CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12570|Reply: 22

Pengawal pengiring VIP mengaku bersalah didenda RM1,000 tumbuk pemandu e-hailing OKU

[Copy link]
Post time 4-11-2024 02:58 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Seorang pengawal pengiring kenamaan didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menumbuk seorang pemandu e-hailing yang juga orang kelainan upaya (OKU) di perkarangan sebuah hotel di sini, Mei lalu


Tertuduh, Muhammad Taufik Ismail, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya.


"Saya mengaku," kata tertuduh.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Ong Ing Keong, 47, di hadapan lobi sebuah hotel di Brickfields di sini pada 11.40 pagi, 28 Mei lalu.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Berikutan itu, Majistret Farah Nabihah menjatuhkan hukuman denda RM1,000, dan sekiranya gagal membayar denda, tertuduh dikenakan hukuman penjara 20 hari.


Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, pengadu yang juga pemandu e-hailing memandu keretanya ke hadapan lobi sebuah hotel untuk mengambil penumpang dan menunggu penumpang terbabit lebih kurang lima minit.


Ketika penumpang terbabit masuk ke dalam kenderaan, pengadu melihat ada beberapa orang termasuk tertuduh yang bertindak seperti pengawal peribadi orang kenamaan berada di situ dan menunjukkan isyarat tangan kepadanya untuk beredar, namun pengadu tidak faham kerana dia merupakan OKU pekak dan bisu.


Pengadu kemudian membuka cermin kenderaannya dan mengangkat tangan kepada tertuduh untuk bertanya berkenaan apa yang terjadi dalam bahasa isyarat sebelum tertuduh menumbuk pengadu di bahagian mukanya dan menyebabkan pengadu berasa sakit di bahagian pipi sebelah kanan.


Pengadu kemudian meninggalkan lokasi kejadian dan menghantar penumpangnya ke Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia di Segambut di sini, serta membuat laporan polis.


Siasatan lanjut mendapati tertuduh berada di tempat kejadian kerana bertugas sebagai pengawal pengiring kepada orang kenamaan dan laporan perubatan mengesahkan bahawa terdapat bengkak di bahagian muka sebelah kanan pengadu.


Siasatan lanjut mendapati tertuduh berada di tempat kejadian kerana bertugas sebagai pengawal pengiring kepada orang kenamaan dan laporan perubatan mengesahkan bahawa terdapat bengkak di bahagian muka sebelah kanan pengadu.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Datuk Razali Che Ani memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam kerana kes ini tular di media sosial dan mendapat liputan meluas oleh pihak media.


Katanya, kes ini juga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai yang mana ia membabitkan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"ihak pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya masyarakat tidak mengulangi kesalahan sama.


"engadu dalam kes ini merupakan OKU, sepatutnya tertuduh perlu membantu mangsa dan bukannya mendatangkan kecederaan kepada mangsa," katanya.


Razali mengendalikan kes itu bersama TPR Mohd Safarizal Zakaria.


Bagaimanapun, peguam A Ashok yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya bertugas anggota polis berpangkat Lans Koperal dan sudah berkhidmat selama sembilan tahun dalam PDRM dengan rekod bersih.


Katanya, tertuduh yang juga anak sulung kini menanggung dan menjaga bapanya yang sakit akibat strok dan tidak boleh berjalan manakala ibunya juga mengalami masalah kesihatan darah tinggi.


"Dalam kes ini, mangsa tidak mengalami kecederaan parah selain tiada motif dan elemen jenayah serius atau unsur keganasan yang melampau serta tiada peralatan atau senjata dalam mendatangkan kecederaan kepada mangsa.


"Anak guam saya ketika itu sedang menjalankan tugas keselamatan semasa mengiringi dan dia mempunyai rekod bersih sepanjang perkhidmatannya.


"Dia memohon maaf kepada mangsa dan keluarga mangsa selain menyesal dengan kesalahan yang dilakukannya itu," katanya.


Dalam pada itu, prosiding hari ini turut dihadiri peguam pemerhati daripada pihak pengadu, Zaid Malek.


Zaid ketika ditemui di luar bilik mahkamah, memaklumkan pihaknya berpuas hati kerana kes itu akhirnya dibawa ke muka pengadilan dan tertuduh dijatuhkan hukuman yang sewajarnya.


Pada Mei lalu, PDRM membuka kertas siasatan terhadap seorang pegawai pengiring kepada VVIP, kerana disyaki memukul seorang lelaki OKU bisu dan pekak di sebuah hotel dekat KL Sentral.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dipetik berkata mangsa berusia 46 tahun yang juga pemandu Grab itu mendakwa dipukul ketika berada di lobi hotel berkenaan.


Pada Jun lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata 12 individu dipanggil memberi keterangan berkait siasatan kes itu.


SUMBER: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mehmet at 4-11-2024 06:00 PM

Ibu ayah sakit pula.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman mencabar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 06:04 PM | Show all posts
seribu jah denda..
tarik keluar celah burit jah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 4-11-2024 06:04 PM
seribu jah denda..
tarik keluar celah burit jah..

Ok la tu, kot dia cuma mintak mahap je......ada 1 lg kes acik yg lempang pacit sampai mati pun cuma 2.5k jerrr
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 06:34 PM | Show all posts
Jenis baran ni. Kaki tangan lagi laju daripada guna otak untuk berfikir.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2024 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
yg kne tampar = oku.
yg dapat 1000 = kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 07:07 PM | Show all posts
Edited by nolya at 4-11-2024 07:09 PM

Saya ikut rasa kecewa dn geram dg keputusan yg tidak memberi keadilan kpd OKU En. Ong.  Polis yg menzalimi dia hanya didenda K1 sahaja, mengaku pun hanya setelah didesak, setelah  kesnya didiamkan selama beberapa bulan. Di manalah hati  nurani  mereka yg bijak pandai yg kononnya berteraskan hukum dn keadilan menangani kes ini. Adakah polis pengiring itu rasa bahawa dia boleh bersikap garang dn tunjuk samseng   kpd rakyat marhaen.

To Mr. Ong,  pse do ur pray according to ur belief, seek God's help to give justice to this bad person. Lets God pay his sin accordingly n with stern punishment.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2024 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibu jurrrr..?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangan tu..biasherr die tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
seribu je????
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena penjara berbaloi sikit. RM1000 tu celah gigi je. Kesian uncle yg kena pukul tu. Ni pon nasib baik la ada pihak2 yg viralkan kes ni, kalau x memang kena sapu bawah karpet sampai kiamat
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 09:39 PM | Show all posts
Sombong nau..kerja bodyguard je pun tp sbb boss vvip rasa besar berkuasa la kan

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Mr Ong tu. Aku lagi rasa meluat tgk kuli2 ni menggelupur nak *kiss peach* Rumah kuning, sampai nyawa org awam di humban dlm jamban.
Ketepi, Ketepi, Ketepi kat jalan raya, kdg aku dah Ketepi sampai nak masuk lubang kubur, nak suruh Ketepi lagi kemana pun aku xtau lah. Semata dia nak avoid jam.
Tak pelah Mr Ong. Sabar ajelah. Nnti adalah pembalasan tu. Kurma is real. Nnti dia kena lah pembalasan yg pedih. Tak kena kat dia, kena kat mak bapak dia, which is sad, tapi what to do. Oleh kerana perilaku dia, orgtua dia kena, hence, dia akan ras kesedihan yg amat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 12:29 AM | Show all posts
meols lebih suka kalau kes ni diakhiri dengan sesi meminta maaf secara live. Sebab denda tu macam tak setimpal gitu dengan perbuatan dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2024 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kepada cina oku tu..kau santau je org mcm ni..cina ada santau tak??
Santau busung katak ke biar padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde la lepas mcm tu je kan, at least ada hukuman wp x setimpal dgn ape yg dibuat
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 4-11-2024 08:40 PM
Kena penjara berbaloi sikit. RM1000 tu celah gigi je. Kesian uncle yg kena pukul tu. Ni pon nasib ba ...

Alasan dihukum sbb jga kepentingan awam pasal kes dah viral. Menyebabkan kebimbangan masyarakat. Kalau tak viral?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
anggeriklatifah replied at 5-11-2024 12:45 AM
Kepada cina oku tu..kau santau je org mcm ni..cina ada santau tak??
Santau busung katak ke biar pada ...

Kalau ikut member cina aku dorang kata geng2 dorang main bomoh siam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.165059 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list