View: 46531|Reply: 25
|
[Tempatan]
Upah mengasuh naik lagi, seorang bayi hampir RM1,000
[Copy link]
|
|
Upah mengasuh naik lagi, seorang bayi hampir RM1,000
https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... bayi-hampir-rm1000/
Oleh KOSMO!
25 Oktober 2024, 2:59 pm
Poster yang memaparkan kadar upah mengasuh baharu bagi setiap kanak-kanak untuk tahun 2025.
PETALING JAYA – Kadar upah mengasuh bagi tahun 2025 dikatakan bakal berlaku kenaikan antara RM50 hingga RM100.
Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai ibu bapa berada dalam dilema sama ada mahu berhenti kerja demi menjaga anak-anak atau terpaksa berdepan bebanan upah mengasuh yang tinggi tahun depan.
“Tahun depan pengasuh kata terpaksa naik harga. Tahun ini pengasuh caj RM550 untuk anak sulong saya masih enam bulan lebih. Katanya tahun depan terpaksa kenakan RM600 sebulan.
“Saya tinggal kawasan Gombak. Berbaloi kah? Atau mahal? Kalau tempat anda macam mana? Atau saya kena berhenti kerja sebagai solusinya,” soalnya ketika meminta pandangan rakan-rakan di Facebook.
Di ruangan komen hantaran wanita terbabit, beberapa ibu bapa lain turut mengakui mereka berdepan situasi sama apabila pengasuh memaklumkan upah mengasuh bagi 2025 berlaku kenaikan bagi menampung kos sara hidup semasa.
Sementara itu, seorang individu dikenali sebagai Ummi memuat naik poster memaparkan kadar upah mengasuh bagi tahun 2025 dan didapati harga tersebut meningkat daripada tahun ini.
Caj mengasuh yang dikenakan kepada pelanggan adalah bermula RM45 sehari bagi kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas.
Setiap upah adalah berbeza mengikut kategori umur dan paling mahal adalah bayi sehingga usia dua tahun iaitu RM850 sekiranya ibu bapa mereka bekerja secara syif seperti doktor, jururawat, pekerja kilang, polis dan sebagainya.
Harga normal bulanan bagi tempoh penghantaran pukul 8 pagi hingga 5 petang adalah RM650 (bayi hingga usia dua tahun), RM550 (dua hingga empat tahun) dan RM450 (kanak-kanak di atas empat tahun).
“Kategori transit antara RM300 hingga RM450 sebulan. Bagi penghantaran hujung minggu, caj dikenakan bermula RM60 hingg RM100 sehari ikut umur,” jelas poster tersebut.
Dalam perkongsian sama, terdpaat caj tambahan sekiranya anak-anak perlu bermalam di rumah pengasuh, iaitu antara RM70 hingga RM120 semalam.
Pada ruangan komen perkongsian tersebut, ramai yang terkejut melihat kadar upah baharu bagi tahun 2025.
“Banyaknya beza, sekarang harga budak bawah dua tahun baru RM550. Tahun depan naik sampai RM650, RM100 juga beza,” kata Nurin.
“Patutlah ramai pasangan bekerja merancang untuk ada anak, kos hantar anak mengasuh habis separuh gaji. Kalau seorang dah RM800, tambah lagi anak-anak lain? Memang terduduk ibu bapa,” luah Atiya Hamdan ketika meneliti harga upah mengasuh bagi tahun 2025 yang dikongsikan individu terbabit. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
selalu orang compare beli rumah ke beli kereta
lepas ni orang compare hantar anak pengasuh atau beli kereta. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 26-10-2024 02:28 AM
Rumah pengasuh ingat murah ka, lebih 300k, dah kawen kena beranak la 2-3 org, ramai org berduit nak beranak tapi belum ada suami utk beranakkan taw. Pendatang asing mampu beranak byk xde mati kebuluran, nak murah hantar ke warga asing budak abis taska speaking bahasa indon, nak murah dapat pengasuh jenis dera atau suami pengasuh pedo |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa yg bising yuran naik, tiber tukar keta baru logo H. ???? Asuh budak, bkn leh cuti sesuka hati. Mak pak mc ke shopping ke anak tetap anto ke pengasuh atau taska. Tu belum selsema batuk anto juga jangkit ke anak orang. Xleh cuti katanya. Member aku cerita mmg keje dorg guna kudrat. Anak jaga masa baby pun aku xsempat mkn ni jaga 2-3 baby serentak ????. So eloklah naik yuran. Gaji pun masing2 naik gak kan tiap tahun. Insan terpilih je blh jd pengasuh atau cikgu taska. Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
kalau jenis xsabar jgn jd pengasuh |
|
|
|
|
|
|
|
Semua nk duit jaga anak org bukan betul pun
Sambil jaga sambil buat kerje lain
Bulan2 amik upah dgn muka kebulur duit
|
|
|
|
|
|
|
|
Elok laaa naik yuran pengasuh.. budak2 baby ni lg perlu perhatian... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak sendiri jaga sendiri. Tak mampu jangan beranak. |
|
|
|
|
|
|
|
Harga normal bulanan bagi tempoh penghantaran pukul 8 pagi hingga 5 petang adalah RM650 .
Increament gaji RM400.....,caj pengasuh naik RM400....ok la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Haishhh reporter pon. Nak guna gambar AI pon, cari la yg semenggah sikit.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Setimpal dgn kenaikan gaji
|
|
|
|
|
|
|
|
baik kau sendiri bukak taska deknun kalau kau rasa 6rat tu mahal kau open la 4rat.mudah2 aje kau bole sailang bisnes org |
|
|
|
|
|
|
|
Cina punya pengasuh lg mahal kan..berbelas tahun yg lalu pun dh jejak 800 utk baby..skrg tah berapa agaknya rate tu |
|
|
|
|
|
|
|
Area rumah iols ada taska ni, owner dh iklan kan
nak jual rumah tu. Terbayang mana la anak2 taska tu
akan duduk lepas ni. |
|
|
|
|
|
|
|
aku hari tu tgk cerita Doctor climax kt netflix, kisah ada budak perempuan pregnan ,
doc tu nasihat ,
kalao nak buat sex kena la ada rasa tanggung jawab, akibat selepas itu,
kalau rasa belum bersedia, cuba elak drpd melakukan sex
walopn alat2 pencegahan kehamilan di gunakan, ttp tetap ada risiko,
jd jauhi sex sebelum anda bersedia...
kemudian ada seorang lelaki tidak bersetuju sebab katanya sebg budhist ko kena ajak orang utk elakkan sex, bukan ,mengajar cara2 melakukan sex selamat...
sex bukan shj utk berseronok, ttp sex ialah kaedah pembiakan manusia..
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg patut pun .. nk yg jaga anak tiptop bayar la mahal
klu x mmpu bayar dok umah jaga sndri je |
|
|
|
|
|
|
|
ni pengasuh yg bkn taska ker?awat murah jahhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jd jgn la kecam klu org xnak anak…. |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 26-10-2024 10:41 AM
Cina punya pengasuh lg mahal kan..berbelas tahun yg lalu pun dh jejak 800 utk baby..skrg tah berapa ...
Rasanya dah lama cecah 1k.. tapi mkn sumer terjaga la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|