CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13087|Reply: 61

[Tempatan] Guru isteri sakit kanser diberikan cuti - KPM

[Copy link]
Post time 24-10-2024 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 24-10-2024 11:11 AM

Guru diuji masalah kesihatan isteri, diberikan cuti - KPM
Oleh BERNAMA - Oktober 24, 2024 @ 10:21am


Tular di media sosial mengenai kisah guru dikenali Cikgu Din diuji dengan masalah kesihatan isterinya yang disahkan menghidap kanser.


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan tindakan segera bagi memberi bantuan terhadap seorang guru yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya seperti tular di media sosial.

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan guru berkenaan telah diberikan cuti untuk berada bersama isterinya.

"KPM prihatin mengenai situasi seorang guru yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya.

"Tindakan segera untuk memberi bantuan sedang diambil. Guru berkenaan telah diberikan cuti untuk berada bersama-sama dengan isterinya," menurut kenyataan itu.

Menurut KPM, satu pertemuan dengan guru berkenaan akan diadakan dalam waktu terdekat bagi membincangkan mengenai kebajikan dan lain-lain perkara.

"KPM mendoakan kesembuhan isteri guru berkenaan dan akan memastikan kebajikan dia dan keluarga terpelihara," menurut kenyataan itu.

Tular di media sosial mengenai kisah guru dikenali Cikgu Din diuji dengan masalah kesihatan isterinya yang disahkan menghidap kanser.

Berdasarkan hantaran di akaun Harima Abd Rahman, Cikgu Din didakwa telah memohon pertukaran di semenanjung untuk bersama isterinya namun permohonan tersebut ditolak. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2024 11:57 AM | Show all posts
Edited by Abahmung at 24-10-2024 04:58 PM

Nasib Cikgu Din dapat perhatian KPM, diberi cuti jaga isteri sakit kanser
Diterbitkan:  Oct 24, 2024 11:07 AM



Pengaruh media sosial berhasil membantu seorang guru sekolah di Sarawak, yang rayuannya untuk dipindahkan bagi menjaga isterinya yang sakit telah berulang kali dinafikan oleh pihak atasannya di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Selepas kisahnya tular di media sosial, nasib guru yang hanya dikenali sebagai Cikgu Din itu akhirnya sampai ke pengetahuan pengurusan tertinggi kementerian.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan berkata mereka telah mengambil langkah perlu untuk membantu Cikgu Din termasuk memberinya jumlah cuti yang tidak didedahkan supaya dia dapat bersama isterinya yang menghidap kanser di Semenanjung.

“KPM prihatin mengenai situasi seorang guru yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya seperti yang sedang tular di media sosial.

"Tindakan segera untuk memberi bantuan sedang diambil. Guru berkenaan telah diberikan cuti untuk berada bersama-sama dengan isterinya.

"Satu pertemuan dengan beliau akan diadakan dalam waktu terdekat bagi membincangkan mengenai kebajikannya dan perkara-perkara lain yang berbangkit.

"KPM mendoakan kesembuhan isteri guru berkenaan dan akan memastikan kebajikan beliau dan keluarga terpelihara," kata kenyataan itu.



Sementara itu, menurut catatan Facebook bekas guru yang juga pempengaruh media sosial Mohd Fadli Salleh, Jabatan Pendidikan Sarawak telah meluluskan cuti 30 hari untuk Cikgu Din sejak Isnin.

Berdasarkan tangkapan skrin perbualan Fadli dan akaun Facebook rasmi jabatan itu, jabatan itu turut menyatakan kesediaan untuk meluluskan lebih banyak cuti bagi Cikgu Din dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, pentadbir akaun itu mendakwa cerita yang tular itu tidak menggambarkan keadaan sebenar, mengatakan pada mulanya dicadangkan Cikgu Din dipindahkan ke daerah lain yang berdekatan dengan hospital dan dengan itu tidak perlu kembali ke Semenanjung.

"Mungkin perbincangan Cikgu Din dan isteri membuatkan CIkgu DIn memohon untuk pindah ke Kelantan.

"Tetapi jabatan ini tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan pertukaran itu kerana beliau masih belum berkhidmat sekurang-kurangnya 36 bulan, hanya Kementerian Pendidikan yang boleh," katanya.

Ulang alik Kelantan-Sarawak

Nasib Cikgu Din dan isteri mula mendapat perhatian di platform media sosial selepas rakan pasangan itu menyiarkan kisah mereka di Facebook semalam.

Menurut rakan itu, yang memuat naik di akaun Facebook Harima Abd Rahman, Cikgu Din dan isterinya kedua-duanya berasal dari Semenanjung dan berpindah ke Sarawak beberapa tahun lalu "semasa Covid" selepas guru itu dipindahkan ke sebuah sekolah di Kanowit.

Tidak lama selepas mereka berpindah ke negeri itu, isteri Cikgu Din jatuh sakit sebelum disahkan menghidap sejenis kanser tulang.

Guru itu, menurut Harima, kemudian memutuskan untuk membawa isteri dan anak tunggal mereka pulang ke kampung halamannya di Kelantan untuk mendapatkan rawatan, dan sejak itu dia melakukan perjalanan antara Sarawak dan Kelantan setiap dua minggu.

Cikgu Din terpaksa menghabiskan semua cuti tahunannya dan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji supaya dapat melawat isterinya, katanya.

“Dia pernah memohon pertukaran ke Semenanjung supaya lebih mudah untuk bersama isteri, tetapi tidak diluluskan.

"Dia telah pergi ke Putrajaya malah memandu ke Kuching untuk berjumpa dengan pengarah pendidikan. Tetapi dia masih menerima jawapan yang sama: dia tidak dibenarkan berpindah ke Semenanjung untuk bersama isterinya.

“Menurut pegawai yang bertanggungjawab pemindahan, eGTUKAR (aplikasi kerajaan untuk guru memohon pertukaran) hanya dibuka kepada guru yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun,” tulis Harima.

Menurut rakan itu, Cikgu Din turut menerima maklum balas kasar daripada pihak atasan apabila menyerahkan surat rayuan untuk pertukaran.

Pihak atasan yang tidak didedahkan identitinya dikatakan memberitahu Cikgu Din bahawa "yang sakit itu isteri kamu, sedangkan kamu tidak, (jadi) kamu masih boleh berkhidmat."

Selepas permohonan dan rayuannya berulang kali ditolak, guru itu kemudiannya meneruskan perjalanan antara Sarawak dan Kelantan dan ini dikatakan telah menjejaskan kesihatannya sendiri.

Harima mendakwa Cikgu Din disahkan menghidap gangguan kemurungan mental, tetapi walaupun keadaannya itu, permohonan perpindahan guru itu tetap ditolak.

Lebih malang, keadaan kesihatan isteri Cikgu Din juga semakin teruk jadi doktor memutuskan untuk menghentikan sebarang rawatan aktif dan menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai banyak masa lagi.

Catatan Facebook itu telah dikongsi lebih 34,000 kali di Facebook dan menarik komen yang berbaur rasa simpati dan kecaman pegawai Kementerian Pendidikan yang terlibat dalam menafikan Cikgu Din daripada mendapat pertukarannya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 11:11 AM | Show all posts
Swasta= cuti no gaji
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 11:24 AM | Show all posts
kesian betul. nak kena viralkan, kutuk KPM ramai2, tag menteri sana sini baru nak bantu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 11:33 AM | Show all posts
innalillah...
kena viral baru laju masing2 buat kerja...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 11:35 AM | Show all posts
viral baru terhegeh2 buat kerja...

biasa la tu, bila kata orang takde kabel, takde kuasa....harap ke viral je la baru ada tindakan, tu pun nasib kawan tolong..

kalau kawan pun tak tolong, orang tu tak reti viral2 ni sampai mereput la duk sana takde tindakan apa2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2024 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab yang kuat jugak la nk pindah jaga isteri yg sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 12:09 PM | Show all posts
aku nk cite psl kabel KKM... kwn aku ni adik dia Dr, dpt posting dkt KK, Sabah & bujang ms tu... bapak dia terus jmp datuk kt putrajaya tu demi nk dptkan ank dia posting dkt negeri kelahiran. Pakcik dia yg keje KKM negeri ni, adjust kan pulak utk dpt dkt Poliklinik bkn hospital sbb xnk keje shift. dan ye dia dpt semua tu...

tak adil utk Dr2 yg berjuang tiap tahun utk tukar tmpt keje... dia baru keje 2thn terus dpt tukar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2024 12:45 PM | Show all posts
BungaKencana replied at 24-10-2024 12:09 PM
aku nk cite psl kabel KKM... kwn aku ni adik dia Dr, dpt posting dkt KK, Sabah & bujang ms tu... bap ...

gitew lah power of cable
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
bila dah viral, laju je memasing buat kerja eh.. apa la nak jadi
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
BungaKencana replied at 24-10-2024 12:09 PM
aku nk cite psl kabel KKM... kwn aku ni adik dia Dr, dpt posting dkt KK, Sabah & bujang ms tu... bap ...

Mcm iols pernah dengar cite gini
Tp ni kat sepupu husband iols
Posting dpt ke sabah..
Tup tup tibe dpt putrajaya...
Pergh.
Now keje klinik kesihatan sebab dah ada anak
Senang kan guna kabel letrik kuasa tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
BungaKencana replied at 24-10-2024 12:09 PM
aku nk cite psl kabel KKM... kwn aku ni adik dia Dr, dpt posting dkt KK, Sabah & bujang ms tu... bap ...

I ada kwn cikgu bujang
First posting kt sarawak. Mcm kwsn kg gak la
Setahun dpt dah balik semenanjung. Dpt sekolah kt kl.
Xtau la cable besar mana dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 01:01 PM | Show all posts
Semoga cikgu din kuat menghadapi dugaan.

Tapi sekarang nie pesakit cancer di kalangan umur bawah 40 makin meningkat. I dengar onkologi kat IKN kata, setiap famili mesti ade salah seorang tue penghidap cancer. We can say dalam 1/5 (20%) mesti ade cancer.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kpm lembap. Dh viral br nk ckp beri perhatian.pigi dah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
rifaa replied at 24-10-2024 12:45 PM
gitew lah power of cable

Betul...i've seen one...my friend..cikgu tukar negeri ikut suami bertukar...dpt sekolah jauh sikit dr tempat suami..dalam sejam perjalanan kot.. sekolah kampung...sempat mengajar 2 bulan je..then tukar ke sekolah 1km aje drp kuarters yg suami dapat...
Dalam masa beberapa bulan lompat 2 sekolah..
Then after 5 years.. suami bertukar lg naik pangkat dan dia pun bertukar lagi la..

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nie cikgu kontrak bru sah jawatan memg kne tunggu 3tahun, pastu nk pindah kelantan terus, pastu rasa ini guru agama, agaknya brp org dia cantas que jika dia dapat pindah kelantan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2024 01:53 PM | Show all posts
BungaKencana replied at 24-10-2024 12:09 PM
aku nk cite psl kabel KKM... kwn aku ni adik dia Dr, dpt posting dkt KK, Sabah & bujang ms tu... bap ...

ni dar jaman meols isap susu botoi kaka uiii

apak meols gomen... mmg sedara mara kuat mintak tolong , mintak kerja la, mintak tukar la, mintak tanah la yada2

cerita mmg betuiii
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 01:58 PM | Show all posts
shernazz replied at 24-10-2024 12:56 PM
Mcm iols pernah dengar cite gini
Tp ni kat sepupu husband iols
Posting dpt ke sabah..

yg ni dkt negeri lain..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 02:00 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 24-10-2024 01:00 PM
I ada kwn cikgu bujang
First posting kt sarawak. Mcm kwsn kg gak la
Setahun dpt dah balik semenanj ...

biasanye parents mesti keje level2 timb CEO ke atas.. cnfrm dpt tukar.. sbb kwn i tu ayah dia dulu keje timb ceo di kerajaan negeri... aktif main golf plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2024 02:00 PM | Show all posts
dah viral baru nak tolong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.326444 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list