View: 17722|Reply: 39
|
[Tempatan]
‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’ – Pelancong China Kecewa Tiada Papan Tanda Bahasa Mandarin
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 23-10-2024 05:47 PM
the vocket.com
October 23, 2024 - 3:06 PM
Tular sebuah kejadian di media sosial Xiaohongshu, di mana seorang pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman buruknya semasa melancong ke Malaysia dan ‘taubat’ tidak mahu datang ke negara ini lagi.
Pelancong ini kecewa selepas menghadapi kesukaran dengan ketiadaan papan tanda dalam bahasa Cina dan masalah memahami bahasa Inggeris tempatan.
Pelancong China ini berkongsi pengalaman yang mengecewakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa mahu membeli tiket KLIA Ekspres.
Perkhidmatan KLIA Ekspres menyediakan sambungan terus tanpa henti dari KLIA ke Kuala Lumpur Sentral dengan harga RM55 untuk seorang dewasa.
Namun, pelancong tersebut menyangka harga tambang adalah RM8.50 untuk perjalanan dari KLIA ke Kuala Lumpur.
Harga tersebut sebenarnya adalah untuk KLIA Transit, sebuah perkhidmatan berbeza yang berhenti di beberapa stesen dengan tambang yang lebih rendah.
Oleh kerana kurang faham tentang sistem tiket tersebut, dia meminta bantuan daripada seorang kakitangan.
Walaupun dibantu untuk membuat pembayaran, dia terkejut apabila jumlah yang perlu dibayar adalah RM110 untuk dua tiket KLIA Ekspres.
Lebih mengecewakan, pelancong tersebut menyatakan bahawa jika dia mengetahui harga tambang terlebih dahulu, dia lebih rela menggunakan Grab ke pusat bandar dengan kos yang sama.
“Saya hampir tidak memahami bahasa Inggeris, dan sebutan orang tempatan sukar untuk saya fahami. Saya salah faham ia adalah perkhidmatan yang murah, tetapi rupanya adalah laluan ekspres yang mahal,” katanya.
Tambahnya lagi, dia kecewa kerana tidak berjumpa dengan kakitangan KLIA yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.
Dia juga cuba mendapatkan bayaran balik, tetapi gagal kerana halangan bahasa.
Kecewa dengan apa yang disifatkan sebagai layanan yang kurang memuaskan, pelancong ini membuat laporan polis, namun diberitahu bahawa ia bukan perkara yang boleh diselesaikan oleh pihak berkuasa.
Hantaran tersebut dengan mendapat perhatian netizen Malaysia, dengan pelbagai reaksi dan komen.
Ada yang simpati dengan pengalaman pelancong ini, sementara ada juga yang menegaskan bahawa sebagai pelancong, dia perlu lebih bersedia dan memahami sistem tempatan.
Isu ketiadaan papan tanda dalam bahasa Cina juga mencetuskan perbincangan hangat, terutamanya dalam konteks negara pelbagai budaya seperti Malaysia.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Xde usaha ke puak bodoh ni nk belajar english
Dh tahu bodoh tak tahu bahasa lain tak payah lah melancong kat negara orang
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah bodoh English pandai pulak kata orang tak betul sebutan tak accurate.
Spesis sepet mana pernah nak mengaku salah. |
|
|
|
|
|
|
|
Xyah dtg dah pun. Byr klia xpress rm110 pun kecoh mcmkan kena byr 11000 |
|
|
|
|
|
|
|
pinggan tak retak
nasi tak dingin |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..pegilah melancong kat hk, taiwan, dgn macau je...ko ingat msia ni negara cina ke |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali pakai travel agent semua tersedia, travel pakai redah mmg kena study byk
Google translate x pakai ka |
|
|
|
|
|
|
|
Ko apehal..pi jepun ada ke papan tanda bahasa cina kau tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
cina bukit so entitled. g ajak Fan Bingbing tunjuk ko jalan. tu pun kalau dia tau jalan. ambassador your ass |
|
|
|
|
|
|
|
Cer pi melancong ke negara2 Arab ke,Russia ke....Korea Utara ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Helokkk je up status dlm medsos in english. Btw prc ni kalau pegi negara lain ada ke signboard mandarin?? Malaysia kan ramai mandarin speaker, awat hang x communicate dgn cines malaysia?
Btw, elok lah x mai malaysia. Korang ni bising n kecoh tau. Kadang tgk mcm bergaduh pon ada |
|
|
|
|
|
|
|
sepiITUindah replied at 23-10-2024 06:01 PM
pinggan tak retak
nasi tak dingin
...orang tak nak...
...orang dah hangin... |
|
|
|
|
|
|
|
cing cong cing cong cing cong-Jim Carey |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 23-10-2024 07:36 PM
1.2juta pelancong tersenyum sinis...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Syukur heshe tak suka kalau tak blh jd terus ghaib masuk batisan ic biyu |
|
|
|
|
|
|
|
itu jam dia tengah emo. nanti boleh bertukar fikiran. |
|
|
|
|
|
|
|
payah betul bila mana perasan bhs derang terpaling berguna. lainkali byk2 la tgk siaran tv luar dari china jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sangat dialu2 alukan. Datang KLCC, lenjan segala benda free. Dulu ada toilet bayar, depa ni marah2 kuat2. Pastu cuma beli kuih kat bawah escalator tingkat concourse yang mungkin dibuat di China. Sila berambus bawak sedara mara ko skali yang pangkah DAP |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti Sing King ada modal la kat parlimen mintak turunkan signboard tulisan melayu jd cina sbb nk layan cin bukit nih......23 mp undi pun dah lulus apa de hal |
|
|
|
|
|
|
| |
|