CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 36761|Reply: 33

[Tempatan] Subsidi RON95: 'Kenapa dipertahan golongan mahakaya berbanding 85 peratus rakyat biasa?' – PM Anwar

[Copy link]
Post time 29-10-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 29-10-2024 07:04 PM

astroawani.com
Firdaus Azil
29/10/2024 11:25 MYT


Anwar gesa semua pihak untuk melihat tindakan penyasaran subsidi minyak RON95 yang bakal dilaksanakan pada pertengahan 2025 demi manfaat kepada 85 peratus golongan bawahan.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak untuk melihat tindakan penyasaran subsidi minyak RON95 yang bakal dilaksanakan pada pertengahan 2025 demi manfaat kepada 85 peratus golongan bawahan.

Ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat pada Selasa, Perdana Menteri berkata, beliau mengambil maklum takrifan sebenar pendapatan T15, khususnya pandangan sesetengah pihak bahawa pendapatan isi rumah RM13,000 sebulan tidak sepatutnya termasuk dalam golongan berkenaan.

Namun, tegas beliau lagi, nilai ambang tersebut merupakan penetapan yang dibuat oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) di peringkat awal.


Dalam masa sama, kerajaan, kata Anwar, secara prinsip bersetuju nilai itu perlu dikaji agar bersesuaian dengan realiti semasa.

“Saya sedikit runsing kerana, kita ini (seolah-olah) tak banyak bicara soal pertahankan kepentingan golongan bawahan. Apakah 85 peratus rakyat bawahan itu tak penting?

“… saya dengar tentang perbincangan Kementerian Ekonomi, Kewangan (MOF) dan DOSM sekarang tentang penetapan RM13,000. Tetapi Kita fikir nilai itu agak rendah.


“Tatakelola dalam hal ini tak berbangkit kerana 85 peratus rakyat tidak terlibat dengan (penyasaran) harga RON95. Harga pasaran tanpa subsidi ialah kepada T15 yang akan dikira semula dan kepada warga asing.


“Sebab itu kadang-kadang pandangan kita, kritikan jangan hanya dilontar secara semberono atau tanpa fakta. (Tuduhan) kontrak subsidi hendak diberi Ahli Parlimen Bukit Gantang umpamanya tak benar.

“Dengar dari mana? Dari TikTok. Seorang lagi WhatsApp. Ini belajar mana ni? Tak merujuk fakta.
"Tapi bila guna al-Quran dan hadis, tahu pula rujuk surah dan sanad dari mana," soal Perdana Menteri kembali.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh yang ingin mengetahui definisi sebenar T15, yang dakwa beliau terdapat tafsiran yang pelbagai.


Terdahulu Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong meminta Perdana Menteri memaklumkan mekanisme pelaksanaan cukai dividen dua peratus ke atas bagi pendapatan dividen melebih RM100,000 bagi pemegang saham individu.


Menjawab soalan tersebut, Anwar berkata, secara prinsipnya pengenaan cukai tersebut adalah kepada individu yang mempunyai sekitar RM2 juta dalam bentuk saham.


“Orang yang ada RM2 juta, bayarlah. Sama ada melibatkan syarikat tersenarai atau tidak. Dengan cara ini kita ada sistem cukai komprehensif.
"Kalau ada dua juta saham dengan dividen RM100,000 hanya RM800 sahaja setahun takkan tak boleh bayar.


“Mustahil orang itu hanya ada keupayaan beli saham. Dalam pertimbangan, supaya kita kenakan sedikit bayaran kepada orang yang ada keupayaan,” tegas Perdana Menteri lagi.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya PMX kena bantu golongan  T15 maha kaya ni sbg pembayar cukai individu tertinggi negara...dan biarkan aja golongan 85% tu.Baru la jalan raya nampak 'cantik' tada sesak sana sini...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodonya statement..org bkn pertahankan golongan mahakaya...org bising sbb gaji rm20k masuk category mahakaya..20k kt kl tu cukup2 mkn je pun..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 29-10-2024 08:04 PM
Sepatutnya PMX kena bantu golongan  T15 maha kaya ni sbg pembayar cukai individu tertinggi negara... ...

Itu la bangnon ni da macam declare war je dengan taxpayer t15 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 29-10-2024 10:35 PM
Bodonya statement..org bkn pertahankan golongan mahakaya...org bising sbb gaji rm20k masuk category  ...

20k dok kat jitra or arau sana boleh la cakap t15 ke t1 ke.

20k gaji atas paper tolak income tax kwsp tinggal berapa dah.

Bodo punya kelajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Satt.. apa sabsidi yg deme nak tarik? Minyak? Ada sabsidi lain ka?

Mkn megi je la jawabnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2024 01:55 AM | Show all posts
masalahnya
layakkah isirumah berpendapatan minrm13,000 sebulan diklasifikasikan as T15?

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 02:34 AM | Show all posts
Matyam replied at 29-10-2024 03:33 PM
20k dok kat jitra or arau sana boleh la cakap t15 ke t1 ke.

20k gaji atas paper tolak income tax ...

tu keje makan gaji
kalau niaga sales 20k sebulan apa lancau tolak itu ini
apa pun x tinggal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2024 02:37 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 29-10-2024 03:57 PM
Satt.. apa sabsidi yg deme nak tarik? Minyak? Ada sabsidi lain ka?

Mkn megi je la jawabnya

telur ayam , elektrik , gula , tepung .
final sekali baru kesihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikut gaji mcm kitaorg T15, tpi aku naik motor gie kerja, org rumah aku naik prebet, tempat kerja, sekolah anak2, supermarket, etc semua lingkungan 10km, adalah sebiji bezza, pas gaji tolak semua komitmen adalah 30-40% gaji untuk dibelanja
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Idea penyasaran subsidi ni sebenarnya idea paling bingai dan menyusahkan. Macam mana nak laksanakan dan siapa yang akan pantau? Aku rasa mesti akan ada loophole dan akan ada yang ambik kesempatan. Pihak yang tak dapat subsidi mungkin ada yang tak puas hati dan akan keluarkan segala hujah untuk justify  Sepatutnya buang terus subsidi secara keseluruhan dan salurkan untuk kemudahan awam, kemudahan pengangkutan dan upgrade dan tambah lebih banyak taman-taman dan kawasan hijau
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu la tujuan dia naikkan gaji 15%.Nk meramaikan lagi golongan MAHA kaya ni. Lepas tu potong cukai, tarik subsidi law kaw.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba check camne Nuar boleh jadi kaya raya multi millionaire. Sesuai tak dengan gaji dia selama ni. Ambik kira juga tempoh bertahun2 dia takde kerja bergaji tetap sebelum masuk UMNO, tempoh dalam tahanan ISA dan tempoh bertahun2 kena penjara sebab merasuah dan meliwat.

Korang akan rasa pelik dan hairan darimana Nuar boleh jadi sangat kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda yang bagus bila diimajinasi dalam kepala jer

Bila nak dilaksanakan di dunia nyata, konfem gagal

Sebab tu ler dari dulu najib tak buat subsidi tersasar macam formula rafizi nih.. tak praktikal..

Buat modal sembang tipu walanon boleh ler
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 30-10-2024 07:05 AM
Idea penyasaran subsidi ni sebenarnya idea paling bingai dan menyusahkan. Macam mana nak laksanakan  ...

Inilah imajinasi orang yang tak reti ekonomi

Sama macam orang yang tak reti engineering, tapi ada macam2 angan2 contohnya nak buat jambatan dari langkawi ke sandakan, atau nak cipta kereta terbang etc

Bunyi memang gempak tapi nak merealisasikannya amatlah susah dan mustahil
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 30-10-2024 02:37 AM
telur ayam , elektrik , gula , tepung .
final sekali baru kesihatan.

Erkk.. kesihatan pun takde sabsidi ka?
Mati la mcm ni.. kesihatan paling mahai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2024 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 30-10-2024 02:34 AM
tu keje makan gaji
kalau niaga sales 20k sebulan apa lancau tolak itu ini
apa pun x tinggal

My GM anak 5 bini surirumah pun struggle ya makan gaji.

Drive gi kerja viva je sebab nak jimat minyak.

Dia sorang income generator, nak isi temolok 7 mulut time kat rumah, kos sekolah anak, medical insurance anak & bini, rumah & kereta masih bayar, mak ada lagi kat kampung.

Naik flight bercuti jauh sekali.

Dia cakap cukup2 aje duit nye bulan2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 10:14 AM | Show all posts
mahakarya cinta


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Matyam replied at 30-10-2024 10:04 AM
My GM anak 5 bini surirumah pun struggle ya makan gaji.

Drive gi kerja viva je sebab nak jimat m ...

Gaji berapa? Mahakaya tu ikut takrifan bangnon

Bongok betul..T5 - T10 tu boleh la kata mahakaya
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2024 10:21 AM | Show all posts
Matyam replied at 30-10-2024 02:04 AM
My GM anak 5 bini surirumah pun struggle ya makan gaji.

Drive gi kerja viva je sebab nak jimat m ...

agaknya acik 10 anak ni merempan tak subsidi kena tarik.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.192986 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list