View: 40560|Reply: 58
|
Pendapatan sembilan bulan Nestlé Malaysia merosot 11.4 peratus
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Nestlé (Malaysia) Bhd meraih pendapatan RM4.75 bilion bagi sembilan bulan berakhir 30 September 2024, merosot 11.4 peratus daripada angka tinggi bersejarah berjumlah RM5.37 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu.
Dalam satu kenyataan, Nestlé Malaysia berkata walaupun pasaran eksport terus memperlihatkan dinamik yang kukuh, jualan domestik masih terjejas dibayangi sikap berhati-hati pengguna yang bimbang terhadap perbelanjaan dan kemampuan kewangan.
"Menjangkaui cabaran semasa yang dihadapi, Nestlé Malaysia tetap optimis untuk kembali ke landasan pertumbuhan mampan pada suku pertama 2025, disokong oleh asas syarikat yang kukuh dan tanda-tanda keyakinan pengguna yang meningkat secara keseluruhan," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols, berkata, tumpuan kumpulan adalah untuk membekalkan produk halal yang bermutu tinggi, lazat dan berkhasiat yang menjana nilai bagi pengguna, membolehkannya melindungi kepimpinan pasaran dan terus bertahan dalam konteks persekitaran luar yang mencabar.
"Kami sentiasa memantau trend pengguna yang kian berubah untuk memastikan bahawa semua jenama dan produk kami terus memenuhi jangkaan pengguna Malaysia dan mencapai kejayaan di pasaran.
"Dari sudut inovasi, kami telah memperkenalkan produk baharu yang telah mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia, dan kami terus meneroka peluang bagi meluaskan jualan eksport kami.
"Dari segi operasi dalaman, kami giat melaksanakan program rapi untuk meningkatkan kecekapan berasaskan proses pendigitalan pantas yang memanfaatkan sumber pada setiap peringkat, yang membantu menyokong pelaburan jenama sambil melindungi margin kami," katanya.
Untuk tempoh sembilan bulan pertama 2024, Nestlé Malaysia mencatatkan untung sebelum cukai (PBT) RM489.2 juta dan untung selepas cukai (PAT) RM374.5 juta.
Walaupun angka itu menyusut berbanding tahun sebelumnya, keputusan berkenaan menunjukkan keupayaan Nestlé Malaysia untuk mengekalkan tahap keuntungan yang positif dalam persekitaran yang mencabar, sekali gus membolehkan syarikat mengisytiharkan dividen interim kedua 35 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Menuju ke hadapan, Aranols berkata, Nestlé Malaysia menjangkakan faktor-faktor yang menimbulkan persekitaran pengguna yang mencabar pada 2024 akan kembali normal.
"Kami kekal dengan unjuran awal kami, iaitu keadaan akan bertambah baik secara perlahan dan kembali kepada pertumbuhan sihat selewat-lewatnya menjelang suku pertama 2025.
"Kami tetap yakin dengan kekuatan asas kami sebagai peserta utama dalam segmen Barangan Pengguna Laris (FMCG) meliputi pelbagai kategori yang kami ceburi.
"Berbekalkan asas yang kukuh ini, kami akan terus membina keyakinan terhadap jenama kami menerusi amalan korporat yang bertanggungjawab sambil menawarkan kepada rakyat Malaysia rangkaian produk halal lazat yang terbaik dan memenuhi jangkaan kesihatan, pemakanan dan gaya hidup di bawah jenama-jenama yang diyakini mereka," katanya.
Sumber – Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pekerja2 Nestle ...takde kenaikan gaji..takde bonus... esok2 potong gaji atau kena buang kerja. Hasil boikot rakyat Malaysia....tahniah lahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Saya peribadi mahu Nestle kembalikan rasa Milo yg dulu. Rasa skr dah lain, tak seenak dulu, maka saya dah lama tak mium Milo. Harga je yg mahal. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 25-10-2024 09:32 PM
Ai x boikot nestle, milo beli setahun 2 peket kecil brp gram muat 5-6 mug, yogurt 5-6x jah, ice cream semakin mahal, horlick setahun sepeket, vico or ovaltin sepeket kecil, megi yg dapat mangkuk megi tu |
|
|
|
|
|
|
|
milo yg mak i bg ada dlm peti..dh expired gamaknya naa...
btw milo kotak ke tin yg sdp tu ek..mcm nk beli mnm ngn ice..
xreti nk boikot sbb bkn minum milo pun..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorryy boikot tetap boikot |
|
|
|
|
|
|
|
kembalikan straw plastik le bodohhhhhhhh. minum milo pun rasa kertas. |
|
|
|
|
|
|
|
Pity daim...bini pula di ligan tax |
|
|
|
|
|
|
|
melampau sngt harga milo nye pun
kalo bukan sebab boikot pon mmg xbeli la dgn harga cenggitu |
|
|
|
|
|
|
|
patut ler dah kurang nampak staf nestle pakai lanyard nestle kat 1utama |
|
|
|
|
|
|
|
milo paling murah beli kat haniffa jalan masjid india
pernah beli tahun ni rm12.99 sekilo
kalau uols tak takut kena sedut tanah jerlus ler
|
|
|
|
|
|
|
|
aduhhh
sebut masjid jamek teringat shawarma raihani
tanah jerlus pn jerlus lahhhh
nnti meols singgah
|
|
|
|
|
|
|
|
ok.. kalau kena sedut tanah jerlus kelak jangan lupa mengucap ye
|
|
|
|
|
|
|
|
Milo naik harga sbb harga koko melambung… produk lain yg berasas koko klu nk remain rasa n kualiti mmg byk naik harga.
I x dh lama x mnum milo biasa bancuh sndri sbb now beli milo yg less sugar tu. Compare yg less sugar dgn yg intense dark choc, lg sdp yg yg less sugar ye…
Nk lbih rsa dark choc, ambil nestle omega dark choc..lg kaw |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 25-10-2024 12:58 AM
Saya peribadi mahu Nestle kembalikan rasa Milo yg dulu. Rasa skr dah lain, tak seenak dulu, maka say ...
Betul kan nolya... haritu i beli milo yg small sachet packed individually tu sbb kat rumah anak2 semua dah duk hostel so dah takde orang sgt minum milo..milo packed besar tu mengeras la takde org habiskan...tp i sekali sekala still nak milo selain nescafe...tapi tak sedapnya milo sachet tu ..lain sgt rasanya...nak kata letak milo sikit dah separuh mug dah |
|
|
|
|
|
|
|
meah_kelabu replied at 25-10-2024 08:20 AM
aduhhh
sebut masjid jamek teringat shawarma raihani
tanah jerlus pn jerlus lahhhh
Sedap ke meah |
|
|
|
|
|
|
|
milo mmg x sedap mcm dulu
tp sekali sekala minum jgk
cuma yg x best lps tu nk buang najis jd keras
damn
|
|
|
|
|
|
|
|
sedap
dia xmcm shawarma erab yg pemes2 tu
tp nice la rasa dia
bukak pkul 12 tapi kalau smpai situ kul 12 tepat pn akan dapat dlm 1245 sbb dia receive order by call or org dtg order amek kendian
mmg xckup kalau beli 1 slalunye
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya: Saya peribadi mahu Nestle kemb ... betul.. kalau bkn sebab boikot Pon mmg xbeli.. rasa dah xsedap |
|
|
|
|
|
|
| |
|