CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 38868|Reply: 55

[Tempatan] Mangsa kejadian tanah runtuh Batang Kali saman kerajaan Selangor

[Copy link]
Post time 28-10-2024 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa kejadian tanah runtuh Batang Kali saman kerajaan Selangor

https://m.malaysiakini.com/news/724211

Diterbitkan:  Oct 28, 2024 4:21 PM
Dikemaskini: 4:21 PM



Kerajaan negeri Selangor dan enam yang lain dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa cuai berhubung kejadian tanah runtuh di Batang Kali yang meragut 31 nyawa.

Seramai 23 plaintif, terdiri daripada mangsa yang terselamat dalam tragedi dan waris mereka yang terkorban, memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam lima hari lalu.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, peguam mewakili plaintif Gurdial Singh Nijar, Joshua Paulraj dan Vemal Arasan berkata mereka menunttu keadilan atas dakwaan kecuaian yang menyebabkan bencana menyayat hati itu.

Peguam terbabit berhujah kerajaan negeri dan beberapa pihak lain gagal mematuhi standard keselamatan dan tidak mengambil langkah berjaga-jaga yang memadai untuk mengelakkan tragedi itu.

“Sudah tiba masanya mereka yang duduk di kerusi empuk berhawa dingin bertanggungjawab atas tindakan mereka yang menjejaskan orang awam.



"Kesilapan akibat tangan manusia telah berkali-kali meragut nyawa ramai orang yang tidak bersalah," kata Vemal dalam kenyataan itu.

Kenyataan media itu menyebut Joshua sebagai berkata "anak guam kami bertekad untuk mempertanggungjawabkan mereka yang bertanggungjawab atas tindakan mereka.

"Ini bukan hanya tentang soal pampasan; ia mengenai memastikan kecuaian seperti itu tidak berulang lagi dan suara mereka yang terkesan didengari," Joshua.

Melalui saman sivil itu, plaintif menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya untuk kerugian besar yang dialami mereka, baik dari segi emosi mahupun kewangan.

Mereka juga menggesa perubahan sistemik terhadap protokol keselamatan untuk melindungi generasi akan datang daripada tragedi serupa.

Tragedi tanah runtuh di Jalan B66, Batang Kali-Genting Highlands, Selangor mengorbankan 31 orang pada 18 Dis 2022.

Ia merupakan kejadian tanah runtuh paling dasyat berlaku dalam sejarah Malaysia.

Mangsa termasuk 13 kanak-kanak dari SJK(C) Moon Choong di Kuala Lumpur, berkhemah di Father's Organic Farm ketika mengikuti perkhemahan sekolah. Mangsa termuda berusia enam tahun.

Seramai 61 lagi terselamat dalam kejadian itu, manakala tujuh daripadanya mengalami kecederaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2024 10:32 PM | Show all posts
Semoga keadilan tertegak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman la tempat camping tu
Ade sapa ke paksa korang berkhemah kat cerun tu

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bencana alam kot ko nak saman
Plus sebelum ko p camping tu takda cek dulu ke tempat tu ada lesen ke tak
Senang betol camtu skit2 saman kerajaan
Yang mabuk2 sampai langgar mampus anak orang pun bolehlah saman kerajaan sebabasih benarkan arak berleluasa kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat masa musim tengkujuh kan
Sooo
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat tu tu ade permit untuk beroperasi sebagai tapak campsite ke? Member pernah try apply permit  buka tapak campsite tepi sungai, memang payah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2024 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
nak saman atas sebab kecuaian???

1st - kerajaan / pengusaha tmpt tu tak paksa pun korg bercamping kt sana... sendiri yg rancang nk berseronok, bila jd tragedi nk salahkan org lain...

2nd - tu bencana alam.. mmg tak bole di duga.. jika bole pun, sekadar larangan jgn masuk area tu je ... tp jika dh degil nk bercamping, tanggung la risiko...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
gerenti kalah awal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
See….depa akan saman. Selagi boleh. Xde konsep redha2 ni. Hari tu dpt bantuan juga kan, tapi of course laa ciput je
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sambaldurian at 29-10-2024 07:30 AM

Hmm, aiyoh ko nk saman tu sources of fund for rakyat. Punca utama pulak hujan lebat, g saman langit knp x tampung hujan. Owner tu pun ntah2 ada wat tambah2/rata2 tanpa pengetahuan kerajaan negeri. Ko saman jela company tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 07:51 AM | Show all posts
dasar type C menuntut 'keadilan'....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Owner tempat tu tak saman ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 08:20 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 29-10-2024 07:51 AM
dasar type C menuntut 'keadilan'....

selagi boleh walau terang2 dah tau kronologi kejadian camne...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
sepatutnya ko kena saman sbb bodo pastu menyusahkan org..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 08:30 AM | Show all posts
anak tenuk sungguh perangai eh..kerajaan dah habis byk sebab kan nak cari yang mati tertimbus sebab korang bercamping kat sana, ada hati nak saman balik. patut bomba ke polis ke k9 ke tak payah tolong diorang nih.
jalan genting - bukit beruntung tutup sebab korang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Nuart dah byr 10k pun byk bunyik lg.....mangsa hantut kepala air habuk pun xdak ko x pikir ke?..ko nk brp jota sebenarnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
lil_honey replied at 29-10-2024 08:30 AM
anak tenuk sungguh perangai eh..kerajaan dah habis byk sebab kan nak cari yang mati tertimbus sebab  ...

Klau x silap ada ahli bomba yg maut masa operasi bantuan, yg ni keluarga dia blh saman ko plk la sbb punca nk tlg mangsa.......gitewww
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 08:51 AM | Show all posts
dah kenapa kau nak saman kerajaan selangor...saman la pengusaha tapak tu, tapak kem tu sesuai ke, selamat ke..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
n3ar replied at 29-10-2024 08:51 AM
dah kenapa kau nak saman kerajaan selangor...saman la pengusaha tapak tu, tapak kem tu sesuai ke, se ...

Itu la. Pelik betul diorang ni. Yang owner tapak camping tu pun cam senyap je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Owner camping site sama cainis ka? Saman sbb nak duit ka?

Iols pelik la kalau deme ni menang.. tmpt tu ada permit ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.067736 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list