CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16724|Reply: 25

[Dunia] Raja Sepanyol dibaling lumpur, telur

[Copy link]
Post time 4-11-2024 12:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 5-11-2024 02:03 AM

PAIPORTA, VALENCIA: Ratusan penduduk di sini, bertindak mencemuh dan melemparkan lumpur dan telur ke arah Raja Sepanyol, Raja Felipe VI ketika baginda turun padang meninjau keadaan mangsa banjir.

Kemarahan yang tidak dapat dibendung kerana bantuan lewat diterima sehingga meragut lebih 200 nyawa menyebabkan penduduk melemparkan lumpur dan telur ke arah Raja Felipe dan Ratu Letizia.

Tidak cukup itu, Raja Felipe juga berhadapan dengan laungan “pembunuh” ketika melawat Paiporta yang dilanda teruk, bersama Perdana Menteri, Pedro Sanchez dan Gabenor wilayah Carlos Mazon apabila penduduk tempatan menuduh pihak berkuasa gagal menguruskan bencana alam yang paling teruk pernah berlaku itu.

Selepas mereka bergambar, orang ramai mula melemparkan penghinaan kepada Raja Felipe, Mazon dan Sanchez.

Baginda juga berhadapan dengan kemarahan kerana didakwa “lewat turun padang” selepas empat hari bencana melanda.


Orang ramai turut bersesak mendekati raja apabila anggota pasukan keselamatan membuka payung untuk mencuba dan melindungi baginda daripada diserbu.


Ketika berhadapan dengan seorang penduduk, Raja Felipe tetap tenang dan menurunkan payungnya untuk mendengarnya ketika polis bergelut untuk mengawal mereka yang berkumpul
.


Permaisuri Letizia juga bercakap dengan penduduk yang sukar mengawal kemarahan.


Pasukan media sosial pejabat diraja berkongsi hantaran video yang merakamkan akis raja dan permaisuri memeluk penduduk yang kecewa dan menenangkan mereka.


Seorang lelaki jatuh menangis ke dalam pelukan raja dan dalam rakaman lain, Raja Felipe dilihat memeluk dua wanita yang sedang menangis.


Berhadapan cemuhan dan kemarahan rakyat dari dekat merupakan perkara luar biasa bagi seorang Raja Sepanyol untuk menghadapi kemarahan yang begitu hebat dari dekat.


Raja Felipe merupakan tokoh yang popular dan menaiki takhta selepas ayahandanya berundur.


Kemarahan penduduk itu sebetulnya ditujukan kepada Mazon dan Sanchez, yang lebih awal meninggalkan lokasi walaupun Raja Felipe berkeras untuk terus berada di kawan bencana sekalipun berlaku huru-hara.


Astro Awani








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2024 01:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Skurang2nya hantar lah bantuan penyelamat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 01:37 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 4-11-2024 01:39 PM

Sebaliknya dan ini X masuk akal di jaman modern sekarang ini ...Raja-raja melayu yang X jelas asal-usulnya dan benefitnya  bagi rakyat Malaysia  masih saja terus DISEMBAH-SEMBAH dan DIPERTUAN oleh rakyatnya hingga kini .. Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Life is hard leni.
Hada monarki pn 'boreh' tehtap kena beli sendiri.
Jd bencana alam bukan monarki ganti reta baru.
Monarki tunjuk muka nk jenguk² pn selayaknya kna baling selut.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 02:28 PM | Show all posts
Sana takpe takde 3R
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2024 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 4-11-2024 02:55 PM

Cash la buat ummah yg x pecaya global warming...pasni boleh smbung tebang pokok dgn gondol bukit, tgk bala apa plak yg dtg..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 04:25 PM | Show all posts
tak berani komen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2024 04:56 PM | Show all posts
Kenapa lah raja sepanyol tak berpakaian seperti raja zaman 1760 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Imejinlah exgong, diana, jagong, jogong kena baling lumpur. Tak lupa topui.




Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 04:58 PM | Show all posts
Mana satu rajanya cuba buat bulatan merah
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 05:38 PM | Show all posts
yg aku baca kt reddit, tak berlaku pun kejadian lempar tanah tu. instead masa ni raja je yg berani turun, PM adun lain suma tak turun. rakyat spain marah kenapa takde warning akan berlaku banjir. pastu manipulate data orang yg terjejas. dgr citer ada satu mall tu terkepung habis, tak tau la brape bilangan org yg terperangkap dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 4-11-2024 04:25 PM
tak berani komen

"........Muka ni juga yg nk kena pi bantu banjir kedah"
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 4-11-2024 04:58 PM
Imejinlah exgong, diana, jagong, jogong kena baling lumpur. Tak lupa topui.

Topui dgn bini dgn minah dgn laki Danish dia
Bini Topui mngkn tak kekoklah sbb asal kg tapi minah dgn laki tak tau lah mcm mn
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 06:57 PM | Show all posts
dubuk replied at 4-11-2024 04:58 PM
Mana satu rajanya cuba buat bulatan merah

yg tengah berjanggut putih tu.. waktu muda die antara royal family dari europe yg ensem.. lg ensem dari prince william.. aku ingat waktu taun 2004 camtu die kawen

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 07:46 PM | Show all posts
Kena belajar dr sultan pahang dan isterinya..awal2 turun padang siap masakkan lauk semua

Belakang tu cerita lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2024 08:05 PM | Show all posts
ardent91 replied at 4-11-2024 06:57 PM
yg tengah berjanggut putih tu.. waktu muda die antara royal family dari europe yg ensem.. lg ensem ...

I c.. tqvm..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts

kesiannya rakyat, ramai kot mati
iols baru je baca, ramai lg kot mangsa mati tak dijumpai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2024 09:25 PM | Show all posts
dubuk replied at 4-11-2024 08:58 PM
Mana satu rajanya cuba buat bulatan merah

paling tinggi..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 09:28 PM | Show all posts
monsterwife replied at 4-11-2024 06:31 PM
Topui dgn bini dgn minah dgn laki Danish dia
Bini Topui mngkn tak kekoklah sbb asal kg tapi minah  ...

laki minah asal anak orang kaya ke..rasanya tak..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.074338 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list