CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 32149|Reply: 29

Gegaran di Ipoh bukan kali pertama dan masih kekal misteri

[Copy link]
Post time 21-10-2024 11:34 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Gegaran yang dirasai rata-rata penduduk di bandar raya Ipoh pagi tadi bukan kali pertama berlaku dengan kejadian serupa pernah dilaporkan pada 2018.


Insiden gegaran pagi tadi mengingatkan kembali kejadian serupa pada 4 Oktober 2018 apabila penduduk Ipoh dikejutkan dengan bunyi letupan.


Menurut sebuah hantaran laman Facebook, Omèn Necrofis sehingga kini punca letupan yang berlaku pada 2018 masih belum diketahui.


Dia turut menyatakan bahawa bunyi dan gegaran ketika itu tidak berkait dengan beberapa siri gempa di Labuha, Indonesia (Sulawesi).


“Dari sudut geologi, kejadian gegaran dan bunyi ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuk runtuhan dinding gua bawah tanah, pengangkatan batolit Kledang, runtuhan tebing batu kapur atau pergerakan sesar batu granit melawan batu kapur.


“Pergerakan sesar dalam batu kapur itu sendiri juga boleh menjadi punca.


“Walaupun magnitud gegaran kecil dan cetek, ia masih cukup untuk menjana gegaran yang dirasai oleh penduduk di kawasan tersebut,” katanya.


Dia menegaskan ini hanyalah andaian yang dibuat dirinya bukannya punca sebenar gegaran gegaran hari ini.


“Ini andaian daripada saya sahaja. Mungkin sudah tiba masanya Ipoh memerlukan alat pengukuran seismik (seismograf) untuk mengukur dan menentukan punca sebarang gegaran, jika ia berkait dengan faktor geologi,” ujarnya.




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 01:43 AM | Show all posts
yang tahun 2018 tu, weols tengah breakfast. tiba2 dari jauh ada bunyi guruguruguruguru halus gituu.. lepas tu rumah bergegor dalam 3 saat.. 3 SAAT rumah bergegar rasa lama gila kot

ni pagi tadi, tengah makan nasi lemak, berdentum meletup bunyi macam depan rumah, pastu tingkap, bumbung, dinding bergegar kuat. sumpah Iols ingatkan kereta jiran depan rumah meletup. berlari la keluar jenguk, tapi takde apa pun

setiap 6 tahun benda ni jadi, mesti sekitar pukul 11 pagi
ni bukan kejadian kedua, kali ketiga sebenarnya
tengok next letupan and gegaran, mesti tahun 2030 pulak, November atau Disember

jawapan pihak berkuasa tetap la sama. surat khabar dan media tetap la laporkan misteri ke hulu, misteri ke hilir. tapi macam takde liputan, pastu senyap lepas beberapa hari, dan dilupakan

paling syiok, orang tua2 umo 70-80 bukak cerita mitos
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tah2 quarry2 dekat2 situ tgh blast tak? Bullshit la tak diketahui mana datangnya with all the technologies around us..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 04:52 AM | Show all posts
sfrnna replied at 22-10-2024 02:06 AM
Tah2 quarry2 dekat2 situ tgh blast tak? Bullshit la tak diketahui mana datangnya with all the techno ...

khuenzz kaka

dah 2024 masih misteri ke hulu hilir, ala-ala zaman mastika gituu.
entah2 letupkan gunung, nak digondolkan lagi, wallahualam

zaman dah maju, kita ada ramai pakar IT, pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan. berkereta jenama negara, megah menyusur di jalan raya. alam cyber teknologi terkini, kejayaan semakin hampiri. biar di kota ataupun desa, kita semua, pasti merasa bangga. keranamu kami mendakap tuaahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Teman speku sebab letupan meteor gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Gegaran misteri yang melanda bandar Ipoh menimbulkan pelbagai tanda tanya. Apa sebenarnya punca gegaran ini? Adakah ia disebabkan oleh aktiviti geologi, atau mungkin ada faktor lain yang lebih mengejutkan? Mengapa dengan segala kecanggihan teknologi, pihak berkuasa masih belum dapat memberikan penjelasan konkrit? Adakah kekurangan pakar atau kos tinggi menjadi halangan dalam siasatan? Persoalannya, jika punca gegaran tidak dikenalpasti, apakah nasib keselamatan penduduk Ipoh? Kemungkinan gegaran ini berlarutan menimbulkan kebimbangan—adakah kita akan terus dibiarkan dalam keadaan tidak pasti, atau langkah segera akan diambil untuk melindungi bandar ini daripada sebarang risiko yang lebih besar?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2024 07:38 AM | Show all posts
ke ada ujian bom nuklear secara rahsia di perak? mana la tahu ATM buat skala kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 07:53 AM | Show all posts
sfrnna replied at 22-10-2024 02:06 AM
Tah2 quarry2 dekat2 situ tgh blast tak? Bullshit la tak diketahui mana datangnya with all the techno ...

teknologi ada, pakar tak ada susah juga.
belum lagi takde budget.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 08:00 AM | Show all posts
takyah acah2 misteri laa.alih2 byk gunung togel.celaka je
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:08 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 22-10-2024 07:38 AM
ke ada ujian bom nuklear secara rahsia di perak? mana la tahu ATM buat skala kecil.

hahah nuklear skala kecil pun meletop habis ranap ipoh dah.. tak maunya gegor2 gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 22-10-2024 04:52 AM
khuenzz kaka

dah 2024 masih misteri ke hulu hilir, ala-ala zaman mastika gituu.

Terus nyanyi ye
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:13 AM | Show all posts
Ini Pekan Orang Hensem
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 22-10-2024 01:43 AM
yang tahun 2018 tu, weols tengah breakfast. tiba2 dari jauh ada bunyi guruguruguruguru halus gituu.. ...

Apa citer mistik yg deme habaq?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukit batu kapur lah tu.. balik tepeng pun bila lalu situ byk dah gondol
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 10:18 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 22-10-2024 09:52 AM
Apa citer mistik yg deme habaq?

Iols dengar sipi2 ja, tak dengar habis hikayat theyols. penat dengor katanya, ada "meriam" yang meletup. function dia macam beduk kat kampung dulu2. letupan dan gegaran akan dirasai serata negeri, nak bagitau ada tempat sedang dilanda/ akan dilanda bencana.. selebihnya omitted, sebab macam dialog warga kampung pisang tak tau season berapa
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 22-10-2024 10:18 AM
Iols dengar sipi2 ja, tak dengar habis hikayat theyols. penat dengor katanya, ada "meriam" ya ...

Dolu2 mmg ada beduk.. hat ni iols speku kegiatan kuari atopun nak gondol bukit or buat terowong ka apa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 12:46 PM | Show all posts
kucingitam replied at 22-10-2024 09:08 AM
hahah nuklear skala kecil pun meletop habis ranap ipoh dah.. tak maunya gegor2 gitu..

kejadian alam tidak akan terjadi pada pusingan dan waktu yg sama. klu ikut laporan berita, ini kejadian ketiga yg berlaku hampir setiap 6 tahun dan jam 11 pagi. I tak kata 100% itu ujian nuklear, tapi kemungkinan itu pasti ada dlm jumlah yg kecil sekadar nk tgk kemampuannya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 01:05 PM | Show all posts
mercun bola ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahlah.
Sonic boom pun bukan.
Tetapi, kalau sapa² sini penah saksi kerja² jack-in pile (hydraulic pile pusher) dan dapat mendengar bunyi Krrrommmm!! nunn 15-20M bawah tanah batu kapor disertai dengan gegaran... mungkin boleh buat andaian apa yg berlaku kat Ipoh tu.

Aku syak macam tu la kot.
Sapa² insinyiur sivil kat porem ni mungkin buleh beri secangkir dua pendapat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada la tu secret military op ke and the likes.
Takkan la diorang nak mengiyakan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065409 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list