View: 18137|Reply: 59
|
[Tempatan]
Empat ujian datang serentak
[Copy link]
|
|
Empat ujian datang serentak
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ian-datang-serentak
Redzuan Muharam
[email protected]
Disiarkan pada: Oktober 30, 2024 @ 7:01am
NUR Shuhadah Azman tabah membesarkan anak tunggalnya, Izzara Qalesya Iffizie Irman sejak bergelar ibu tunggal enam tahun lalu. FOTO Ihsan Nur Shuhadah Azman.
Kuala Terengganu: Siapa sangka, walaupun baru berusia 38 tahun, Nur Shuhadah Azman yang kini bergelar ibu tunggal perlu berdepan empat ujian iaitu disahkan menghidap barah payudara tahap tiga serta bipolar, dikurniakan anak istimewa yang sentiasa perlukan perhatian rapi selain kesusahan menyara kehidupan.
Anaknya, Izzara Qalesya Iffizie Irman, 9, disahkan menghidap Autism Spectrum Disorder (ASD) serta Gangguan Perhatian Defisit Hiperaktif (ADHD) sejak lima tahun lalu.
Nur Shuhadah disahkan menghidap barah sejak enam tahun lalu sebelum dia berpisah dengan suami dan kini, berseorangan menjaga anak istimewa berkenaan.
Walaupun sukar, Nur Shuhadah tetap bersyukur dengan nikmat Allah SWT dan terus berusaha menjadi ibu terbaik untuk Izzara Qalesya.
"Saya akur dengan takdir yang menentukan saya sebagai pesakit barah dan ibu tunggal kepada anak istimewa.
"Perjalanan hidup saya tidak mudah kerana bukan saja perlu melawan penyakit, malah berusaha membesarkan Izzara Qalesya," katanya.
Lantaran itu, Nur Shuhadah dari Pulau Kambing di sini, tidak dapat bekerja tetap sebaliknya hanya mampu mencari rezeki dengan berniaga dalam talian kerana mahu memberi tumpuan kepada Izzara Qalesya.
"Saya berpisah dengan suami tidak lama selepas dimaklumkan saya menghidap barah. Sejak itu, bermula cabaran sebagai ibu tunggal.
"Banyak cabaran dilalui ketika mencari rezeki kerana tiada orang sanggup serta boleh menjaga Izzara Qalesya.
"Tambahan, Izzara Qalesya sejenis yang tantrum (meragam) dan ia semakin menjadi-jadi sampai boleh mencederakan diri.
"Ia menyebabkan saya tidak boleh bekerja melainkan berniaga secara dalam talian kerana perlu uruskan Izzara Qalesya sepanjang hari," katanya.
Menurut Nur Shuhadah, dia turut menuruti saranan doktor dengan membuang payudara kiri selain menjalani enam sesi kemoterapi serta 15 radioterapi.
"Ketika ini, Izzara Qalesya mengikuti terapi cara pemulihan, pertuturan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan terapi berkuda selain mengikuti kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang," katanya.
Menurut Nur Shuhadah, selain keluarga, rakan terdekat banyak membantu memulihkan semangat dan emosi yang ada ketikanya tidak stabil terutama selepas disahkan menghidap bipolar tahun lalu.
"Jujurnya pendapatan menjual produk pelangsingan badan kurang memberangsangkan malah hidup kami juga bergantung dengan wang simpanan.
"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana masih dapat kongsi masalah dengan keluarga dan kawan. Bila ada rezeki lebih, kawan ajak saya dan anak bercuti, antaranya ke pulau.
"Jadi, itu masanya untuk saya tenangkan diri. Anak juga saya bawa bersama sepanjang masa," katanya.
Nur Shuhadah turut berdoa supaya kembali sihat.
"Sejak kebelakangan ini, saya selalu sakit. Saya bimbang tidak dapat mencari rezeki serta menguruskan Izzara Qalesya dengan baik," katanya
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
berpisah dgn suami apabila disahkan ada kanser? tak sanggup nak jaga ke? sedihnya |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah shuhadah ni hampir sama macam iols. Ibu tunggal, anak sorang, autism pulak, tak dapat kerja, cuma alhamdulillah masih lagi sihat dapat urus anak dengan baik lagi. Cuma iols dah takde mak ayah. Ada sorang je adik lelaki dan memang iols dgn anak tinggal dengan dia. Masih bujang lagi. Terpikir jugak ke depan adik iols nak kawin, mana la iols dengan anak nak membawa diri. Pada Allah sahaja tempat iols sandarkan harapan untuk teruskan hidup.
Untuk shuhadah, iols doakan semoga Allah permudahkan perjalanan hidup anda. Semoga kembali sihat2 untuk teruskan menjaga anak istimewa anda. Anda tak keseorangan. Sabar la. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun semoga tabah dgn dugaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan hidup..
Cabaran dia ni luar biasa.. moga org keliling bantu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bercerai satu hal. Tidakkah exhusband memberi nafkah anak2nya. Tak ade bantuan drp pihak zakat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
NazRysha replied at 30-10-2024 02:10 PM
ni pun masuk berita ke
oklah masuk sini atleast boleh bg something kat org lain.
i pon baru je buat mammo dan doc jumpa something so nak kena check further.
risau jugakla kalau kanser.
kesian kalau wanita mcm shuhada ni nak hadap byk benda sorg2.
kalo kanser kena kimo sume, buatnya ada org tak kuat lama dah bunuh diri i rasa nak hadap keadaan mcm2.
ujian org masing2 tak sama. semoga shuhada tabah dan dipermudah urusan dia. aamiin. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
EJALTI replied at 30-10-2024 03:00 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan uols & anak
Amin amin. Thanks uols |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 30-10-2024 02:46 PM
Kisah shuhadah ni hampir sama macam iols. Ibu tunggal, anak sorang, autism pulak, tak dapat kerja, c ...
hugs...
iols doakan semoga uols tabah menjalani hidup, diperluaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
sama jugak utk adik dlm artikel ni.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga chuols kuat semangat ye
happy2 kan diri dlm forum, jgn stress2
nah munger
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 30-10-2024 03:11 PM
hugs...
iols doakan semoga uols tabah menjalani hidup, diperluaskan rezeki dan dipermudahkan segal ...
Amin amin..tima kasih banyak2 doakan iols dan jugak kakak dalam citer ni |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 30-10-2024 03:34 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan uols & anak
Amin amin..thanks bagi munger |
|
|
|
|
|
|
|
tri-max replied at 30-10-2024 03:50 PM
semoga chuols kuat semangat ye
happy2 kan diri dlm forum, jgn stress2
nah munger
Tima kasih uols
Memang kat porum ni la tempat iols selalu habiskan masa. Kalau dok saja temenung pun tak elok jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan urusan seharian. dimurahkan rezeki. jangan lah berputus asa.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 30-10-2024 04:16 PM
semoga dipermudahkan urusan seharian. dimurahkan rezeki. jangan lah berputus asa.
Amin amin..terima kasih banyak2 untuk kata2 semangat |
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah jika chuols telah meletakkan Allah swt sebaik2nya tempat bergantung semuanya pasti akan Allah swt mudahkan.
Jika bukan mengikut apa yang chuols nak,pasti Allah swt memberikan mengikut apa yang dia rasakan terbaik buat Chuols.
Iols doakan semoga setiapnya urusan Chuols sentiasa di permudahkan oleh Allah swt.
Terus bersangka baik dengan Allah swt ya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Buat Shuhadah ni juga iols mendoakan semoga setiap urusan nya di permudahkan jua oleh Allah swt. |
|
|
|
|
|
|
| |
|