hazab... Sayu hati.
Bila tak laku nak meroyan le tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka geng kapitalis bangsat
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh kenapa pulak yg 11k kena beli rumah 800k..sukati la kalau nk beli rumah lg murah asalkan jgn kacau rumah2 pprt bersubsidi bagai udah la. Ni yg gaji rendah2 pun ada yg jenis beli kete melebihi kemampuan pastu bila x mampu beli rumah walaupun yg paling murah..mula la bitter
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak dictate org beli rumah mahai2 ikut pendapatan??

Sukati kami lah ye.. takkan nak berhutang sepanjang hidup
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman aku gaji 11k dulu back in 2010, beli rumah 480k, buat loan pun dah rasa sangkak... aku takleh imagine gaji setakat 11k je, KENA beli rumah 800k.. like half of your income duk bayar HUTANG je... ko nak makan apa??

Masak hari2?

Bawak bekal gi opis hari2?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2024 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 17-11-2024 08:21 AM
Zaman aku gaji 11k dulu back in 2010, beli rumah 480k, buat loan pun dah rasa sangkak... aku takleh  ...

Karut, ko yg theyols ckp pakai beg LV pelesu tu kan? Sembang laki ada ladang sawit bagai dulu kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 08:49 AM | Show all posts
kalau opr naik lepas ni, lagilah ramai rakyat yg tak mampu beli rumah. gaji murah tapi barang lain semua mahal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2024 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli rumah mahal2 sampai kena kikis bulu kaki..

Pehtu hari2 merintih kena BAWAK BEKAL gi ofis demi advocate hidup berjimat cermat

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
X terkejut. Ko beli sebab harga pasaran tanah je. Value… hauk!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2024 12:21 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:27 AM | Show all posts
jalan penyelesaian dia, diaorang jual ke warga asing lepas tu, nanti rakyat bising, PBT mintak pemaju buat rumah, pemaju buat rumah mahal, rakyat tak mampu beli....rumah banyak, jalan penyelesaian dia, jual kepada warga asing pusing2 macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong buat rumah berdasarkan standard gaji pekerja marhaen Msia. Ni buat rumah mcm nk let go kt foreigner je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:46 AM | Show all posts
rumah kecik....rega tahap teres 2 tingkat
bln2 kena bayo maintenance..rega bill ayo tak sama dgn kat luar...
baik duduk kat area2 rawang...dapat rumah 2 tingkat....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 18-11-2024 08:46 AM
rumah kecik....rega tahap teres 2 tingkat
bln2 kena bayo maintenance..rega bill ayo tak sama dgn kat ...


Sepp sikit

Bior dok pinggir² nk sipi ulu banat (aku lar) . Living cost makin naik bukan makin turun.
Nk kuor bjalan pn bkira² jauh dr bandar xlalu hadap jem.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 09:09 AM | Show all posts
carik tanah kat pinggir bandar jer suku ekar pun cukup ... ada jer tanah yang masih mampu milik tapi kena pandai carik. buat tiny house cukuplah. kat pilah, rembau banyak lagi tanah. Berdesup jer naik highway gi keje KL nun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2024 09:13 AM | Show all posts
Jual rumah 250K ke bawah utk condo baru lah akan ada tarikan pd pembeli.
Simple je benda ni ..
Tiada value besar utk condo melainkan ada security guard dan kolam renang juga parking
Beza antara kondo cuma keluasan kaki persegi je dan mostly bhg dapur size mereka lebih kurang je antara satu dgn yg lain. Dapur semua type kondo memang kecil gila walau rumah itu keluasan lebih dari 1,000 kaki persegi. Beza maybe kualiti buatan dan lokasi dia didirikan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 09:15 AM | Show all posts
mmg la org kata dok pinggir2 mcm kat rawang tu bagai
tp opisnya kat tgh kl...tak sanggup aku kena keluar rumah sblm subuh, sampai umah lps isyak. Anto anak kat rumah pengasuh tgh tido...ambik dia dh tido.
Kira kos tol lagi, minyak lagi, maintenance kete..masa lagi

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 09:19 AM | Show all posts
rumah flat sampai harga 500k mmg la x laku hahahahha,
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 09:29 AM | Show all posts
sambaldurian replied at 18-11-2024 08:40 AM
Tolong buat rumah berdasarkan standard gaji pekerja marhaen Msia. Ni buat rumah mcm nk let go kt for ...

Mmg gitu niat dorang..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.061710 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list